You Can Duit

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ini yang seronok jadi blogger. Ilmu SEO yg Abang belajar dari sifu wordpress Hadihaizil Din memang sebaiknya digunakan maka hasilnya pancing sudah mengena ikan. Komisen affiliate masuk lagi.

buat duit dengan blog

Ada seribu satu cara buat income menggunakan blog yang dibina secara betul. Blog ada beribu informasi yang dicari oleh berjuta orang. Dalam setiap informasi yang berguna ditampal dengan link affiliate yang sesuai dengan informasi yang dicari.

Klik untuk mengetahui cara jana income dengan hobi menulis

Pembaca dapat informasi, pengiklan dapat mempromosi khidmat mereka dan blogger menjana pendapatan jadi semua ada manafaatnya. Ini memang projek long term selagi manusia mencari informasi. Sambil pusing-pusing jejak bumi dunia duit masuk, tengah makan duit masuk, tengah tidur duit masuk, sikit tapi tetap ada lama-lama jadi gunung.

buat duit dengan affiliateLebih lapan tahun menjadi penulis blog sepenuh masa telah membawa Abang Denaihati jauh dalam kehidupan. Meneroka berbagai negara dan bertemu bermacam jenis dan pangkat manusia. Manisnya pengalaman menjadi penulis blog hanya rakan blogger dan Google sahaja yg tahu.

Apabila ditanya apa kerjaya tuan. Jawapan BLOGGER akan membawa deretan cerita yang panjang secara tidak lansung mempromosi bisnis daripada eQurban, Codi Cafe hinggalah khidmat sosial media. Maka kalau memang rezeki maka termaterilah perjanjian bisnis untuk manafaat bersama. Paling tidak dapat berkongsi ilmu sudut pandang berbeza kerana ramai sangat yg pandang serong bila sebut sahaja blogger.

para peserta dalam kelas eRezeki di karnival youcanduit sabah
Kelas eRezeki di karnival #YouCanDuit Sabah

Abang sememang dari awal memilih untuk tidak berdiri di hadapan khayalak bercerita apa itu kehebatan blog kerana Abang pun masih belajar dari blogger-blogger hebat luar negara.

Cuma selalu Abang pesan kepada kekawan dalam team Denaihati Network kita masih jauh daripada kejayaan yang sudah kelihatan bayang di hadapan. Pasti anda juga boleh berjaya seperti mereka.

  1. Esther Buat Duit dengan High Income Accelerator di eRezeki
  2. Adeline gadis dari sabah menambah pendapatan dalam bidang grafik program eRezeki
  3. Nurul Azliani Catat 60% Peningkatan Pendapatan dengan eUsahawan
  4. Mirza Jana Pendapatan US Dollar dengan Alih Bahasa
  5. Jualan Bantal Kekabu Meningkat 5 kali ganda selepas sertai Program eUsahawan
  6. Graduan UNIMAS Jana Pendapatan USD daripada Program eRezeki

Kepada yang nak belajar menjadi blogger sebenar sila PM Hadihaizil Din sifu yang tidak didendang.

Abang Denaihati
Denaihati.com

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

48 Comments

  1. Bestnya menjana pendapatan dengan hanya menulis, saya akan mulakan dengan segera sejajar dengan Evolusi Pintar yang berlaku sekarang.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!