Assalamualaikum dan salam 1Dunia, teringat kata-kata seorang Pegawai Kementerian Kewangan dalam rancangan bual bicara di Astro Awani, katanya bagi orang miskin wang Bantuan Rakyat RM500 budget 2012 sangat besar nilainya. Teringat ketika zaman sesak aku dulu ibarat kata orang kais pagi makan pagi kais petang makan petang memanglah setuju dengan kata-kata Pegawai Kementerian Kewangan ni tapi soalnya kalau wang RM500 dibelanjakan sekali shopping kat Giant mesti habis punyalah.
Bukan kah bagus kalau wang Bantuan Rakyat RM500 ini boleh dikembangkan menjadi RM5000 atau mungkin RM50,000. Boleh ke RM500 jadi RM5,000? Kalau boleh memanglah bagus sangat barulah berkembang duit dan berpanjangan duit tu. Rakan Blogger ada ke cadangan bernas untuk membantu mereka yang layak menerima Bantuan Rakyat menggunakan duit ini dengan cara yang betul.
Cadangan aku gunakan wang RM500 untuk modal perniagaan antaranya :
1. Modal beli kerepek dan jual di pejabat atau tempat kerja. Kalau untung bersih 20% jadi dengan modal RM500 boleh dapat untung RM100. Pusingan kedua sudah ada modal RM600. Kalau kita boleh buat 5 pusingan dengan pulangan 20% tanpa mengambil keuntungan maka dengan modal RM500 boleh jadi rm1243. Selepas 5 pusingan kita keluarkan 10% untuk belanja rumah dan selebihnya jadikan modal untuk mengembangkan perniagaan. Perniagaan ini sudah pernah aku lakukan dan memang boleh berjaya yang penting kena buah sifat malu. Jual beli krepek lebih mudah kerana kita tidak perlu beli peralatan hanya perlu beli daripada pembekal dan jual semula.
2. Modal masuk syarikat Multi Level yang terkenal seperti Cosway, Zulian atau sebagainya (jangan masuk syarikat MLM yg tak tahu hujung pangkal). Usaha bersungguh-sungguh ikut sistem dan cara yang betul insya Allah RM500 boleh jadi RM5,000 dalam tempoh 6 bulan. Kalau tak nak buat network boleh jual barang sahaja kerana biasanya ahli MLM akan mendapat harga yang lebih murah daripada pelanggan biasa.
3. Apa pulak cadangan Rakan Blogger untuk RM500 jadi Rm5,000?
Aku tak nampak cara lain untuk menyelesaikan masalah kewangan melainkan dengan cara berniaga. Untuk berjaya dalam perniagaan perlu ada ilmu berniaga dan jangan takut untuk gagal. Semuga cadangan kita dapat membantu semua yang ada masalah kewangan yang berpanjangan.
Jangan lupa juga keluarkan sedikit daripada RM500 infaqkan kepada yang memerlukan kerana sudah janji ALLAH SWT setiap infaq yang ikhlas akan diberi ganjaran dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Buangkan perasaan tidak cukup kerana perasaan itu hanya mainan syaitan yang akan menjerat manusia untuk tidak mendapat rezeki yang lebih banyak.
Hayati Firman ALLAH SWT yang maksudnya : “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui” Al-Baqarah : 261.
Nota : Kepada yang belum tahu cara tuntut wang Bantuan Rakyat budget 2012 sila lansung ke entri “Cara Tuntut Bantuan Rakyat RM500“.
130 Comments
mungkin boleh dibuat pelaburan..macam pelaburan emas atau perak..ataupun buat perniagaan kecil-kecilan..
Curahan rasa blackrosehunter @ ..Rahsia dan Khasiat Al-Quran
guna lah duet kena pada tempat,,kalo shopping jerk..bg rm10k pon tetap abis..mulakan modal business lambat laun berjaya InsyaAllah..yg penting usaha…
kesedaran adanya cara untuk menggandakan bantuan tersebut amat bagus..buat sebagai modal untuk perniagaan kecil-kecilan, dan adanya RM500 tersebut dapat membantu nelayan-nelayan kecil membeli alatan yang dapat membantu menggandakan rezeki mereka..
Curahan rasa bubllegumprincess @ ..Nealofa dan Izara aishah : Bakat atau sekadar rupa?
