Assalamualiakum dan salam sejahtera, sekitar jam 11 pm 2/4/2016 kami dapat berita anak saudara kemalangan teruk ketika pulang daripada berniaga dengan ayah kawan baik beliau di sebuah pasar malam di Kluang. Selepas subuh 3/4/2016 kami sekeluarga bergegas ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom Kluang. Keadaan anak saudara memang sangat parah berada di wad ICU. Sahabatnya ditempatkan di ICU Hospital Besar Muar juga cedera parah. Berikut antara catatan ku di FB.
3 April, 6.26 pm :
Jangan berhenti teruskan berdoa dan kirimkan semangat positif tiada yg mustahil kerana sebelum ini sudah banyak terbukti kekuasaan Mu.
4 April, 8.45 am :
Siapa yg tak tersentuh hati melihat anak saudara terbaring kaku dengan kadar darah yg masuk dan keluar hampir sama.
Itulah ketentuan ALLAH yg telah tercatat utk menguji semua yg diuji. Yakin ALLAH jadikan semua dengan hikmah tertentu apabila kita redha dgn segala ketentuan. Semuga keajaiban akan berlaku lagi seperti ALLAH tunjukkan banyak sebelum ini.
Kerana itu kita mesti berubah.
5 April, 7.59 am :
6.52 am : innalillahhiwainnailaihirojiun ALLAH lebih menyayangi sahabat anak saudara. Semuga arwah Padil ditempatkan bersama para solehin. Takziah buat keluarga.
Al Fatihah
Semuga ALLAH beri kekuatan dan semangat juang yg tinggi kepada anak saudara untuk sembuh seperti biasa. We know you can DO IT Aliff.
Nota : status malam tadi telah didelete kerana ada kekeliruan berita.
5 April, 9.05 pm :
Anak saudara sedang berada dalam bilik Operation. Semuga ALLAH beri kekuatan pada beliau dan keluarga.
Tiada yg mustahil dengan izin ALLAH.
6 April, 7.09 pm :
Terima kasih kepada semua yg tanya keadaan anak saudara.
48 jam ke depan sangat kritikal.
Mohon sedekahkan AL FATIHAH semuga ada bacaan antara kita yg ALLAH terima utk kembalikan Aliff Naquiddin sihat seperti biasa. Tiada apa yg mustahil dgn izin ALLAH.
Terima kasih semua kerana ambil tahu.
7 April, 4.13 pm :
AL Fatihah
Hadiahkan Al Fatihah utk Aliff Naquiddin mungkin utk yg terakhir.
Al Fatihah.
Dari ALLAH kepada ALLAH.
8 April, 3.08pm :
2.35 pm : Innalillahiwainnailaihirojiun… Al Fatihah untuk arwah Aliff Naquiddin bin Anuar semuga ditempatkan bersama para solehin.
Terima kasih semua yg telah mendoakan dan mengirimkan zikir dan Al Fatihah selama arwah di hospital.
Kepada yg ada kelapangan nak ziarah insyaa Allah boleh datang di rumah keluarga di Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam setelah selesai urusan dokumentasi hospital. Arwah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Simpang Renggam (Belakang Masjid Al Falah).
Dari ALLAH kepada ALLAH kita insan kerdil tiada kuasa.
8 April, 6.42 pm :
Alhamdulillah selesai sudah urusan dokumentasi dan mandi. Dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum ke surau.
Semuga ALLAH permudahkan semua.
9 April, 10.36 am :
2.35 pm 08.04.16 : Innalillahiwainnailaihirojiun… Al Fatihah untuk arwah Aliff Naquiddin bin Anuar telah meninggalkan keluarga dan sahabat, semuga ditempatkan bersama para solehin.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi sokongan semangat sepanjang beliau berada di hospital Kluang.
Jutaan terima kasih kepada semua keluarga dan sahabat taulan dekat jauh yang sudi menziarahi dan mengiringi hingga ke persemadian terakhir. ALLAH juga yg akan membalas segalanya.
Alhamdulillah lebih daripada 700 jemaah menyembahyangkan jenazah arwah dan mengiringi ke pusara. Semuanya berjalan dengan lancar dengan izin ALLAH. Ketika talqin dibacakan aku merasa angin sejuk yang sangat damai menghembus meresapi jiwa ini. Semuga damai mu anak di sana bersama para solehin.
47 Comments
Moga Allah kasihani beliau. Dan moga jadi peringatan buat saya, buat kita.
Curahan rasa JomJalan @ ..Suri Rumah Ini Beli Pulau Penuh Sampah Dengan Harga RM 60,000. Tengok Apa Jadi Selepas Itu
Takziah buat keluarga saudara DH..
