YES 4G Tawarkan Tablet Acer Iconia One 7 secara PERCUMA

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, penggunaan internet pada masa kini sememangnya seperti sudah menjadi satu keperluan. Apatah lagi mereka yang sentiasa aktif dalam media sosial. Berjam-jam menghadap gajet masing-masing tidak kira dalam bidang pekerjaan atau kehidupan seharian, maka pemilihan plan internet terbaik juga sering menjadi sesuatu yang penting.

YES, merupakan satu jenama perkhidmatan mudah alih di bawah YTL Communications telah mengumumkan sesuatu yang menarik pada taklimat bersama dengan Intel Malaysia dan Acer. Peluang untuk memiliki Tablet Acer Iconia One 7 boleh melalui pelan bundle yang boleh didapati secara eksklusif dari semua YES Store dan YES Exclusive Retail Partners di seluruh negara. Untuk masa yang terhad sahaja, Acer Iconia One 7 Super Postpaid Plan Bundle menawarkan tablet Acer yang menggunakan processor Intel Atom Z2560 (1.6GHz) percuma dengan langganan pelan Internet YES 4G sebagai promosi pendaftaran awal.

Intel Manager

Pengguna yang mendaftar dengan pelan bundle semasa promosi ini akan menerima Huddle XS dan tablet Acer 7-inci secara PERCUMA. Dengan pelan ini, pengguna dengan mudah dapat menyambung bukan sahaja untuk tablet mereka, tetapi untuk telefon pintar dan komputer riba dengan Rangkaian YES. Tambahan pula, pengguna boleh menikmati kelajuan 4G sehingga 200Mbps dengan suara dan SMS semuanya dalam satu pelan tunggal.

YES Huddle XS 4G Mobile Hotspot ini sangat menarik dan ringan tetapi berkuasa. Dengan ketebalan hanya 12.5mm dan berat hanya 56 gram, ia mampu memberi capaian internet sehingga 5 unit peranti. Sudah tentu ia menguntungkan pelanggan yang mempunyai pelbagai gajet.

CEO YTL Communications

Acer Iconia One 7 merupakan satu peranti yang mempunyai reka bentuk yang mudah alih dan nipis 7-inci tablet dikuasakan oleh processor Intel Atom Z2560 di 1.6GHz dan menggunakan Android 4.4 KitKat. Selain paparan skrin 7 “HD IPS yang jelas bagi imej dan menonton video , Acer Iconia One 7 juga mempunyai penyambungan Bluetooth 3.0 , keupayaan WiFi dan Flash Memory 16GB.

Tablet ini juga dilengkapi dengan dual camera dan panel bertekstur boleh didapati dalam empat variasi warna iaitu hitam, biru, merah dan putih.

Tablet Acer dan Huddle XS

Berikutan kerjasama MoU kami dengan Intel Malaysia tahun lepas, hari ini kita bangga menjadi pembekal perkhidmatan Internet yang pertama dan hanya di Malaysia yang menawarkan tablet terkini Acer Iconia One 7 yang dikuasakan oleh processor Intel Atom Z2560, PERCUMA untuk setiap pelanggan baru YES dalam masa “early bird”.  – Wing K. Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, YTL Communications.

Menarik? Tertarik? Jangan lupa dapatkan segera dan daftar segera dalam promosi early bird ini. Acer Iconia One 7 Super Postpaid Plan Bundle boleh didapati mulai pada 28 Ogos 2014. Layari Promosi Terbaru Yes4G untuk maklumat lebih lanjut.


Spread the love

213 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!