Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tak pernah kenal dengan Uncle Seekers sehingga keluar kisah percintaan terhalang dan kes saman Mantan Raja Permaisuri Agung, Cik Puan Siti Aishah suatu masa dahulu. Kalau ayah beliau Syed Hussein Al-Attas penulis buku politik tu aku kenallah kerana adalah beberapa buku politik tulisan beliau yang aku beli. Selepas kes saman Cik Puan Siti Aishah barulah aku kenal Syed Abdullah ini rupanya seorang Blogger dan juga Pengkaji Aktiviti Paranormal.
Uncle Seekers memang suka mendedahkan berbagai rahsia tetapi tak tahu apa yang diperjuangkan. Ada benar juga seperti kata Blogger Jejai adakah pendedahan beliau untuk mengejar trafik blog atau alexa ranking atau nak jadi Blogger paling kontroversi. Hanya Uncle Seekers sahaja yang dapat menjawab.
Kisah terbaru Uncle Seekers mendedahkan berbagai rahsia Keluarga Di Raja Johor terutamanya kisah Sultan Johor Sultan Ibrahim. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengulas mengenai tuduhan yang ditimbulkan Syed Abdullah itu berkata: “Biarlah xxxxx itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya. Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut,” katanya ketika menjawab satu soalan yang diajukan seorang pengikutnya di Twitter.
Aku ada terbaca tapi lupa dimana katanya Uncle Seekers sudah bersedia untuk ditangkap setelah beberapa Rakyat Johor membuat aduan Polis. Dalam kenyataan tersebut katanya paling lama Polis boleh tangkap pun 7 hari lepas itu pasti dibebaskan. Uncle Seekers tidak gentar dan katanya akan terus membongkar rahsia Kerabat Di Raja Johor. Sebagai salah seorang Anak Johor aku tertanya-tanya apa sebenar tujuan dan perjuangan Uncle Seekers. Mungkinkah ada orang di belakang Uncle Seekers yang juga datang dari keluarga Kerabat Di Raja Johor sehingga beliau jadi seberani ini.
Uncle Seekers dan sahabat wanitanya telah ditahan di Tol Senawang, Negeri Sembilan pada 9.45 pm, 4/7/2012. Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman selama empat hari ke atas penulis blog Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas. Majistret Johor Bahru Md Isa Mohamed mengeluarkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah ke atas Uncle Seekers.
Aku selaku Anak Johor memang tak suka tingkah laku Sultan Johor disebarkan secara bebas sesuka hati untuk tatapan ramai. Kalau nak cerita buruk baik tingkah laku Sultan pasti ada sahaja ceritanya untuk setiap Negeri, 1001 malam tak habis bercerita samada benar atau dogeng hanya mereka sahaja yang tahu. Demokrasi menjadi manusia terasa bebas untuk mengutuk sesiapa sahaja termasuk Sultan dan Pemimpin sendiri, kalau baca komen-komen mereka di FB dan Blog memang super berani seperti tak takut tuhan.
Inilah kebaikan dan keburukan internet dimana sesiapa sahaja boleh membongkar apa sahaja rahsia untuk matlamat perjuangan yang hanya mereka sahaja yang tahu.
Uncle Seekers Terkini
1. Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers yang kini direman ekoran dakwaan mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam blognya baru-baru ini, didapati positif dadah jenis morfin. – Sumber.
2. Kamal menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali, mengupah atau berjumpa dengan Uncleseekers yang nama sebenarnya Syed Abdullah Hussein Al Atas, bahkan beliau (Kamal Hisham) turut dikritik dan dikutuk dalam blog tersebut. – Sumber.
3. Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya – Sumber.
