Uncle Seekers apa yang diperjuangkan


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tak pernah kenal dengan Uncle Seekers sehingga keluar kisah percintaan terhalang dan kes saman Mantan Raja Permaisuri Agung, Cik Puan Siti Aishah suatu masa dahulu. Kalau ayah beliau Syed Hussein Al-Attas penulis buku politik tu aku kenallah kerana adalah beberapa buku politik tulisan beliau yang aku beli. Selepas kes saman Cik Puan Siti Aishah barulah aku kenal Syed Abdullah ini rupanya seorang Blogger dan juga Pengkaji Aktiviti Paranormal.

Uncle Seekers memang suka mendedahkan berbagai rahsia tetapi tak tahu apa yang diperjuangkan. Ada benar juga seperti kata Blogger Jejai adakah pendedahan beliau untuk mengejar trafik blog atau alexa ranking atau nak jadi Blogger paling kontroversi. Hanya Uncle Seekers sahaja yang dapat menjawab.

Kisah terbaru Uncle Seekers mendedahkan berbagai rahsia Keluarga Di Raja Johor terutamanya kisah Sultan Johor Sultan IbrahimTunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed Abdullah itu berkata: “Biarlah xxxxx itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya. Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut,” katanya ketika menjawab satu soalan yang diajukan seorang pengikutnya di Twitter.

Aku ada terbaca tapi lupa dimana katanya Uncle Seekers sudah bersedia untuk ditangkap setelah beberapa Rakyat Johor membuat aduan Polis. Dalam kenyataan tersebut katanya paling lama Polis boleh tangkap pun 7 hari  lepas itu pasti dibebaskan. Uncle Seekers tidak gentar dan katanya akan terus membongkar rahsia Kerabat Di Raja Johor. Sebagai salah seorang Anak Johor aku tertanya-tanya apa sebenar tujuan dan perjuangan Uncle Seekers. Mungkinkah ada orang di belakang Uncle Seekers yang juga datang dari keluarga Kerabat Di Raja Johor sehingga beliau jadi seberani ini.

Uncle Seekers dan sahabat wanitanya telah ditahan di Tol Senawang, Negeri Sembilan pada 9.45 pm, 4/7/2012. Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman selama empat hari ke atas penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas. Majistret Johor Bahru Md Isa Mohamed mengeluarkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah ke atas Uncle Seekers.

Aku selaku Anak Johor memang tak suka tingkah laku Sultan Johor disebarkan secara bebas sesuka hati untuk tatapan ramai. Kalau nak cerita buruk baik tingkah laku Sultan pasti ada sahaja ceritanya untuk setiap Negeri, 1001 malam tak habis bercerita samada benar atau dogeng hanya mereka sahaja yang tahu. Demokrasi menjadi manusia terasa bebas untuk mengutuk sesiapa sahaja termasuk Sultan dan Pemimpin sendiri, kalau baca komen-komen mereka di FB dan Blog memang super berani seperti tak takut tuhan.

Inilah kebaikan dan keburukan internet dimana sesiapa sahaja boleh membongkar apa sahaja rahsia untuk matlamat perjuangan yang hanya mereka sahaja yang tahu.

Uncle Seekers Terkini

1. Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers yang kini direman ekoran dakwaan mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam blognya baru-baru ini, didapati positif dadah jenis morfin. – Sumber.

2. Kamal menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali, mengupah atau berjumpa dengan Uncleseekers yang nama sebenarnya Syed Abdullah Hussein Al Atas, bahkan beliau (Kamal Hisham) turut dikritik dan dikutuk dalam blog tersebut. – Sumber.

3. Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya – Sumber.

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • muja 17 July 2012 at 11:16 am

    walaupun bukan negeri muja,, tapi,, tetap terasa bila keluarga diraja dihina,,, :’(

  • sensasi2020 16 July 2012 at 3:08 am

    Tangani segera kes ni, biar pihak berwajib buat kerjanya, jika tak ikhlas, biar Allah saja membalasnya. Siapalah kita, hanya insan yg kerdil yg hanya mampu menegur sesuatu kesalahan dgn hati saja, ia serendah-rendah/selemah-lemah iman tindakan ketidakpuashati diri utk menegur.
    Entri terbaru sensasi2020 – Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota BharuMy Profile

  • minami 15 July 2012 at 2:29 pm

    ko bangang…ada je internet, tapi tetap bangang

    • Denaihati 15 July 2012 at 6:03 pm

      Malaysia kan demokrasi jadi setiap orang bebas memberi pendapat tetapi kalau setakat nak mengutuk orang sesuka hati tu Tuhan tak suka dah lah tu guna nama samaran.
      Entri terbaru Denaihati – 7 Top Blog Malaysia 2012 edisi DiGiMy Profile

