Uncle Seekers apa yang diperjuangkan


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tak pernah kenal dengan Uncle Seekers sehingga keluar kisah percintaan terhalang dan kes saman Mantan Raja Permaisuri Agung, Cik Puan Siti Aishah suatu masa dahulu. Kalau ayah beliau Syed Hussein Al-Attas penulis buku politik tu aku kenallah kerana adalah beberapa buku politik tulisan beliau yang aku beli. Selepas kes saman Cik Puan Siti Aishah barulah aku kenal Syed Abdullah ini rupanya seorang Blogger dan juga Pengkaji Aktiviti Paranormal.

Uncle Seekers memang suka mendedahkan berbagai rahsia tetapi tak tahu apa yang diperjuangkan. Ada benar juga seperti kata Blogger Jejai adakah pendedahan beliau untuk mengejar trafik blog atau alexa ranking atau nak jadi Blogger paling kontroversi. Hanya Uncle Seekers sahaja yang dapat menjawab.

Kisah terbaru Uncle Seekers mendedahkan berbagai rahsia Keluarga Di Raja Johor terutamanya kisah Sultan Johor Sultan IbrahimTunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed Abdullah itu berkata: “Biarlah xxxxx itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya. Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut,” katanya ketika menjawab satu soalan yang diajukan seorang pengikutnya di Twitter.

Aku ada terbaca tapi lupa dimana katanya Uncle Seekers sudah bersedia untuk ditangkap setelah beberapa Rakyat Johor membuat aduan Polis. Dalam kenyataan tersebut katanya paling lama Polis boleh tangkap pun 7 hari  lepas itu pasti dibebaskan. Uncle Seekers tidak gentar dan katanya akan terus membongkar rahsia Kerabat Di Raja Johor. Sebagai salah seorang Anak Johor aku tertanya-tanya apa sebenar tujuan dan perjuangan Uncle Seekers. Mungkinkah ada orang di belakang Uncle Seekers yang juga datang dari keluarga Kerabat Di Raja Johor sehingga beliau jadi seberani ini.

Uncle Seekers dan sahabat wanitanya telah ditahan di Tol Senawang, Negeri Sembilan pada 9.45 pm, 4/7/2012. Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman selama empat hari ke atas penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas. Majistret Johor Bahru Md Isa Mohamed mengeluarkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah ke atas Uncle Seekers.

Aku selaku Anak Johor memang tak suka tingkah laku Sultan Johor disebarkan secara bebas sesuka hati untuk tatapan ramai. Kalau nak cerita buruk baik tingkah laku Sultan pasti ada sahaja ceritanya untuk setiap Negeri, 1001 malam tak habis bercerita samada benar atau dogeng hanya mereka sahaja yang tahu. Demokrasi menjadi manusia terasa bebas untuk mengutuk sesiapa sahaja termasuk Sultan dan Pemimpin sendiri, kalau baca komen-komen mereka di FB dan Blog memang super berani seperti tak takut tuhan.

Inilah kebaikan dan keburukan internet dimana sesiapa sahaja boleh membongkar apa sahaja rahsia untuk matlamat perjuangan yang hanya mereka sahaja yang tahu.

Uncle Seekers Terkini

1. Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers yang kini direman ekoran dakwaan mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam blognya baru-baru ini, didapati positif dadah jenis morfin. – Sumber.

2. Kamal menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali, mengupah atau berjumpa dengan Uncleseekers yang nama sebenarnya Syed Abdullah Hussein Al Atas, bahkan beliau (Kamal Hisham) turut dikritik dan dikutuk dalam blog tersebut. – Sumber.

3. Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya – Sumber.

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • sensasi2020 12 July 2012 at 11:25 pm

    Jgn layan sangat dia ni, macam putus wayar hijau je.
    Entri terbaru sensasi2020 – Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  • halif 12 July 2012 at 5:25 pm

    Buang masa layan org sebegini yg hendakkan perhatian. Seperti org yg kurang kasih sayang.
    Entri terbaru halif – Perasaan riang dapat kunci rumah baruMy Profile

  • hasrulhassan 12 July 2012 at 1:00 am

    HMm kisah uncle seekers memang saya ada ikuti masa kes dengan bekas permaisuri tu ..kecoh gak la. Tapi yang ni makin kecoh … hmm ntahlah ..sepatutnya benda aib ni tak perlu dan dedahkan, melainkan ia boleh merosakkan masyarakat. Selagi ia bukan ada kaitan dengan kepincangan masyarakat …. ia patut ditutup – pendapat setgh ulama.
    Entri terbaru hasrulhassan – Wordless Wednesday #WW | Foto Perkahwinan Irene Nadia Marcello Bersama Blogger Wanita CunMy Profile

  • rullyherbal 11 July 2012 at 6:36 pm

    aku ga kenal gan ane nymak aja ya gan
    Entri terbaru rullyherbal – Comment on cara pemesanan xamthone plus by adminMy Profile

  • Hafizul 11 July 2012 at 2:06 pm

    emm memang hangat la brother ni..haha
    Entri terbaru Hafizul – Eyriqazz vs Denaihati – Luahan Hati Pondok KecilMy Profile

  • merantau di johor 11 July 2012 at 7:08 am

    rasanya ade dalang vvip kat blkg US ni. biasa la politic. dlm ramai2 sultan kat malaysia ni, sultan johor antara yg plg berkuasa kat malaysia ni. so org2 politik x kira ape bangsa pon susah nak monopoli biz kat johor, x kira la projek ke ape ke. x pon pasal adik beradok tiri ni. satu lg berderet keter mewah2, duit berkoyan, rakyatasih ade yg melarat, ramai lak tu yg masih miskin. nasib lahir dari ketrunan bangsawan, ape rasa agakmya klu lahir dari kalangan rakyat miskin.

