Webhosting blog terbaik @Serverfreak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perkembangan dunia blogging semakin rancak. Di Malaysia ada beratus blog baru dilahirkan setiap hari dan beratus juga blog dibiar tersadai tidak diupdate. Berita kejayaan blogger menjadi jutawan yang terpampang di dada akhbar dan majalah menambahkan lagi minat ramai untuk menjadi blogger. Seperti denaihati ramai blogger bermula dengan blog percuma majoriti menggunakan platform blogspot dan wordpress kemudian apabila sudah yakin pasti akan berpindah ke self-hosting.

Mungkin ada blogger kata self-hosting tidak penting kerana ada juga blog yang tidak menggunakan terkenal. Ada kebenaran juga tetapi mengikut pengalaman aku lebih banyak blog yang terkenal menggunakan self-hosting daripada yang tidak menggunakan.

Aku sudah lebih setahun berhijrah dari http://denaihati.blogspot.com ke https://denaihati.com. Pasti ada kelainan setelah menggunakan domain dan self-hosting sendiri. Semangat dan motivasi untuk berblogging pun berbeza. Alhamdulillah dengan bantuan Kak Jie (Kujie2.com) aku telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih perkhidmatan hosting SERVERFREAK. 7 bulan pertama aku telah mendapat bantuan secara peribadi dari Mr. Josh Gan dari mengubahsuai premium templates hinggalah menggunakan CDN. Serverfreak tidak pernah gagal membantu menyelesaikan dari sekecil-kecil masalah sehinggalah masalah yang besar. Serverfreak akan sentiasa memaklumkan apabila berlaku sebarang masalah seperti serangan DDOS. Serverfreak boleh dihubungi melalui email, twitter @serverfreak dan facebook @serverfreak.

Kepada blogger yang sedang mencari webhosting jom join denaihati.com, justkhai.com, kujie2.com, redmummy.com, kakikomplen.com, shamhardy.com dan banyak lagi blog terkenal menggunakan webhosting blog terbaik SERVERFREAK seperti disenaraikan. Harga hanya dari RM12.50 sebulan jom join keluarga besar SERVERFREAK atau klik banner di bawah. Selain dapat servis yang baik blogger juga boleh buat duit dengan program affiliate yang disediakan oleh Serverfreak. Apa lagi joom Serverfreak.

[ad#serverfreak]


Spread the love

104 Comments

  1. salam..
    boleh sape2 ajar macam mana nak disable whois protection?
    baru je nak cuba hosting serverfreak tp xtau kat mane nak disable
    whois protection untuk blogspot…
    aritu ade email kat serverfreak tp dorg suruh saya contact current provider
    untuk disable…
    mungkin ade sape2 yg tau leh ajar x…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!