      • sensasi2020 16 July 2012 at 3:03 am

        Negara bebas dgn mengamalkan demokrasi, setiap org bebas bersuara memberi pendapat tapi mesti mengikut lunas2 agama kita Islam sbg perjuangan, tidak mengikut hawa nafsu, bertindak secara resional, tidak mempengaruhi mana2 pihak, biar mereka tanggung dosa dan pahala atas setiap perkerjaan yg mereka lakukan, biar Allah saja yg membalasnya.
        Entri terbaru sensasi2020 – Piala Liga Super 2012 dijulang di Kota BharuMy Profile

  • sitti rogaya 14 July 2012 at 6:26 pm

    semoga uncle seekers di bebaskn dgn segera

  • anif 14 July 2012 at 4:51 pm

    Entah apa yang cuba dibuktikan.. Ramai juga yang tertanya-tanya.
    Entri terbaru anif – Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Johor Tahun 1433 / 2012My Profile

  • rexan anter 14 July 2012 at 9:46 am

    biar lah nanti allah akan tunjuk kan kebenaran nya,,,

  • Blog Keperawatan 13 July 2012 at 12:16 pm

    Semoga kasusnya segera terselesaikan dengan baik
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Persalinan NormalMy Profile

    • Blog Keperawatan 13 July 2012 at 12:16 pm

      Dan tidak terulang lagi kasus yang serupa
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Persalinan NormalMy Profile

      • Blog Keperawatan 13 July 2012 at 12:16 pm

        menjadi pembelajaran bagi kita semua
        Entri terbaru Blog Keperawatan – Persalinan NormalMy Profile

  • sensasi2020 12 July 2012 at 11:59 pm

    Betul apa yg Denaihati katakan,
    Kalau bercerita tentang perihal sultan,
    1001 malam tidak akan habis diperkatakan,
    Kebebasan bukan wadah utk bebas mengaibkan….
    Entri terbaru sensasi2020 – Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  • sensasi2020 12 July 2012 at 11:51 pm

    Berlagak sebagai seorang pahlawan,
    Walhal tindakannya memakan diri,
    Siapalah kita utk melawan,
    Berdiam diri lebih baik drp bising berlari.
    Entri terbaru sensasi2020 – Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  • zanaa sensei 12 July 2012 at 11:44 pm

    SEbagai rumusan untuk sensei …. Kalau nak terjah sesuatu isu …
    Selidik baik dan buruknya dahulu … Kalau tak berani jangan nak tunjuk teror …
    Entri terbaru zanaa sensei – We use Hajimemashite When ……..My Profile

  • sensasi2020 12 July 2012 at 11:43 pm

    Perjuangan yang penuh dgn kontroversi,
    Bertindak dengan penuh emosi,
    Berlagak macam dia tu besi,
    Tidak memikirkan tindak tanduknya itu keji.
    Entri terbaru sensasi2020 – Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  • sensasi2020 12 July 2012 at 11:37 pm

    Perjuangan yg sia-sia sahaja,
    Sudah pasti akan di penjara,
    Ini pula berkaitan dgn raja,
    Raja yg menjadi payung rakyat jelata.
    Entri terbaru sensasi2020 – Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  • zanaa sensei 12 July 2012 at 11:37 pm

    Apa yang diperjuangkan oleh US ni dia sahaja yang tahu … Mungkin dia nampak apa yang diperjuangkan … :)
    Sensei juga masih lagi berjuang untuk menghasilkan modal insan yang bukan sahaja tinggi dalam inteleknya malah mantap dalam imannya …..

    • Blog Keperawatan 13 July 2012 at 12:15 pm

      Motifnya juga belum diketahui
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Persalinan NormalMy Profile

  • sensasi2020 12 July 2012 at 11:32 pm

    Pasti ada org belakangnya yg support beliau, hinggakan beliau begitu berani menyentuh hal ehwal sultan dgn bebas. Pengaruh dadah mungkin ingin lebih berani bertindak di luar batas kemanusiaan.
    Entri terbaru sensasi2020 – Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

  • sensasi2020 12 July 2012 at 11:28 pm

    Padan dgn muka dia, kena tahan reman selama 4 hari, yg beraynya posiif dadah jenis morfin, kena hantar ke pusat pemulihan.
    Entri terbaru sensasi2020 – Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

1 8 9 10 11


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network