Assalamualiakum dan salam sejahtera, sekitar jam 11 pm 2/4/2016 kami dapat berita anak saudara kemalangan teruk ketika pulang daripada berniaga dengan ayah kawan baik beliau di sebuah pasar malam di Kluang. Selepas subuh 3/4/2016 kami sekeluarga bergegas ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom Kluang. Keadaan anak saudara memang sangat parah berada di wad ICU. Sahabatnya ditempatkan di ICU Hospital Besar Muar juga cedera parah. Berikut antara catatan ku di FB.
3 April, 6.26 pm :
Jangan berhenti teruskan berdoa dan kirimkan semangat positif tiada yg mustahil kerana sebelum ini sudah banyak terbukti kekuasaan Mu.
4 April, 8.45 am :
Siapa yg tak tersentuh hati melihat anak saudara terbaring kaku dengan kadar darah yg masuk dan keluar hampir sama.
Itulah ketentuan ALLAH yg telah tercatat utk menguji semua yg diuji. Yakin ALLAH jadikan semua dengan hikmah tertentu apabila kita redha dgn segala ketentuan. Semuga keajaiban akan berlaku lagi seperti ALLAH tunjukkan banyak sebelum ini.
Kerana itu kita mesti berubah.
5 April, 7.59 am :
6.52 am : innalillahhiwainnailaihirojiun ALLAH lebih menyayangi sahabat anak saudara. Semuga arwah Padil ditempatkan bersama para solehin. Takziah buat keluarga.
Al Fatihah
Semuga ALLAH beri kekuatan dan semangat juang yg tinggi kepada anak saudara untuk sembuh seperti biasa. We know you can DO IT Aliff.
Nota : status malam tadi telah didelete kerana ada kekeliruan berita.
5 April, 9.05 pm :
Anak saudara sedang berada dalam bilik Operation. Semuga ALLAH beri kekuatan pada beliau dan keluarga.
Tiada yg mustahil dengan izin ALLAH.
6 April, 7.09 pm :
Terima kasih kepada semua yg tanya keadaan anak saudara.
48 jam ke depan sangat kritikal.
Mohon sedekahkan AL FATIHAH semuga ada bacaan antara kita yg ALLAH terima utk kembalikan Aliff Naquiddin sihat seperti biasa. Tiada apa yg mustahil dgn izin ALLAH.
Terima kasih semua kerana ambil tahu.
7 April, 4.13 pm :
AL Fatihah
Hadiahkan Al Fatihah utk Aliff Naquiddin mungkin utk yg terakhir.
Al Fatihah.
Dari ALLAH kepada ALLAH.
8 April, 3.08pm :
2.35 pm : Innalillahiwainnailaihirojiun… Al Fatihah untuk arwah Aliff Naquiddin bin Anuar semuga ditempatkan bersama para solehin.
Terima kasih semua yg telah mendoakan dan mengirimkan zikir dan Al Fatihah selama arwah di hospital.
Kepada yg ada kelapangan nak ziarah insyaa Allah boleh datang di rumah keluarga di Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam setelah selesai urusan dokumentasi hospital. Arwah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Simpang Renggam (Belakang Masjid Al Falah).
Dari ALLAH kepada ALLAH kita insan kerdil tiada kuasa.
8 April, 6.42 pm :
Alhamdulillah selesai sudah urusan dokumentasi dan mandi. Dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum ke surau.
Semuga ALLAH permudahkan semua.
9 April, 10.36 am :
2.35 pm 08.04.16 : Innalillahiwainnailaihirojiun… Al Fatihah untuk arwah Aliff Naquiddin bin Anuar telah meninggalkan keluarga dan sahabat, semuga ditempatkan bersama para solehin.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi sokongan semangat sepanjang beliau berada di hospital Kluang.
Jutaan terima kasih kepada semua keluarga dan sahabat taulan dekat jauh yang sudi menziarahi dan mengiringi hingga ke persemadian terakhir. ALLAH juga yg akan membalas segalanya.
Alhamdulillah lebih daripada 700 jemaah menyembahyangkan jenazah arwah dan mengiringi ke pusara. Semuanya berjalan dengan lancar dengan izin ALLAH. Ketika talqin dibacakan aku merasa angin sejuk yang sangat damai menghembus meresapi jiwa ini. Semuga damai mu anak di sana bersama para solehin.
47 Comments
Sesungguhnya ajal yang telah ditentukan Allah itu, apabila ia datang, tidak ada yang mampu menolaknya.
Peringatan buat diri ini. Insan yang banyak melakukan dosa kepada pencipta-Nya.
Curahan rasa Perawat Islam @ ..Mengapa Jin Mengganggu Manusia? (Bah. 1)
Berbuat baiklah untuk bekal kita kwlak di akhirat …. Dan ingatlah bahwa kemAtian bisa datang kapan saja
Begitulah yang namanya kematian
kita tidak tahu kapan ia datang
yang hanya mampu kita lakukan hanyalah bersiap
Merinding. Kullu nafsin dzaaikotul maut.
Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati. Al-Fatiha.
Curahan rasa Contoh Surat Lamaran Kerja @ ..Contoh Surat Lamaran Kerja Umum yang Baik Benar dan Menarik [Terbaru]
Kematian memang tidak bisa dihindari, tetapi harus di siapkan..
Semoga amal ibadahnya di terima
Al-fatiha…
saya bacanya kok jadi merinding gitu yah, kalo bicara soal kematian memang bikin merinding deh
Amin, semoga amal ibadahnya diterima ya kak, kita turut berduka cita. alfatihah..
Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wafuanhu… al-fatihah 🙂 memang kematian tak pernah lihat usia, tua muda pasti mengalaminya
salam takziah tuk anak saudara Denaihati.. smoga mendapat tempat terbaik di sisi-Nya
Berbuat baiklah untuk bekal kita kwlak di akhirat …. Dan ingatlah bahwa kemAtian bisa datang kapan saja
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Cara Mengatasi Hati Yang Galau Secara Islami –
Ajal bisa dtg kpaan saaja…tdk mengenal atas usia …baik tua maupun muda…hanya amal ibadah lah yang bisa menyelamatkan kita dari siksa kubur….
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Cara Mengerjakan Sholat Jenazah Yang Baik dan Benar –
Comments are closed.