221 Comments
Uncle Seekers seorang blogger yg berani, hingga sanggup dipenjarakan hanya kerana menfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Kebaikan dan keburukan internet akan terserlah jika ia mendatangkan sensasi terhadap sesuatu isu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Kisah sultan tak pernah habis, semenjak zaman-berzaman, kita sebagai rakyat di bawah payung negara/negeri, ibarat spt “Rakyat memayungi Raja” atau ketua agama islam di negeri masing2.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
uncle seekers ni memang lain mcam sikit la.. dulu selamber je dia sound dr fadhilah kamsah.. ada sumthin wrong agaknya kat dia ni
Curahan rasa boni @ ..Orang Tua Yang Tercirit-cirit
Mencari publisiti murahan, walau pun kebenaran berpihak padanya, tapi apakan daya kita hanya bukan bangsawan, duduk sentiasa rendah di bawah kuasa2 sultan, tak taat dikatakan derhaka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
Kisah kerabat Di Raja ada di mana-mana di bumi Malaysia ini. Adakala memberi satu cerita yg sensasi utk tatapan umum.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings
tak tahu siapa benar, siapa salah. satu mendakwa, satu tak muncul utk menafikan. akhirnya, buntu. sistem pula kabut. mungkin ada benar tohmahannya, mungkin juga tak. wallahualam. hanya Allah swt saja yg Maha Mengetahui perihal ni. moga kebenaran jua yg kita temui nanti. insyaAllah.
Curahan rasa riffzam @ ..Digantung
salam..
saya adalah antara berjuta pembaca yang pernah singgah
ke blog beliau, dari cara penulisannya saya rasa
beliau telah bersedia dengan segala kemungkinan
agak menarik pada saya, atas keberanian beliau ini
nak tunggu juga apa kisah selanjutnya…
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Kuih Gelembung Buaya Dari Negeri Cik Siti Wan Kembang
kalau baca betul2 dia dah jangkakan dia kena tangkap, dia bersedia menghadapi segalanya dah
Curahan rasa auc dot com @ ..Kelantan vs Perak | Liga Super Malaysia 2012 | Keputusan Terkini
Dia nak cari publisiti kot.Entahlah.
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Pendedahan Terkini Handphone Menjadi Sumber Pendapatan
paling xboleh blah ada program tv uncle ni yang konon2 nyer dapat rakam entiti hantu…rupa2 penipu
Uncl e Seekers telah sangat berani memaparkan kisah-kisah kontrovesi di blog beliau.. Sehingga ke hari ini, tidak ada siapa yang tahu apa tujuannya..
Curahan rasa Anuar @ ..18 Dinar Emas dan 10 Dirham Perak untuk dimenangi
lain org lain cita rasa begitu jugak halnya dgn uncle ni
tak kerja cari kerja 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Kedudukan Terkini Pingat SUKMA XV Pahang 2012 | 5/7/2012
Hai .saya singgah sebentar di blog ini sambil godek-godek entry yang menarik.Blog yang sangat menarik dan juga content yang cukup bagus.Hope suatu hari nanti blog saya akan turut jadi macam blog yang hebat ini.
Jom baca 3 entry terbaru saya.
# Adakah Telan Air Mani Boleh Sebabkan Mengandung ?
# Hukum Suami Pancut Luar Semasa Jimak
# Sebab Islam Mengharamkan Seks Melalui Dubur
hmmm, dia ingat org xtau yg sultan tu pun mnusia.. mnusia ada jln crita msing2.. luculh, comel gak kawan dia…
boleh senyum lagi walaupun di gari macam itu…apo ler…
Curahan rasa Nana @ ..Ulat Besar Ibu Jari Dalam Mata
entah la bro..ramai orang tertnya-tanya apalah yang uncle seekers ni nak sebenarnya..mungkin betul jugak cakap bro..nak jadi blogger paling kontroversi..nanti dapat award digiwwwow..hehe
Curahan rasa hafiz @ ..Ramadhan dipermainkan
mungkin juga suka masuk tv, jadi famous..=P
Curahan rasa hafiz @ ..Ramadhan dipermainkan
Comments are closed.