Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
pelbagai jenis perniagaan daripada ramai usahawan yang telah lahir di negara kita mahupun di dunia. Daripada sekecil-kecil bisnis di rumah secara sambilan sehinggakan sebesar-besar gudang yang mempunyai ribuan pekerja secara tetap.
Kita sering melihat pelbagai ekspo dan tapak pameran di mana cukup ramai peniaga yang berniaga di tapak jualan. Daripada jenis barangan kering mahu pun basah hatta haiwan ternakan pun ada dijual mencari pembeli yang selalunya ramai hadir.
Namun demikian dengan arus kemodenan zaman ini, teknologi tidak dapat dipisahkan. Ramai berpendapat jika menggunakan perniagaan konvensional dan online, platform online boleh meraih untung yang berlipat ganda. Namun, masih ada yang mengekalkan perniagaan konvensional dan masih mempunyai permintaan dalam pasaran.
Permintaan tinggi di luar negara
Seperti contoh usahawan seni ukir di Kangar, Perlis yang mengusahakan seni ukir. Bakat mengukir yang ada dipelajari turun temurun, diterjemahkan kepada sesuatu yang memberikan hasil di atas permintaan ramai. Sarung parang dan keris sering menjadi buruan peminatnya dan bukan juga mudah untuk menghasilkannya kerana memerlukan ketelitian dan kesungguhan dalam menyiapkan sesuatu ukiran.
Selain ukiran sarung parang, rantai kunci dan juga hiasan dinding juga mendapat tempat di hati pembeli. Usahawan seni ukir ini ingin meluaskan pasarannya ke luar negara kerana dimaklumkan peminat dan permintaan juga tinggi dengan harga yang berbaloi. Jesteru tanpa melengahkan masa lagi mendaftar program eUsahawan yang sentiasa membuka peluang dan ruang kepada yang ingin menjana duit secara digital.
Ingin eksport Pekasam ke luar negara
Di dalam program eUsahawan, para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.
Begitu juga anak muda yang berasal daripada Kuala Nerang, Mohd Nabil yang minat berniaga bersama rakannya sering ke ekspo, tapak pameran dan juga penghantaran ke kedai-kedai. Pekasam menjadi tarikan dan permintaan juga sama ada persendirian atau restoran.
Harga yang dijual pun amat berpatutan seperti pekasam ikan sepat, ikan lampan dan ikan gelama. Ada juga permintaan terhadap pekasam ayam dan pekasam daging.
Selain sebaran pemasaran secara offline, hebahan secara online juga membantu peniaga-peniaga ini contohnya dengan mengumumkan lokasi tapak jualan dari masa ke semasa. Menurut Encik Zul selaku pemilik gerai pekasam ini, beliau memang tertarik dengan progam eUsahawan yang membantu peniaga-peniaga melebarkan sayap perniagaan secara digital.
Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.
Bagi yang ingin menyertai program ini, boleh terus dapatkan informasi dan daftar di eUsahawan.
59 Comments
terima kasih udah di share artikel nya menarik i like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Kalau kena dengan strategi marketing inshaallah akan ada permintaan dari luar negara. Kena mantapkan ilmu online marketing/sales selain bisnes konvensional ni kan…
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Hada Labo Skincare Review
cantik betul ukiran tu..sarung parang tu mmg terbaik! semoga murah rezeki
Curahan rasa JPJ Number Plate @ ..Malaysian Most Expensive Number Plates
pekasam…makanan perusahaan kg yang boleh pergi jauh…kalau pergi mana mana tempat menaikkan ikan dari laut macam muara sungai..pekasam memang femes…ikan segar yg diperap
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Makan Asam Pedas Ikan Pari dan Daging Salai Masak Lemak Sedap Di Kedai Asam Pedas Claypot Mendidih
best gila makan pekasam ni sebenarnya
sangat sedap di makan begitusaja bila goreng
Curahan rasa ubat tahan lama paling berkesan @ ..khasiat minyak lintah pada zakar
Selagi ada permintaan dan selagi ada marketing, bisnes seni ukir pun boleh jalan. Hebat produk pekasam tu, sampai ke luar negara..
Curahan rasa Wan Syahida @ ..Coretan Hari Raya Aidiladha 2017 Yang Lalu
zaman sekarang semua dah boleh jual online, baru2 ni saya beli pokok bidara secara online, hebat orang kampung sekarang..
Curahan rasa abg mus @ ..Apa Itu Bitclub Mining Pool?
tak bosan rasanya melihat hasil seni ukir apalagi jika melihat langsung cara pembuatannya
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Burger Ayam Keju
Bagus program ni. Beri peluang yang besar untuk produk tempatan dan usahawan ke pasaran antarabangsa.
Curahan rasa Hawa @ ..Tasneem Naturel Bakal Edarkan 800 Balm PERCUMA Untuk Ibu-Ibu Yang Memerlukan
suka tengok seni ukiran camni, yang pekasam tu dah sampai ke pasaran dunia memang syok la
Curahan rasa raihanah @ ..3 Resepi Smoothies Sedap Yang Anda Boleh Nikmati Walaupun Diet
semoga eusahawa ni dapat membuka lebih banyak peluang buat industri kecil dan sederhana yang baru nak berjinak2 dlm perniagaan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah
AMIN..makin banyak usahawan dilahirkan makin banyak peluang pekerjaan kan.. kongsi rezeki juga
Hasil produk pekasam pun boleh dieksport ke luar negara. Bagus prospek dibawah program eUsahawan ni
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Asid Lemak Omega 6 Hasilkan Hormon Prostaglandin untuk Tingkatkan Sistem Imun
macam produk Mok Cun.. nampak je gitu tapi dah dieksport ke byk negara luar kan
Curahan rasa JMR @ ..12 Sebab Pelaburan Unit Trust Perlu Menjadi Pilihan.
Suka betul tengok hasil seni ukir ni. Peluang memang cerah kan untuk tembus ke pasaran antarabangsa.
Curahan rasa Nur Razali @ ..6 Mitos Imuniti Terbongkar
SENI ukir memang berpotensi tinggi untuk maju ke pasaran luar. Cuma tak ramai yang ada kemahiran nak buat ni
Curahan rasa JMR @ ..3 Perkara Simple Ini Perlu Dilakukan Ibu Bapa Untuk Elak Anak-anak Terjebak dengan Najis Dadah
Comments are closed.