Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, selama 2 hari, iaitu bermula hari ini 1 April hingga esok 2 April, Kempen YouCanDuit diadakan di Dewan Seri Mentaloon,Kediaman Menteri YAB Menteri Besar Kedah, Alor Setar. Masuk percuma dan ada program perkongsian dan pameran yang diadakan untuk para pengunjung.
#YOUCANDUIT menjana jumlah terkumpul lebih RM64Juta pada tahun 2016
Sepanjang tahun 2016, Kempen YouCanDuit telah menjana jumlah terkumpul lebih RM64Juta oleh para peserta yang menyertai semua program yang dianjurkan. Ini merupakan pencapaian yang besar dalam usaha menaik taraf ekonomi rakyat setempat.
Program-program yang diwujudkan dalam kempen YouCanDuit seperti program eRezeki dan eUsahawan telah memberikan peluang untuk semua rakyat di serta Malaysia untuk mempelajari bagaimana menjana pendapatan melalui platform digital. Kelas-kelas dan latihan percuma diadakan agar semua golongan masyarakat dapat mempelajari selok belok menjana pendapatan melalui platform digital.
Pada tahun ini, Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) meneruskan kempen YouCanDuit dan akan meluaskan liputan dan capaian ke serata Malaysia. Beberapa lagi kempen akan diadakan di beberapa lokasi yang berlainan pula sepanjang tahun ini.
Negeri Kedah menjadi lokasi pertama kempen YouCanDuit ini diadakan dan sambutan daripada penduduk setempat sangat menggalakkan.
Kempen membantu ekonomi rakyat
MDEC membantu isi rumah berpendapatan rendah, B40 dan pelajar di Kedah melalui program eUsahawan dan eRezeki. YB Dato’ Norsabrina Mohd Noor dalam temubual bersama beliau, rakyat negeri Kedah yang berpendapatan kurang daripada RM3800 melebihi 50% daripada keseluruhan rakyat yang berjumlah 2.1 Juta penduduk.
Melalui kempen YouCanDuit, program-program seperti eRezeki dan eUsahawan telah dan akan membantu kelompok ini untuk meningkatkan pendapatan bulanan mereka. Sasaran adalah untuk mengurangkan jumlah peratusan tersebut ke tahap yang lebih baik. Sehingga hari ini, telah ramai rakyat di negeri Kedah yang mendapat manfaat daripada program anjuran MDEC ini.
Perasmian Kempen YouCanDuit peringkat negeri Kedah
YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah, Menteri Besar Kedah telah memberikan ucapan utama dan seterusnya merasmikan kempen YouCanDuit peringkat negeri Kedah pada petang tadi. MDEC bersama-sama kerajaan negeri Kedah komited untuk membantu terutamanya kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
Melihatkan pencapaian kempen YouCanDuit pada tahun 2016, perkembangan pesat dengan program-program yang telah diatur menampakkan kempen ini akan memberikan impak yang sangat baik dalam membantu kumpulan B40 menjana pendapatan tambahan setiap bulan.
Kisah kejayaan yang boleh dijadikan contoh
Sepanjang kempen ini dianjurkan, telah ramai usahawan dan isi rumah yang berjaya meningkatkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih baik, selain menambah pendapatan bulanan. Beberapa peserta program eRezeki dan eUsahawan yang ditemui hari ini menyuarakan rasa syukur mereka kerana terlibat dalam program latihan yang dianjurkan oleh pihak MDEC.
Kehidupan mereka berubah dan dalam masa yang sama, mereka sendiri dapat membantu ramai isi rumah yang lain untuk mengikut jejak langkah mereka dengan cara berkongsi program eRezeki atau program eUsahawan yang telah mereka sertai. Banyak kisah-kisah gembira yang akan dikongsikan dalam blog denaihati agar ianya dapat memberikan kita contoh dan teladan bagaimana program ini telah membantu begitu ramai rakyat Malaysia di luar sana.
- Program #YouCanDuit anjuran MDEC di Persada Johor Bahru : 12 – 14 Ogos.
- Usia 57 Tahun bukan penghalang untuk menambah pendapatan menggunakan teknologi online
- Bermula Usahawan mikro sehingga membuka 2 cawangan selepas menghadiri program eUsahawan MDEC
- Karnival #YouCanDuit di Sabah Trade Centre
- Mahasiswi menjana pendapatan bulanan ribuan ringgit selepas hadiri program eUsahawan
43 Comments
Syabas, semoga dapat bantu naikkan sarahidup rakyat marhaen ni
.
Sekarang semua mahal 😁
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..8 Cara Resveratrol Membantu Pesakit Diabetes & Kencing Manis
Bagusnya ada kempen macam ni yang membantu menjana ekonomi rakyat. Kalau ada sokongan kerajaan memang bagus kan.
