Bermula Usahawan mikro sehingga membuka 2 cawangan selepas menghadiri program eUsahawan MDEC

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

pada hari ini, telah ramai mula mengambil perhatian bagaimana untuk menyertai program eUsahawan mahupun program eRezeki kerana ianya banyak membantu rakyat Malaysia bebilang bangsa di seluruh tanahair.

kali ini kami berpeluang meneruramah salah seorang usahawanita muda yang telah berjaya mengembangkan perniagaan beliau menerusi program eUsahawan yang dianjurkan oleh pihak MDEC dalam kempen #YouCanDuit.

sue jc cawangan melaka

Program eUsahawan menyediakan pakej lengkap latihan perniagaan

Cikpuan Suriani, 26 tahun, merupakan salah seorang peserta yang telah mengambil inisiatif untuk menambah pengetahuan dalam pengurusan perniagaan dan mengembangkan perniagaan menggunakan platform online.

Beliau merupakan bekas graduan yang memasarkan produk berasaskan batik sarawak yang sangat cantik. Pada mulanya hanya berniaga secara kecil-kecilan, tetapi apabila mendapat bantuan dan didikan daripada program eUsahawan, perniagaan cikpuan Suriani di bawah jenaam Sue JC telah berkembang pesat.

Pasaran seluruh Malaysia

pelanggan memilih selendang di sue jc
pelanggan memilih selendang di sue jc

Melalui program eUsahawan, perniagaan Sue JC telah dipasarkan bukan sahaja di sekitar Sarawak, bahkan ianya telah dipasarkan ke seluruh Malaysia, termasuk semenanjung dan sabah.

Pada bulan ramadhan baru-baru ini, Sue JC telah menyertai Bazaar Jualan di Melaka dan berjaya membuat jualan lebih RM30,000. Dan sejak menyertai program eUsahawan, cikpuan Suriani telah berjaya menjana pendapatan lebih RM100,000.

Ini merupakan sesuatu yang amat membanggakan kerana sebelum ini cikpuan Suriani tidak mempunyai sebarang pengalaman untuk menguruskan perniagaan dalam skala yang lebih besar.

Membuka cawangan tambahan selepas beberapa bulan

Baru-baru ini Sue JC telah membuka satu lagi cawangan disebabkan sambutan yang menggalakkan di Melaka. Cawangan baru ini telah dibuka pada 23 Julai 2016 di Bandar Baru Merlimau, Melaka.

perasmian cawangan melaka sue jc

Sekiranya anda ingin mendapatkan produk-produk seperti tudung, blouse dan barangan lain yang berasaskan batik sarawak, boleh ke mana-mana cawangan Sue JC seperti tertera di bawah ini.

su-jc-contact-cawangan

Kempen #YouCanDuit mensasarkan RM40juta dalam tahun ini

Pada tahun ini, program eUsahawan mensasarkan untuk melatih 45 ribu orang usahawan mikro dan pelajat kolej vokasional yang berminat. Daripada jumlah tersebut, program ini mensasarkan 16,500 daripada yang dilatih akan berjaya menjana pendapatan.

Daripada jumlah ini, sebahagian daripada jumlah RM40juta itu akan dapat dicapai. Kempen #YouCanDuit ini adalah gabungan program eUsahawan dan juga program eRezeki.

sasaran eUsahawan dan MDEC

Sekiranya anda merupakan usahawan mikro yang ingin menambah pengetahuan dalam pengurusan perniagaan dan bagaimana menggunakan platform digital untuk menjana lebihan pendaatan, boleh terus ke halaman FB Fanpage eUsahawan untuk maklumat lanjut.


Spread the love

25 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!