Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca yang hebat. Alhamdulillah entri sebelum ini “Duit bukan segalanya” mendapat maklumbalas yang sangat baik dan ramai yang berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Terima kasih semua.
Kali ini Abang nak berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang usahawan muda, katanya pernah berjaya buat bisnis emas sehingga dapat pendapatan hampir RM100 ribu sebulan. Bisnis sebagai pembekal emas bukan sahaja di Malaysia malahan keseluruh dunia. Ketika banyak duit dia belanja sesuka hati termasuklah belanja makan staff dan kawan-kawan setiap hari.
Tapi hujan tidak sampai ke petang. TUHAN beri ujian sehingga habis semua pendapatan yang besar tersebut dalam sekelip mata. Hari ini dia masih ada bisnis yang sama berskala lebih kecil tapi diuruskan oleh staff dan dia hanya monitor sahaja.
Katanya, selepas kejadian tersebut bagi dia duit bukan segala-galanya. Sekarang dia gembira dapat memberi rezeki pada staff yang bekerja dalam syarikatnya. Ada nada kekecewaan dalam perbualan tersebut tapi Abang tak nak korek banyak sangat kisah-kisah lampau.
Abang beritahu yang dia masih muda lagi, kalau tak silap awal 30 an. Gagal dan berjaya dalam bisnis adalah rencah hidup seorang usahawan. Jiwa mesti besar dan mesti ada misi besar dari usahawan ratus ribu kalau boleh mesti jadi usahawan jutawan kemudian jadi usahawan multi jutawan dan kalau boleh jadi billionaire lagi bagus. Sebab setiap duit kita dapat ada hak zakat dan hak infaq kepada yang memerlukan. Lagi besar pendapatan lagi besar zakatnya. Jangan sebab sedikit ujian dari TUHAN kita kecewa sehingga lupa misi yang lebih besar.
Jangan terpengaruh dengan apa orang sekeliling kata. Stigma orang Melayu kita majoriti memang kata orang kaya itu jahat, kaki berhibur, kaki perempuan dan sebagainya. Tak mati kita dek pandangan negatif orang. Setiap kekayaan kembarnya kegagalan serta kutukan daripada ramai orang.
Sebenarnya kaya itu ujian yg lebih susah dari kemiskinan tapi kalau kita lepas ujian ini maka meningkatlah makam hidup kita.
Mungkin ramai tak bersetuju.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati Network (yang belum like jom untuk jadikan kami top 10 Malaysia)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
43 Comments
ya seorang usahawan memang harus siap menerima ujian sepanjang ia melakukan sesuatu sesuai dengan aturan agama
Curahan rasa Bujang @ ..New Gadget For The New Year
Jadi usahawan bukan sekadar bersedia untuk gagal, tapi siap sedia untuk gagal kerana ia datang dengan pakej yang sama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Tips Sediakan Wang Persaraan Di Usia Muda
jiwa besar ini sulit nian untuk mendapatknnya harus melalui usaha dan doa serta belajar dari kehidupan
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Sup Daging Sapi Spesial
melihat picture di atas jadi ingat begitu seirama dengan tagline blog ini hidup untuk memberi
Curahan rasa blogger newbie @ ..Resep Choco Chips
Bila datang macam2 ujian tandanya Allah nak kite lebih berjaya. Berjaya di dunia berjaya di akhirat. Hati kene sentiasa redha dan tawakal bila ada ujian datang pada kita. Ujian atau musibah buatkan kite makin dekat pada pencipta.
Curahan rasa Nur Razali @ ..Promosi PWP Ferrano Personal Blender Mei 2017
Ada satu pepatah yang menggambarkan kondisi seperti ini yaitu Anjing Menggonggong Kafilah Berlalu. Jangan pernah perduli dengan apa yang dikatakan orang terhadap apa yang kita lakukan, justru jadikan itu sebagai cambuk bagi kita untuk melakukannya lebih baik lagi. Kesuksesan itu tetap butuh proses.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Streaming di YouTube Tanpa Kuota dengan Paket Terbaru dari XL Xtra Combo
Betul. Tujuan bisnes bukan hanya untuk lepaskan diri atau kayakan diri tapi ramai lagi yang perlu dibantu. Mudah-mudahan lagi ramai orang kaya beriman sebab bila kekayaan itu di tangan orang beriman, dunia pasti berubah.
Curahan rasa Hawa Hassan @ ..14 Tip Mudah Untuk Bahagia dan Cepat Kaya !
Allah uji untuk jadikan kita lebih kuat dari sebelumnya. Orang hebat tentunya hebat juga ujiannya.
Curahan rasa UmmiMRA @ ..Ilmu Lunaskan Hutang Buat Saya Terkedu – #ReviewPembacaFTR
tetapi Allah tidak akan menguji hambanya melebihi dari sesuatu yang bisa ia tanggung
Curahan rasa blogger newbie @ ..Resep Choco Chips
Bukan jiwa saja kena kental, keras macam besi,
Hati pun kena clorox bersih.
Bila binses dengan Allah clear,
Bisnes dengan manusia, inshaallah setel.
Tapi betul, berniaga ni untuk orang yang berjiwa besar, dan berani.
Saya takut, sebab itu saya berniaga. Bila dah berniaga, saya jadi berani 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
bisnes kalau guna untuk jalan kebaikan itu baru usahawan berjiwa besar.
ramai lagi Muslim kaya diperlukan. stigma orang, kaya ni jahat kena diperbetulkan
Curahan rasa izwan @ ..Langkawi Pakej Percutian 3 Hari 2 Malam
yup.
jiwa dan hati kena besar.
bukan perut aje besar.
bukan mulut je besar.
hoho..
dan segala-galanya kena besaq.
Curahan rasa titan @ ..Lelaki kahwin dan badminton kawasaki.
ha haa…. tambah skit, bukan isteri je besar, segala-galanya kena besor.
Curahan rasa Denaihati @ ..Damai mu di sana sahabat ku Hj Zuraili
Comments are closed.