Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca yang hebat. Alhamdulillah entri sebelum ini “Duit bukan segalanya” mendapat maklumbalas yang sangat baik dan ramai yang berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Terima kasih semua.
Kali ini Abang nak berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang usahawan muda, katanya pernah berjaya buat bisnis emas sehingga dapat pendapatan hampir RM100 ribu sebulan. Bisnis sebagai pembekal emas bukan sahaja di Malaysia malahan keseluruh dunia. Ketika banyak duit dia belanja sesuka hati termasuklah belanja makan staff dan kawan-kawan setiap hari.
Tapi hujan tidak sampai ke petang. TUHAN beri ujian sehingga habis semua pendapatan yang besar tersebut dalam sekelip mata. Hari ini dia masih ada bisnis yang sama berskala lebih kecil tapi diuruskan oleh staff dan dia hanya monitor sahaja.
Katanya, selepas kejadian tersebut bagi dia duit bukan segala-galanya. Sekarang dia gembira dapat memberi rezeki pada staff yang bekerja dalam syarikatnya. Ada nada kekecewaan dalam perbualan tersebut tapi Abang tak nak korek banyak sangat kisah-kisah lampau.
Abang beritahu yang dia masih muda lagi, kalau tak silap awal 30 an. Gagal dan berjaya dalam bisnis adalah rencah hidup seorang usahawan. Jiwa mesti besar dan mesti ada misi besar dari usahawan ratus ribu kalau boleh mesti jadi usahawan jutawan kemudian jadi usahawan multi jutawan dan kalau boleh jadi billionaire lagi bagus. Sebab setiap duit kita dapat ada hak zakat dan hak infaq kepada yang memerlukan. Lagi besar pendapatan lagi besar zakatnya. Jangan sebab sedikit ujian dari TUHAN kita kecewa sehingga lupa misi yang lebih besar.
Jangan terpengaruh dengan apa orang sekeliling kata. Stigma orang Melayu kita majoriti memang kata orang kaya itu jahat, kaki berhibur, kaki perempuan dan sebagainya. Tak mati kita dek pandangan negatif orang. Setiap kekayaan kembarnya kegagalan serta kutukan daripada ramai orang.
Sebenarnya kaya itu ujian yg lebih susah dari kemiskinan tapi kalau kita lepas ujian ini maka meningkatlah makam hidup kita.
Mungkin ramai tak bersetuju.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati Network (yang belum like jom untuk jadikan kami top 10 Malaysia)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
43 Comments
kena ada ilmu, kena praktikkan. kalau takde tindakan memang tak ke mana.
usaha tangga kejayaan 😉
Curahan rasa siti hazreen @ ..Design Your Own Program (DYOP)
Perniagaan semenagnya cara yang terbaik untuk kita , sebab 9 dari 10 sumber rezeki datangnya dari Perniagaan. Zaman serba canggih ni semuanya di hujung jari..pergi mana-mana orang ramai boleh kenal kita dengan cara?….Bagi busniess card …mudah…
Anda buat ,Anda dapat.
http://www.printheaven.my/products/business-card/
Nak jadi usahawan memang kena berjiwa kental. Untuk daki KEJAYAAN tu sangat memerlukan KESABARAN dan SEMANGAT yang tinggi. Kalau dah berada diATAS pun, xmustahil akan JATUH sebab hidup ni ibarat RODA. Cuma kita je yg memilih untuk BANGKIT atau TERUS JATUH.
SALAM PERKENALAN.
zaman sekarang mungkin lebih sesuai ekstrem roller coaster…heee. semakin mencabar cabarannya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual dan Keputusan English FA Cup 2016/17
Teringin nak hidup sebagai usahawan yang berjaya dengan pendapatan ratusan ribu ringgit sebulan tetapi itu bukan mudah sebenarnya.
Curahan rasa TopSeoFriendly @ ..Belajar Buat Blog Melalui ebook
jadi usahawan memang bukan mudah. hasil rezeki memang 90% sebabnya usahanya pun dah 90%. disitulah perlunya berjiwa besar kalau tidak macamana nak bawa 90% tu
Curahan rasa raihanah @ ..Landmark Study Shaklee
Sesiapa yang berhajat untuk menjadi seorang usahawan, jangan takut kepada kegagalan..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Kegagalan boleh menjadi guru kepada kita dalam proses mendaki tangga-tangga kejayaan..
