Assalamualaikum dan salam sejahtera,
setelah berlangsung di beberapa buah negeri di Malaysia, kini karnival #YouCanDuit berada di penutupnya bagi tahun 2016. Bertempat di RTC Gopeng, #YouCanDuit Perak berada di Karnival Halal Malaysia 2016. Cukup ramai yang datang dengan ruang parkir yang luas.
Masuk adalah percuma.
Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan banyak kiosk yang dapat pengunjung singgah. Artis-astis seperti Ezlynn, Amir AF dan juga penyokong utama #YouCanDuit iaitu Dato’ Rosyam Noor.
Kehadiran pengunjung yang cukup ramai seawal 9 pagi lagi menunjukkan bahawa pendedahan kempen #eUsahawan dan #eRezeki ini semakin menarik minat pelbagai golongan. Ada yang datang dari Batu Gajah, Kuala Kangsar, Gopeng selain dari Bandaraya Ipoh sendiri.
Antara Karnival #YouCanDuit yang telah berlangsung pada tahun 2016 adalah:
#YouCanDuit Sarawak
#YouCanDuit Terengganu
#YouCanDuit Johor
#YouCanDuit Pahang
#YouCanDuit Sabah
Kehadiran maskot Upin Ipin, Didi & Friends dan Boboiboy juga memberikan impak kepada kehadiran keluarga yang membawa anak-anak ke karnival ini. Ramai yang membuat pendaftaran di kaunter eRezeki dan eUsahawan kerana hebahan yang berterusan sejak di Sarawak, Terengganu, Johor, Pahang, Sabah dan kali ini di Perak.
Karnival #YouCanDuit Perak dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Hj Samsudin Abu Hassan pada 22 Oktober 2016.
Kelihatan penduduk di sekitar yang hadir amat bersemangat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang #YouCanDuit ini. Testimoni dan kejayaan demi kejayaan telah dihasilkan dari program ini dan seharusnya ia diteruskan di era digital ini. Radio FM dan Asyik FM juga turut memberikan sokongan dengan membuat lintas langsung dan temuramah peserta yang telah berjaya di dalam program ini.
Kepada yang berkelapangan, boleh hadir ke RTC Gopeng untuk bersama-sama di karnival #YouCanDuit ini bermula dari jam 9 pagi hingga jam 6 petang.
Sudah tiba masanya untuk kita berubah menjadi rakyat yang celik IT dan berupaya menjana duit secara digital. Tahun 2017 dan seterusnya bakal menyaksikan keadaan ekonomi dunia semakin meruncing. Kita harus bertindak dan pilihan di tangan anda.
Jumpa di #YouCanDuit RTC Perak.
18 Comments
Meriah program ni. ada upin dan ipin. Bawa anak-anak mesti mereka suka. Boleh tengok maskot upin dan ipin live. Untung orang yang pergi kat sana hari tu.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah.com VS Task.My
Meriah program ni. ada upin dan ipin. Bawa anak-anak mesti mereka suka. Boleh tengok maskot upin dan ipin live.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah.com VS Task.My
Kata orang Gopeng. Meriah acara ni. Ramai yang datang ambil ilmu dan lihat apa yang bagus dalam program ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah.com VS Task.My
kawan pergi event ni. memang best meletup ! kawan saya tu jadi crew event ni. asyuk
Curahan rasa Kitab Fitness @ ..3 Jenis Senaman Ini Paling Berkesan Untuk Kempiskan Perut
Masih mencari kerja kosong? Atau mencari peluang untuk melanjutkan pengajian? Jom datang ke Career & Education Fair!!
Tarikh : 19 November 2016
Masa : 10.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : IM4U Puchong
Pelbagai Hadiah Cabutan Bertuah Menanti Anda!
3 X Motosikal
3 X Telefon Pintar
Dan banyak lagi menanti anda
xdapat nak pegi sebab ada kecemasan di JB masa ni
Curahan rasa reezluv @ ..8 Jus Yang Paling Laris Untuk Bisnes Air Balang
Kat gopeng tu. Meriah orang sana boleh dapat info dari progaram macam ni. Satu perak boleh turun sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Apa Yang Menarik JOBDIRUMAH Versi 3
Ramai yang dapat hasil dari program ni. Bantu rakyat dapat idea nak buat bisnes secara online juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Apa Yang Menarik JOBDIRUMAH Versi 3
Program macam ni insyallah boleh bantu rakyat nak belajar buat duit secara online.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kenapa Ramai Suka Jobdirumah Versi 3
Bagus buat banyak tempat macam ni. Boleh bantu rakyat nak jana pendapatan mereka. Semoga ada lagi lepas ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kenapa Ramai Suka Jobdirumah Versi 3
bertuah org perak ada karnival you can duit.. boleh la sedut ilmu usahawan disana nanti..
Curahan rasa Jie Susanos @ ..Pengalaman Dengan Google Adsense
haishhh, upin ipin ada, mok cun pun ada? alamat, kalau dah jejak kaki tak nak balik lah ni hehe
Curahan rasa siti hazreen @ ..Dugaan Serampang Dua Mata
Tu lah pasal.. memang bagus strategi MDEC menarik pengunjung.. sambil berhibur, sambil menuntut ilmu..
Curahan rasa anuar @ ..Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Pastinya ini merupakan berita baik untuk warga Ipoh yang berminat untuk memasarkan perniagaan mereka secara online..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar sempena Musim Cuti Sekolah.
Boleh datang ke RTC Ipoh.. hari ni last day untuk menuntut ilmu perniagaan di karnival #YouCanDuit..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar sempena Musim Cuti Sekolah.
Sambil tu boleh bawa anak-anak sekali di hujung minggu ni.. pasti anak-anak seronok tengok maskot Upin & Ipin..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar sempena Musim Cuti Sekolah.
Wah bestnya kalau dapat pergi ke sana.. Sayangnya tak balik kampung pulak minggu ni, sebab anak2 ada exam minggu dpn..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar sempena Musim Cuti Sekolah.
Minggu lepas kami dah dipaksa balik kampung di sebabkan aor pasang besar.. so, minggu ni tak blk kampung..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar sempena Musim Cuti Sekolah.
Comments are closed.