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Pesta Buku Ala Taman Tema MPH Bookerville Carnival di PICC, Putrajaya
kempen bagus kita pun kena turut sokong sama dan ambik peluang sebaiknya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Biobax hilangkan sakit dalam masa 10 saat
Belum berkesempatan untuk menghadiri program ini. Ada sahaja halangan. In shaa Allah, suatu hari nanti.
Curahan rasa sharimah @ ..PERTANDINGAN BAYI COMEL
memang seronok anak-anak muda ini membuat duit secara online..
tambaha pula kos hidup yang sangat mendesak sekarang ini..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..3 Sebab Terpenting Untuk Jadi Perunding Takaful
Sambil menyelam , minum air
Di depan mata sudah ada pc atau laptop dengan internet, apa lagi jom sama-sama kita jana pendapatan
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Tips Menghasilkan Resume Yang Terbaik
harap akan ada juga di kelantan program macam ni. bolah la saya tambah pendapatan jual online..boleh berhenti kija makan gaji
Curahan rasa nikrohayu @ ..BATIK COTTON MURAH DAN CANTIK UTK BAJU SEPASANG!!!!!!
Moga usaha ini boleh terus-menerus membantu lebih ramai orang meningkatkan taraf kehidupan mereka.aminnnn
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..KENAPA SAYA SUKA BLOGGING
dah banyak dah platform bagi usahawan utk push bisnes mereka. baik dari kerajaan ataupun persendirian
Curahan rasa nikkhazami @ ..Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy S8 Malaysia
Ini merupakan pencapaian yang besar dalam usaha menaik taraf ekonomi rakyat Malaysia.
Curahan rasa Denaihati @ ..Rahsia kenapa mesti jadi Blogger terkenal
Setiap kali baca di Blog Denaihati tentang program #YouCanDuit ni memang teringin sgt nak pergi.. tapi apakan daya, masa selalu tak mengizinkan..
Curahan rasa anuar @ ..10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
Semoga satu hari nanti ada juga masa yang sesuai untuk saya menyertai program ini..
Curahan rasa anuar @ ..10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
Bestnya tengok maskot Didi and Friend dan boboboy tu.. boleh menjadi daya tarikan kanak2 yg datang bersama ibu bapa.
Curahan rasa anuar @ ..10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
Bagus program yang diadakan ni.. secara tak langsung boleh beri pendedahan pada usahawan-usahawan yang ada utk cambahkan lagi peluang perniagaan..
tambah-tambah pendedahan perniagaan diatas talian.. mmg satu keperluan yg sgt penting medium media sosial dalam bidang perniagaan skrg ni.. selain dari boleh jimatkan kos pengiklanan, usahawan dapat jual produk keluar dari kawasan pasaran sedia ada..
Curahan rasa Mohd Aswad @ ..Pinjaman Koperasi Kakitangan Kerajaan Kedah
kempen begini sangat bagus untuk mendedahkan golongan berpotensi untuk menjana pendapatan secara online..
Nak jadi blogger pun boleh..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..3 Sebab Terpenting Untuk Jadi Perunding Takaful
Setuju..
Blogger boleh jadi platform pemasaran online untuk long term..
Curahan rasa anuar @ ..10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
memang ramai usahawan dan isi rumah yang dah berjaya meningkatkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih baik, selain menambah pendapatan bulanan mereka.
Curahan rasa Denaihati @ ..Perasmian Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA
Beruntung rakyat negeri Kedah.. semoga program #YouCanDuit yang sedang diadakan di Negeri Kedah pada ketika ini dapat membantu menaik taraf ekonomi golongan B40
Curahan rasa anuar @ ..10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
Budak sekolah pun boleh buat, yang sudah habis sekolah juga mampu buat duit.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Dari RM275 Menjadi RM166 Ribu
Alhamdulillah… testimoni positif.. ini menunjukkan sesiapa sahaja boleh melakukannya asalkan ada minat dan keinginan
Curahan rasa anuar @ ..10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
bermula sikit-sikit dan belajar dari zaman sekolah sememangnya terbaik, ada pendedahan awal, memanf dah ada yg berjaya pun.
Curahan rasa Denaihati @ ..Perasmian Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA
Sudah ramai rakyat Malaysia yang mempunyai komputer dan akses kepada Internet. 2 benda ini jika tidak digunakan untuk menjana pendapatan sampingan…tentulah amat merugikan jika hanya diguna untuk FB, berita dan game semata-mata.
Betul tu… saya setuju sangat.. sekarang ni ramai orang yg melayari internet dengan menggunakan smartphone..
Curahan rasa anuar @ ..10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
Alang2 kita dah selalu melayari internet.. apa kata kita cuba manfaatkan keadaan tersebut untuk jana pendapatan secara online.
Curahan rasa anuar @ ..10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
rasanya hampir semua rumah ada internet samada mobile atau pun talian tetap, terlalu ramai rakyat dah shopping atas talian.
Curahan rasa Denaihati @ ..Dialog Tun Dr Mahathir vs Dato Seri Mohd Nazri Aziz
Comments are closed.