Setuju. dengan perniagaan sahaja wang tersebut dapat dikembangkan
Curahan rasa danish @ ..Cabaran Peperiksaan Akhir Tahun
memang setuju dengan cadangan Denai Hati..
perniagaan adalah kunci kesenangan dan kekayaan..
Curahan rasa Mus @ ..Simulator Kamera DSLR
Berniaga memang boleh hidup dan kaya. Kalau nak diharapkan makan gaji susah~
Curahan rasa ProfHariz @ ..Lirik Putus Di Twitter – Encik Mimpi
kalo aku…
1. Rancang n berniaga kecilan..
2. Simpan ASB tggu dividen tahunan
Curahan rasa shah Blogger @ ..Ciktom — Review Seo Blog
simpan asb lambat….
tapi itulah yang paling selamat
Curahan rasa ariff @ ..Bukalah Lebuhraya Seluas Mana Pun Traffic Jam Tetap Akan Wujud
RM500 tak sesuai utk ASB tapi hasil perniagaan modal RM500 boleh masuk ASB.
Sesuai jika tidak mahu berniaga. But kalau hasil berniaga dapat simpan bulan-bulan memang lumayan $$$
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Raya Tak Jadi
Betul tu.. sikit2 lama-lama jadi bukit benda tu kan
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
Lambat asalkan selamat dan dapat hasilnya
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Raya Tak Jadi
Masalahnya boleh ker dorang nak tunggu untuk duit tu ‘berbunga’? Jangan2 esok masuk ASB, lusa keluarkan balik
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
Bagus juga untuk modal berniaga,bermula secara kecil-kecilan pun tak apa
Curahan rasa wazy @ ..Aboi – Apa-Apa Saja
Ya…bermula secara kecil-kecilan nescaya akan bertambah..
cadangan modal untuk berniaga bagus juga, tetapi yang lebih pentinjg lagi beri ilmu bagaimana nak berniaga, MARA atau Pusat Giat…
Curahan rasa yangbaik @ ..Tajuk menipu
setuju…..buat modal perniagaan kecil2lan….cthnya niaga nasi lemak di opis….walaupun profit 2,3 puluh sen sebungkus ambil dr org….namun mampu jana pendapatan kalo kena caranya…….
penat woo nak buat nasi lemak banyak2
Curahan rasa ariff @ ..Bukalah Lebuhraya Seluas Mana Pun Traffic Jam Tetap Akan Wujud
kalau nasi lemak nya sedap… laris dan bertambah maju… kalau kurang sedap …kesihan penat saja woo
Curahan rasa yangbaik @ ..16 Oktober – Hari Makanan Sedunia
Mungkin juga boleh beli dari mak cik yg sedap nasi lemaknya dan jual semula pada kawan2. Kalau sedap pasti diaorang akan order lagi.
Betul tu, modal tak banyak mana pun. Untung sikit lama-lama jadi banyak
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Raya Tak Jadi
Boleh juga tolong makcik tu..
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
mmg berniaga je la jln nye..w’pun berniaga ade risiko untung ruginye, tp ttap ia jln yg terbaik..
Aya cadang..jadikan rm500 sebagai modal perniagaan… jual kerepek ke..kuih ke…minuman ke… so ada gak untung skit…
sikit-sikit..lama-lama jadi banyak…
Curahan rasa Aya @ ..Wanita Tua Sanggup Memanjat Dinding Istana Untuk Elak Bayaran Masuk
huhu.. tak tahu la saya.. tak berani.. tambah2 MLM.. nak beli kamera pun bukan murah.. tapi blh ambil contoh saiful nang modal rm90 jadi jutawan..
Curahan rasa CMRatu @ ..Gambar Outdoor – Wan dan Fiza
500 boleh beli saham. Sekarang ni kalau kena saham yang betul, boleh je gandakan wang yang ada. Kena rajin research.
Curahan rasa ariff @ ..Bukalah Lebuhraya Seluas Mana Pun Traffic Jam Tetap Akan Wujud
betul tu simpan dalam ASB, setahun dah dapat pulangan 8.55%. Ni baru goyang kaki!!!
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Raya Tak Jadi
btol tu. rasanya berniaga adalah cara terbaik utk kembangkan duit tu dgn cara halal dan meyakinkan. pelaburan2 ni bgs tp risikonya lebih tinggi.
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Muffin Pouffe: Bangku Berbentuk Kek Muffin Rekaan Matteo Bianchi
Comments are closed.