Semoga Allah meletakkan rohnya disamping mereka yang beriman
kematian sangat hampir dengan kita, cuma kita tak tahu bila kematian itu akan tiba
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Jangan Kerana Bau Ketiak Masam Kita Hilang Kawan
Setiap orang sudah ditentukan azalnya, tidak ada makhluk yang kekal abadi 🙂
Turut berduka cita, semoga Aliif mendapat tempat yang baik, amin, alfatihah…
Curahan rasa Alwib @ ..Jual Aneka Toples Murah Berkualitas
Al Fatihah untuk arwah Aliff . semoga di tempatkan bersama orang – orang yang beriman. Mati pasti datang menemui kita semua.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah April 2016
Takziah..
Memang betul berita kematian sebenarnya peringatan untuk diri sendiri. Hari ini boleh gelak ketawa, esok belum tentu..
Alfatihah buat arwah..
Curahan rasa Lin Chalo @ ..Resepi ‘Homemade Playdoh’ Yang Murah, Mudah dan Selamat
Betul tu. Kadang malam tadi jumpa makan dan bergembira bersama. Bila pagi mendengar pula berita kematianya. Semoga kita semua buat persiapan untuk hari mati kita juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah April 2016
Takziah kepada keluarga dan sanak saudara.
Semoga roh nya tenang disana.
Amin. Takziah buat ahli keluarga dan sahabat hadai. Sama-sama berdoa untuk arwah juga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Komisen Jobdirumah April 2016
Takziah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Setiap yang hidup pasti pergi jua. Buatlah yang terbaik….Jangan berniat dengki terhadap orang lain. Hati mesti baik selalu.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..T-Shirt Printing Online Murah & Berkualiti : Auditra Production
takziah kepada keluarga.
semoga berbahagia dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
amiiinnn.
Curahan rasa titan @ ..Dapatkan CASHBACK dari ShopBack.my dengan penuh kegembiraan.
Al-fatihah..
benar..ajal tidak mengenal erti umur dan masa..sudah ditetapkan ajal bagi setiap yang hidup..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
amin..
Innalillahiwainnailahirojiun..
DariNYA kita datang, kpdNYA kita dikembalikan. Tenanglah dirimu saudara Alif dan Padil di sana. Semoga ditempatkan di kalangan org2 beriman.
Al Fatihah…
Curahan rasa Nisa Ahmad @ ..Janjiku
innalillahi wainnailaihi roji’un, dari allah akan kembali kepada alah pula… kullu nafsin dzaikotul maut.. setiap bernyawa pasti akan mati…. alfatihah….
Takziah.
Semua yang hidup pasti akan merasa mati.
Dari Dia kita datang kepadaNya kita kembali.
Curahan rasa Joe @ ..Lirik Lagu Alhamdulillah – Wani feat. Juzzthin
Al Fatihah untuk arwah adik Aliff Naquiddin.. semoga roh arwah ditempatkan bersama kalangan orang-orang yang beriman.
Curahan rasa Anuar @ ..Homestay Murah di Kota Kinabalu Sabah : Hera Guesthouse
sebab itu kita mesti sentias memiliki top up yang mencukup sebab kita tidak tahu bila takda line ewah bermetafora prepaid pulak
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Khairul Idham Pawi Memulakan Karier Di Litar Pulau Dato’ Sagor Perak
Ya betul… Ajal maut di tangan tuhan, tanpa mengenal usia muda atau tua… Kita perlu sentiasa bersedia berhadapan dengan mati…
Curahan rasa Anuar @ ..Homestay Murah di Kota Kinabalu Sabah : Hera Guesthouse
Kematian bukanlah milik orang yang sudah tua atau yang sedang sakit, tapi milik semua yang hidup. Rosululloh yang mulia memberi nasihat pada kita, “Cukuplah kematian sebagai peringatan bagimu”.
Sungguh setiap kita sebagai mahluk-Nya sudah divonis mati bahkan sebelum kelahiran kita, “Setiap yang berjiwa pasti mati” (QS. Al-Anbiya : 35). Dan setiap kita sudah ada jadwal kematian, “Tidaklah suatu jiwa mati kecuali sudah ada kitab ajalnya” (QS. Ali Imron : 145).
Sungguh kematian datang pada siapapun, pada yang sakit juga pada yang sehat, pada yang tua juga pada yang muda, pada yang jelata juga pada yang kaya, bahkan pada yang sembunyi membangun benteng yang kokoh dengan barikade pengawalan ketat pasti mati juga. “Dimanapun kalian berada pasti kematian merengut kalian walaupun dalam benteng yang kokoh” (QS. An-Nisa : 78).
Kita tidak akan pernah bisa menghindari kematian, bahkan kadang datangnya “baghtatan” sekonyong konyong, mendadak (QS. Al-An’am : 31). Kita tidak pernah tahu kapan, dimana dan bagaimana cara kita mati, “mastuurun” dirahasikan Alloh, kapan, dimana dan bagaimana? “We don’t know!” yang pasti, PASTI MATI.
Alfatihah untuk Aliff Naquiddin Anuar
Curahan rasa Dawaihati @ ..Makna Berhijab
Comments are closed.