Gagal dan berjaya dalam perniagaan adalah asam garam dunia usahawan..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
ya semua jutawan, bilionair pernah gagal sebelum berjaya dalm hidup diaorang….
Curahan rasa Denaihati @ ..Damai mu di sana sahabat ku Hj Zuraili
Sebelum jadi seorang usahawan yang berjaya… kena berusaha mendaki tangga2 kejayaan satu persatu… dari pangkal hingga ke hujung..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Tiada jalan singkat untuk berjaya melainkan kena berusaha.. siapa yang rajin berusaha dia akan dapat… cuma samada cepat ataupun lambat..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Siapa yang langsung tak berusaha.. confirm tak akan dapat.. itu sudah pasti.. sebab mustahil rezeki akan datang bergolek begitu sahaja…
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Betul2..tiada jalan mudah nk berjaya. Susah dulu senang kemudian..
kena sentiasa percaya pd rezeki. tapi jangan sesekali berhenti berusaha dan doa
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja dari Rumah dengan iLancee
betul tu…nak jadi usahawan mestilah berjiwa besar. kalau jiwa kecik janganlah jadi usahawan. kalau jadi pun usahawan yang suam suam kuku saja.
keluar dari comfort zone, visi jelas. dan kena ada matlamat. baru bisnes boleh jalan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja dari Rumah dengan iLancee
benar. di dalam rezeki kita, pasti ada bahagian orang lain. jangan terlalu merasa hebat dengan apa yang kita ada. kerana ianya boleh hilang bila-bila masa dan dalam sekelip mata. kena sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang ada. insyaAllah, akan lebih banyak rezeki yang mendatang.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Khabar gembira February 2017 : Minyak naik lagi!
Perniagaan mempunyai cabaran dan dugaan yang besar, kerana ganjarannya juga besar di akhirat nanti.
Salah satu golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy Allah dari panasnya matahari ketika di padang Mahsyar ialah golongan peniaga yang jujur. Lumayankan ganjarannya?
Curahan rasa Perawat Sihir @ ..[Video] Ayat Pendinding Sihir
Berniaga memang banyak cabarannya. Yang penting kita cuba bangkit dan tambahkan ilmu untuk lebih berjaya dan tak ulangi kesilapan yang sama. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..Promosi Shaklee Februari 2017
Sebab itu kita perlukan mentor. Mentor bukan sahaja dari kalangan orang bisnes yang mengajar kita bagaimana menjalankan bisnes. Juga mentor dari kalangan orang alim agama yang dapat ‘memandu dan memantau’ hatikita ketika berbisnes.
kalau dpt orang alim memang terbaik, InsyaAllah jalannya dunia dan akhirat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Selesaikan Masalah Berdengkur dengan Citrex Asonor
Niat penting sebelum menceburi dunia bisnes. Bukan semata-mata menambah rezeki. Misi kita yang terbesar adalah membangunkan ekonomi Islam.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Tidak Mahir Tapi Boleh Buat Grafik Seperti Seorang Pro!
Bagi saya kegagalan dan kejayaan merupakan asam garam dalam kehidupan..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Setiap kali roda putaran kehidupan berpusing… kita tidak akan sentiasa berada di atas.. dan tidak juga sentiasa berada di bawah..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Setiap kali kita berada di atas.. kita harus beringat dan buat persediaan sebelum sampai masanya kita berada di bawah..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
ramai dan selalu orang lupa ni, dah tergolek baru nak tergadah biasanya…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Nilai duit di mata manusia kerana ramai tidak menghargai
cuba tanya usahawan yg berjaya sekarang, berapa kali dia gagal sebelum berada di tahap itu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Urusan Hati Cik Drama Queen
mungkin usahawan berjaya akan kata cabaran jadi usahawan jauh lebih teruk daripada yang digambarkan banding keseronokan jadi usahawan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Usahawan untuk berjaya mesti berjiwa besar
Comments are closed.