  • zack 10 July 2012 at 6:07 pm

    ramai tul spy baba dia ni…
    Entri terbaru zack – Benarkah Teknik Pajak Emas Menguntungkan?My Profile

  • papa mifz 10 July 2012 at 6:03 pm

    berani sungguh uncle sorang ni kan…ntah apa khabar lah dia dalam lokap tuh…mau kene lenyek kot…huhu
    Entri terbaru papa mifz – Pemakaian Kulit Katak Mampu Menaikkan Seri Wajah !!My Profile

  • Nurul 10 July 2012 at 1:50 pm

    Penah baca blog dia… Hmmm macam macam hal..
    Entri terbaru Nurul – Berpisah Jua Dengan Mu..My Profile

  • ummaidan 10 July 2012 at 10:33 am

    Assalamualaikum… dulu i’ve visited his blog nak tahu apa lah kesahnya mamatni yg jd kontroversi.. suka mengaibkan orang jer…
    Entri terbaru ummaidan – Bunga Bunga MatahariMy Profile

  • Anak Johor 10 July 2012 at 9:29 am

    Percaya laa sangat air kencing nye positif… Ni laa Malaysia!!…bila membongkar yang batil apa kita dapat… Patutlah Kamal Hisyam lari dr Malaysia… Tak guna nak dpt kebenaran kt sini… Semua hanya pura2..

    • denaihati 10 July 2012 at 3:14 pm

      Biasalah bila tak memihak pada kita pasti kita kata tak adil tapi bila kita menang pasti adil je.

      • sensasi2020 13 July 2012 at 12:07 am

        Cth yg mudah :>>
        Bila pasukan bolasepak negeri kita kalah, pasti cari kesalahan pada pengadil berat sebelah la, pemain lawan main kasar la, penonton pihak lawan mengeji/menghentam dgn kata-kata kesat la, tapi bila menang, pengadil adil dan terus diam saja tanpa membantah tanda puas hati.
        Entri terbaru sensasi2020 – Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  • Blog Keperawatan 10 July 2012 at 12:33 am

    Menjadi bahan pelajaran kita untuk berhati-hati dalam memberikan sesuatu di media online
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Tentang DiareMy Profile

    • Blog Keperawatan 10 July 2012 at 12:33 am

      Apalahi kalau masalahnya sedang hangat-hangatnya diperbincangkan
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Tentang DiareMy Profile

  • Blog Keperawatan 10 July 2012 at 12:30 am

    Akhirnya upload foto lewat akun twitter tersebut bisa ditelusuri polisi dan akhirnya bisa tertangkap
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Tentang DiareMy Profile

    • Blog Keperawatan 10 July 2012 at 12:30 am

      Menurut keterangan pelakunya hal tersebut dilakukannya secara tidak sengaja
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Tentang DiareMy Profile

      • Blog Keperawatan 10 July 2012 at 12:31 am

        Tetapi setelah di ekspose di beberapa media sosial foto-foto tersebut dirasakan oleh para keluarga korban sebagai menambah penderitaan
        Entri terbaru Blog Keperawatan – Tentang DiareMy Profile

        • Blog Keperawatan 10 July 2012 at 12:32 am

          Padahal waktu itu masih dalam masa pencarian serta evakuasi korban sukhoi tersebut.
          Entri terbaru Blog Keperawatan – Tentang DiareMy Profile

  • Blog Keperawatan 10 July 2012 at 12:27 am

    Di Indonesia ada kasus serupa tetapi bukan menghina keluarga kerajaan
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Tentang DiareMy Profile

    • Blog Keperawatan 10 July 2012 at 12:28 am

      Kasus yang mengupload foto ketika ada kecelakaan pesawat sukhoi ketika itu
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Tentang DiareMy Profile

      • Blog Keperawatan 10 July 2012 at 12:28 am

        Upload foto korban tetapi bukan korban sukhoi yang ada di Indonesia
        Entri terbaru Blog Keperawatan – Tentang DiareMy Profile

        • Blog Keperawatan 10 July 2012 at 12:29 am

          menjadi berita yang cukup hangat di Indonesia
          Entri terbaru Blog Keperawatan – Tentang DiareMy Profile

          • Blog Keperawatan 10 July 2012 at 12:29 am

            bahkan menjadi headlines berita-berita ketika itu
            Entri terbaru Blog Keperawatan – Tentang DiareMy Profile

  • chii 10 July 2012 at 12:22 am

    heheh,,muka bangga giler kena tangkap..mmg sgt pelik..mcm ada maksud tersirat he
    Entri terbaru chii – Status Diri SendiriMy Profile

1 7 8 9 10 11


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network