Usahawan Seni Ukir dan Pekasam mahu ke persada Dunia

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

pelbagai jenis perniagaan daripada ramai usahawan yang telah lahir di negara kita mahupun di dunia. Daripada sekecil-kecil bisnis di rumah secara sambilan sehinggakan sebesar-besar gudang yang mempunyai ribuan pekerja secara tetap.

Kita sering melihat pelbagai ekspo dan tapak pameran di mana cukup ramai peniaga yang berniaga di tapak jualan. Daripada jenis barangan kering mahu pun basah hatta haiwan ternakan pun ada dijual mencari pembeli yang selalunya ramai hadir.

Namun demikian dengan arus kemodenan zaman ini, teknologi tidak dapat dipisahkan. Ramai berpendapat jika menggunakan  perniagaan konvensional dan online, platform online boleh meraih untung yang berlipat ganda. Namun, masih ada yang mengekalkan perniagaan konvensional dan masih mempunyai permintaan dalam pasaran.

Permintaan tinggi di luar negara

Seperti contoh usahawan seni ukir di Kangar, Perlis yang mengusahakan seni ukir. Bakat mengukir yang ada dipelajari turun temurun, diterjemahkan kepada sesuatu yang memberikan hasil di atas permintaan ramai. Sarung parang dan keris sering menjadi buruan peminatnya dan bukan juga mudah untuk menghasilkannya kerana memerlukan ketelitian dan kesungguhan dalam menyiapkan sesuatu ukiran.

Selain ukiran sarung parang, rantai kunci dan juga hiasan dinding juga mendapat tempat di hati pembeli. Usahawan seni ukir ini ingin meluaskan pasarannya ke luar negara kerana dimaklumkan peminat dan permintaan juga tinggi dengan harga yang berbaloi. Jesteru tanpa melengahkan masa lagi mendaftar program eUsahawan yang sentiasa membuka peluang dan ruang kepada yang ingin menjana duit secara digital.

Ingin eksport Pekasam ke luar negara

Di dalam program eUsahawan, para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.

Begitu juga anak muda yang berasal daripada Kuala Nerang, Mohd Nabil yang minat berniaga bersama rakannya sering ke ekspo, tapak pameran dan juga penghantaran ke kedai-kedai. Pekasam menjadi tarikan dan permintaan juga sama ada persendirian atau restoran.

Harga yang dijual pun amat berpatutan seperti pekasam ikan sepat, ikan lampan dan ikan gelama. Ada juga permintaan terhadap pekasam ayam dan pekasam daging.

Selain sebaran pemasaran secara offline, hebahan secara online juga membantu peniaga-peniaga ini contohnya dengan mengumumkan lokasi tapak jualan dari masa ke semasa. Menurut Encik Zul selaku pemilik gerai pekasam ini, beliau memang tertarik dengan progam eUsahawan yang membantu peniaga-peniaga melebarkan sayap perniagaan secara digital.

Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.

Bagi yang ingin menyertai program ini, boleh terus dapatkan informasi dan daftar di eUsahawan.


Spread the love

59 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!