Usahawan Terengganu jana pendapatan melalui #YouCanDuit MDEC

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia,

minggu lalu telah berlangsung majlis perasmian #YouCanDuit di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu. Kempen #YouCanDuit dilancarkan Mac lalu di Kuching, Sarawak bertujuan memperkenalkan program e-Usahawan dan e-Rezeki, yang dilancarkan tahun lalu bagi meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyasarkan seramai 100,000 peserta khususnya golongan usahawan di seluruh negara, mengikuti program e-Usahawan dan e-Rezeki.

Daftar You Can Duit

Datuk Jailani Johari selaku Timbalan Menteri berkata kempen dikendalikan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu merupakan sebahagian daripada agenda merakyatkan digital ekonomi di bawah inisiatif Transformasi Ekonomi Digital Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai Digital Malaysia.

Sejak awal tahun ini, seramai 2,700 pelajar TVET dan usahawan mikro mengikuti kursus ini. Hasil jualan keseluruhan terkumpul yang dijana adalah RM2.6juta. Menjelang akhir tahun, seramai 45,000 peserta dijangka mengikuti kursus ini dengan sasaran hasil jualan terkumpul RM21 juta

Dato Jailani Johari

Rosyam Nor

Razaleigh Zainal MDEC

Kehadiran ribuan penduduk di sekitar Hulu Terengganu menunjukkan betapa mereka semua bersemangat untuk menaiktaraf hidup keluarga dengan menggunakan platform yang kini menjadi ikutan ramai.

Penduduk Hulu Terengganu

eRezeki adalah inisiatif digital yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital. Mereka yang berminat akan diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian daripada tenaga kerja yang berdaya saing.

Untuk makluman, kursus ini sedang dijalankan secara percuma di beberapa lokasi di seluruh Malaysia, termasuk utara Semenanjung. Tetapi oleh sebab kadar permintaan yang tinggi, tempat adalah terhad.

eRezeki Terengganu

Kelihatan setiap kali sesi untuk penerangan eRezeki di Hulu Terengganu, ia sentiasa penuh dan mendapat sambutan daripada pengunjung. Tidak kurang juga kiosk-kiosk yang memudahkan para pengunjung mendapatkan informasi dan mendaftar terus di eRezeki.

eUsahawan pula merupakan suatu inisiatif bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan usahawan mikro yang sedia ada serta orang awam yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Peserta akan menjalani kursus keusahawan digital jangka pendek di institusi kemahiran yang terpilih.

Daftar Online Youcanduit

Di Karnival ini, beberapa usahawan dari program eUsahawan telah ditemubual. Ada yang sebelum ini hanya bergerak sendirian secara offline dan berniaga hanya di sekitar kedai atau di sekeliling rumah. Akan tetapi dengan menyertai eUshawan ini, pelbagai perkara yang telah berubah termasuk permintaan dan juga pendapatan meningkat.

Mummylya kitchen

“Saya bermula beberapa bulan lalu bersama eUsahawan. Sebelum saya buat sendiri untuk pemasaran tetapi kurang menyerlah. Homemade Cookies Mummylya Kitchen di Kemaman ini kini mendapat sambutan secara atas talian selepas mendapat tunjukajar dari teknik pemasaran eUsahawan.”

Bayu Kelulut

“Sebelum ini untung kasar produk Bayu Kelulut saya hanya RM2000, tetapi setelah hadiri kelas yang dianjurkan oleh eUsahawan, hasil keuntungan saya melonjak naik kepada RM3000 sebulan. eUsahawan banyak mengajar saya menjana pendapatan secara digital selaras dengan trend masa kini di Malaysia dan dunia.”

Saviah Skin Care

“Saya merupakan pengusaha spa di Kemaman. Sebelum ni teknik pemasaran hanya secara offline, tetapi eUsahawan membantu meluaskan perniagaan kami secara atas talian. Banyak ilmu yang dapat dipelajari seperti copywriting dan pendapatan kami meningkat sehingga 20%.”

Sweetdoll Surprise

“Sweetdoll Surprise impian saya untuk menggembirakan ramai orang. Servis penghantaran, dekorasi dan kejutan pada asalnya di Kemaman sahaja, kini telah meluas secara talian di Terengganu. Inshaa Allah, saya akan lebih mempromosikan perniagaan saya secara digital yang memberikan pulangan yang berganda.”

Kedua-dua program e-Usahawan dan e-Rezeki juga disasarkan dapat menarik penyertaan 100,000 orang pada akhir tahun ini, sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat dan negara Jangan lepaskan peluang untuk menjana pendapatan secara online!

Untuk eRezeki, anda boleh terus ke www.erezeki.my dan latih serta layakkan diri anda untuk melakukan kerja pilihan anda

Bagi eUsahawan, lekas daftar melalui weblink bit.ly/eUsahawanweb dan dapatkan informasi di Facebook eUsahawan.


Spread the love

35 Comments

  1. Program Seperti ini sangat bagus cuma mereka yang menjumpai maklumat ini kene rajin dan faham cara menjana pendapatan menerusi program e-Usahawan dan e-Rezeki ini.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!