#YouCanDuit Kini ke Pulau Pinang

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

hebahan demi hebahan yang berterusan sejak tahun lalu mengenai #YouCanDuit yang dianjurkan oleh pihak MDEC semakin mendapat perhatian ramai, kini akan berlangsung di Pulau Pinang.

Program ini menguatkan bahawa belanjawan Malaysia 2017 yang memberi penekanan kuat kepada ekonomi digital dalam mengangkat kehidupan rakyat Malaysia sebagai langkah negara ke arah status negara maju.

#YouCanDuit yang terdiri daripada program eRezeki dan eUsahawan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada Rakyat dengan keusahawanan digital dan menyediakan cara untuk sumber pendapatan alternatif. Pelbagai kisah kejayaan demi kejayan yang lahir daripada mereka yang ingin mengubah cara hidup mereka.

Program #YouCanDuit di Pulau Pinang

YBhg Dato ‘Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan akan melancarkan #YouCanDuit di Pulau Pinang pada hari Sabtu, 29 Julai 2017. Antara personaliti lain yang akan hadir adalah Dato’ Rosyam Nor dan Fizo Omar yang akan berkongsi pandangan mereka mengenai keusahawanan digital .

Inilah peluang untuk anda menimba ilmu daripada mereka yang telah mencipta perubahan dalam perniagaan.

Tarikh :  29 – 30 Julai 2017 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 10.00am – 5.00pm
Lokasi : Politeknik Balik Pulau, Kampung Permatang Tengah, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

Bawalah keluarga, rakan taulan dan yang penting sekali diri sendiri yang ingin mengubah hidup serta menambah ilmu dalam dunia digital. Ramai yang telah Jana Pendapatan Ribuan Ringgit melalui Program #YouCanDuit MDEC ini. Pelbagai aktiviti yang menarik juga ada di sana nanti seperti sesi bersama SME Corp, MARA, Tekun dan MKM.

Bagi yang berada di utara tanahair, usah lepaskan peluang yang ada ini.

Jumpa di sana!


Spread the love

48 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!