Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
pelbagai jenis perniagaan daripada ramai usahawan yang telah lahir di negara kita mahupun di dunia. Daripada sekecil-kecil bisnis di rumah secara sambilan sehinggakan sebesar-besar gudang yang mempunyai ribuan pekerja secara tetap.
Kita sering melihat pelbagai ekspo dan tapak pameran di mana cukup ramai peniaga yang berniaga di tapak jualan. Daripada jenis barangan kering mahu pun basah hatta haiwan ternakan pun ada dijual mencari pembeli yang selalunya ramai hadir.
Namun demikian dengan arus kemodenan zaman ini, teknologi tidak dapat dipisahkan. Ramai berpendapat jika menggunakan perniagaan konvensional dan online, platform online boleh meraih untung yang berlipat ganda. Namun, masih ada yang mengekalkan perniagaan konvensional dan masih mempunyai permintaan dalam pasaran.
Permintaan tinggi di luar negara
Seperti contoh usahawan seni ukir di Kangar, Perlis yang mengusahakan seni ukir. Bakat mengukir yang ada dipelajari turun temurun, diterjemahkan kepada sesuatu yang memberikan hasil di atas permintaan ramai. Sarung parang dan keris sering menjadi buruan peminatnya dan bukan juga mudah untuk menghasilkannya kerana memerlukan ketelitian dan kesungguhan dalam menyiapkan sesuatu ukiran.
Selain ukiran sarung parang, rantai kunci dan juga hiasan dinding juga mendapat tempat di hati pembeli. Usahawan seni ukir ini ingin meluaskan pasarannya ke luar negara kerana dimaklumkan peminat dan permintaan juga tinggi dengan harga yang berbaloi. Jesteru tanpa melengahkan masa lagi mendaftar program eUsahawan yang sentiasa membuka peluang dan ruang kepada yang ingin menjana duit secara digital.
Ingin eksport Pekasam ke luar negara
Di dalam program eUsahawan, para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.
Begitu juga anak muda yang berasal daripada Kuala Nerang, Mohd Nabil yang minat berniaga bersama rakannya sering ke ekspo, tapak pameran dan juga penghantaran ke kedai-kedai. Pekasam menjadi tarikan dan permintaan juga sama ada persendirian atau restoran.
Harga yang dijual pun amat berpatutan seperti pekasam ikan sepat, ikan lampan dan ikan gelama. Ada juga permintaan terhadap pekasam ayam dan pekasam daging.
Selain sebaran pemasaran secara offline, hebahan secara online juga membantu peniaga-peniaga ini contohnya dengan mengumumkan lokasi tapak jualan dari masa ke semasa. Menurut Encik Zul selaku pemilik gerai pekasam ini, beliau memang tertarik dengan progam eUsahawan yang membantu peniaga-peniaga melebarkan sayap perniagaan secara digital.
Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.
Bagi yang ingin menyertai program ini, boleh terus dapatkan informasi dan daftar di eUsahawan.
59 Comments
Seni ukir tu memang nampak cerah mas adepannya. Seni ukir melayu memang unik dan boleh diterima negara lain.
▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?
▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau http://www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.
cantik betul sebenarnya ukiran ukiran tulisan tu.. lepastu keris pun cantik..mmg lagend
Curahan rasa Produk Jenama Sendiri @ ..Hello world!
Sekarang ini apa-apa perniagaan pun boleh dionlinekan. Kalau pun tidak menjual sebagai medium marketing. Perniagaan yang tidak online, akan ketinggalan.
Curahan rasa tukangmasak @ ..Kisah 3 Ketul Roti Dan 3 Ketul Emas
Ikan pekasam kalau mahu ke persada dunia kena ubah suai sikit. Ikan kecil-kecil ni mungkin tidak sesuai. Kena guna ikan besar. Mungkin pekasam tenggiri ke atau ikan kembong atau apa jenis ikan yang dikenali serata dunia.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Belasungkawa Untuk Opah Embun
saya ni memang minat seni ukir, tp bila dah kerja tiada masa, bab pekasam tu x pasti ok ke kalau export, kena ada target negara
Curahan rasa rujukan @ ..Seminar Pelaburan Saham Bersama Dato Dr Nazri Khan
Kalau sesiapa tak menggunakan media online seperti ini untuk buak tmarketing memang rugi sangat. Orang luar negara pun sanggup nak beli kalau kena gayanya.
Memang best kalau pekena pekasam ketika merantau di negara lain. Terubat rasa rindukan masakan dikampung tanah tumpah darah ku.
Curahan rasa Sani @ ..Resepi Waffle Paling Sedap Dan Paling Ranggup!
pemasaran secara digital melebar luaskan kuasa pasaran..
lagi luas maka lagi bagus..
itu yang terbaiknya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hibah Pendapatan Adalah Hadiah Terbaik
Kena pandai cari produk yang ada permintaan dan pasarkan menggunakan media digital, insyallah boleh pergi jauh tu.
Curahan rasa Sani @ ..Sejak Abang Joing Group Ni Hidup Abang Huru-Hara!
senjata diatas begitu cantik ukirannya mungkin dengan tempat seperti itu harganya juga akan naik
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Botok Tahu
online dan offline, skali bergabung memang boleh meletup dan beri impak yang best.. teruskan berjuang
Offline nampak bersahaja, online nampak besar impaknya. Penyata bank yang mencurah curah masuk duit boleh guna untuk mohon pembiayaan membesarkan bisnes.
Curahan rasa Ikhwan @ ..7 Tips Penting Beli Kapal Layar Mewah
Banyak juga nampak bill board besar sifufbads yang menggesa para peniaga mengonlinekan bisnes mereka, barulah dapat impak maksima.
Curahan rasa Sani @ ..Kerja Part Time Dengan Ninja Van
bisnes apa sekali pun jika kena dgn caranya pasti dpt hasil lumayan.. tu sebab kena sertai program ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Titian Cinta di Tv3
betul tu..platform dah.. tunggu nak buat dengan tak nak buat je kan. peluang jangan dilepaskan
Curahan rasa JMR @ ..Tips Kumpul Hampir RM100,000 untuk Anak Melanjutkan Pelajaran ke Universiti.
Program e-Usahawan banyak membantu peniaga untuk melebar luaskan jaringan pemasaran.
Nak onlinekan bisnes tu bunyi macam senang tapi perlukan kemahiran teknikal, sebab itu kena pergi belajar. Lepas dah mahir dah boleh repeat sahaja .
Curahan rasa Sani @ ..Sejak Abang Joing Group Ni Hidup Abang Huru-Hara!
Mama memang suka makan ika pekasam masak nasi goreng cili padi
Sedap sangat
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Sakit perut memulas ketika mengandung? Ini 13 Cara Mengelak Yang Bijak!
mesti rasa bangga kalau dapat pos ikan pekasam ke luar negara.. baru international sikit..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Titian Cinta di Tv3
Sekali sekala saya suka juga layan ikan pekasam ni, lepas tu makan dengan nasi panas pulak, memang terangkat dibuatnya.
Curahan rasa Sani @ ..Kerja Part Time Dengan Ninja Van
wah, cantik betul tulisan khat kayu tu, berseni habis…memang layak ke persada antarabangsa
Curahan rasa siti hazreen @ ..Tips Pemilihan Takaful
seni ukur memang cantik sebuah mutiara peningggalan leluhur yang harus dijaga semua pihay
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Pepes Bandeng Bumbu Pedas
cantikkan? mana tahu ukiran mcm tu dpt perhatian muslim di eropah.. tu la untungnya guna internet
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Titian Cinta di Tv3
Comments are closed.