Usahawan untuk berjaya mesti berjiwa besar

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca yang hebat. Alhamdulillah entri sebelum ini “Duit bukan segalanya” mendapat maklumbalas yang sangat baik dan ramai yang berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Terima kasih semua.

Kali ini Abang nak berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang usahawan muda, katanya pernah berjaya buat bisnis emas sehingga dapat pendapatan hampir RM100 ribu sebulan. Bisnis sebagai pembekal emas bukan sahaja di Malaysia malahan keseluruh dunia. Ketika banyak duit dia belanja sesuka hati termasuklah belanja makan staff dan kawan-kawan setiap hari.

Tapi hujan tidak sampai ke petang. TUHAN beri ujian  sehingga habis semua pendapatan yang besar tersebut dalam sekelip mata. Hari ini dia masih ada bisnis yang sama berskala lebih kecil tapi diuruskan oleh staff dan dia hanya monitor sahaja.

Katanya, selepas kejadian tersebut bagi dia duit bukan segala-galanya. Sekarang dia gembira dapat memberi rezeki pada staff yang bekerja dalam syarikatnya. Ada nada kekecewaan dalam perbualan tersebut tapi Abang tak nak korek banyak sangat kisah-kisah lampau.

Abang beritahu yang dia masih muda lagi, kalau tak silap awal 30 an. Gagal dan berjaya dalam bisnis adalah rencah hidup seorang usahawan. Jiwa mesti besar dan mesti ada misi besar dari usahawan ratus ribu kalau boleh mesti jadi usahawan jutawan kemudian jadi usahawan multi jutawan dan kalau boleh jadi billionaire lagi bagus. Sebab setiap duit kita dapat ada hak zakat dan hak infaq kepada yang memerlukan. Lagi besar pendapatan lagi besar zakatnya. Jangan sebab sedikit ujian dari TUHAN kita kecewa sehingga lupa misi yang lebih besar.

Jangan terpengaruh dengan apa orang sekeliling kata. Stigma orang Melayu kita majoriti memang kata orang kaya itu jahat, kaki berhibur, kaki perempuan dan sebagainya. Tak mati kita dek pandangan negatif orang. Setiap kekayaan kembarnya kegagalan serta kutukan daripada ramai orang.

Sebenarnya kaya itu ujian yg lebih susah dari kemiskinan tapi kalau kita lepas ujian ini maka meningkatlah makam hidup kita.

Mungkin ramai tak bersetuju.

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati Network (yang belum like jom untuk jadikan kami top 10 Malaysia)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

43 Comments

  1. Bukan jiwa saja kena kental, keras macam besi,
    Hati pun kena clorox bersih.

    Bila binses dengan Allah clear,
    Bisnes dengan manusia, inshaallah setel.

    Tapi betul, berniaga ni untuk orang yang berjiwa besar, dan berani.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!