Waktu Solat 1Dunia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah lebih 500 Rakan Blogger Wordpress dan beratus lagi Blogger Blogspot telah pasang waktu solat Malaysia di blog masing-masing. Ramai Blogger Indonesia, Singapore, Brunei dan seluruh dunia yang minta kita binakan plugin waktu solat 1Dunia.

Alhamdulillah prototype Waktu Solat 1Dunia telah siap untuk dicuba, jika anda perasan, di bahagian sidebar denaihati.com sekarang ini menggunakan widget Waktu Solat 1Dunia. Terdapat perubahan besar dalam fungsi Waktu Solat 1 Dunia ini, kiraan waktu solat adalah berdasarkan koordinat kedudukan kawasan. Widget di blog ini menggunakan koordinat kawasan Kuala Lumpur sebagai lokasi untuk waktu solat.

Jika anda ingin mendapatkan waktu solat bagi kawasan anda, anda hanya perlu menekan Tukar Kawasan kemudian klik butang Get Location. Paparan seperti di bawah akan kelihatan, sila klik allow untuk membolehkan widget Waktu Solat membaca lokasi anda.

Kiraan yang digunakan dalam widget yang dipasang adalah berasaskan Egyptian General Authority of Survey, dalam plugin Waktu Solat 1Dunia nanti, ada beberapa jenis kiraan yang akan disediakan, anda hanya perlu memilih kiraan yang bersesuaian untuk anda. Plugin ini masih dalam percubaan, sekiranya anda mengalami sebarang masalah, bolehlah melaporkan dengan menulis di ruangan komen di bawah. Jika segalanya berjalan lancar, plugin ini akan dilancarkan dalam masa terdekat.


Spread the love

121 Comments

            1. Kita akan senantiasa menjaga seluruh aktivitas hidup kita agar selalu terjaga kebersihannya, niatnya, nilai dzikirnya, nilai amar ma’ruf nahi munkarnya, nilai tawadlunya, karena semuanya dalam rangka menunggu waktu sholat, menunggu perjumpaan kita dengan yang kita cintai, Allah SWT.
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Euro 2012 : Portugal Vs BelandaMy Profile

    1. Sholat yang tidak membutuhkan banyak pengorbanan materi, tenaga dan waktu ini justru menjadi amalan ibadah yang paling sering dan susah untuk diamalkan dengan baik, tentunya yang dimaksudkan disini adalah Sholat yang selalu terjaga waktunya, yaitu di awal waktu.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Euro 2012 : Portugal Vs BelandaMy Profile

  1. Salam Admin, JT nak tanya, kenapa plungin 2.0 ini tak menunjukkan masa yang betul pada blog JT? JT dah clear location masih menunjukkan waktu fajr. Macammana sesutu lokasi itu dikenalpasti? Ada penjelasan lebih terperinci tak penggunaannya? Terima kasih 🙂
    Curahan rasa JT @ ..TV Al-Hijrah Akan Mula Siaran Awal PagiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!