Assalamualaikum, alhamdulillah kita baru melangkah ke dalam bualan Rejab yang penuh berkat. Musim haji kian dekat dan kali ini Ustaz Mohd Danial berkongsi tentang Khidmat Badal Haji yang kekadang dimanupulasi utuk kepentingan bisnis semata-mata.
ULASAN RINGKAS BERKAITAN KHIDMAT BADAL HAJI – KHIDMAT DARI PELAJAR MALAYSIA ARAB SAUDI
Disebabkan setiap tahun saya menerima soalan yang sama iaitu berkaitan khidmat badal haji maka saya berasa terpanggil untuk mengulas sedikit agar dapat membetulkan salahfaham yang berlaku seterusnya dapat memudahkan urusan pencari upah badal haji.
1. Tidak dinafikan bahawa mungkin wujudnya sindiket penipuan untuk memberi khidmat upah badal haji dengan harga yang murah seperti yang kita lihat diruang iklan umum dengan harga kebiasaan yang ditawarkan iaitu RM1500
2. Harga kebiasaan paling minimum yang diambil oleh pelajar malaysia adalah sekitar RM3000-RM3500. Bahkan ada yang dibayar lebih dari harga upah kebiasaan ini dan itu bergantung pada individu yang dibayar atas perbincangan peribadi
3. Berkaitan dengan khidmat upah badal haji yang di iklankan secara meluas itu saya tidak menyatakan kesemunya adalah menipu, tetapi berdasarkan bayaran yang agak murah wajar untuk mereka yang mahu memberi upah badal haji itu memikirkan apakah saluran itu benar atau tidak
4. Buat pengetahuan umum, bayaran upah badal haji kepada pelajar Malaysia itu adalah merangkumi sewa rumah, sewa kenderaan, makan minum selama lebih kurang seminggu, bayaran pengakutan semasa melaksanakan haji dan dam jika dikenakan. Maka RM1500 adalah tidak wajar dan tidak pernah diambil oleh pelajar Malaysia dengan harga sedemikian.
5. Kemungkinan juga bayaran upah diberi kepada selain pelajar Malaysia iaitu pekerja asing di arab saudi tetapi jika yang didakwa itu dibayar para pelajar Malaysia yang menuntut di Arab Saudi adalah tidak benar disamping jumlah pelajar Malaysia tidaklah terlalu ramai sehingga mampu untuk menampung semua upah yang diambil oleh khidmat upah badal haji demikian.
6. Kemungkinan harga agak murah jika dibayar kepada penduduk Mekah, ini kerana banyak kos dapat ditolak memandangkan mereka dekat dengan tempat melaksanakan haji berbanding Madinah yang agak jauh
Nasihat saya kepada pemberi dan penerima badal haji secara peribadi:
1. Berilah upah badal haji kepada badan kerja yang benar-benar dipercayai janganlah hanya kerana tawaran murah kita dengan mudah memberi bayaran tanpa mengetahui apakah ia benar-benar dilaksanakan atau tidak
2. Carilah individu yang soleh dan berilmu bagi melaksanakan badal haji untuk ahli keluarga kita, kerana kita mahu haji yang dilaksanakan itu adalah haji yang diterima bahkan haji mabrur sehingga dapat memberi manfaat kepada arwah
3. Jangan terlalu kedekut atau berkira ketika memberi wang upah badal haji, jika arwah telah menyimpan wang khusus untuk mengerjakan haji maka guna duit itu sebaiknya untuk digunakan bagi melaksanakan badal haji arwah. Bahkan ada individu yang dibayar RM10K iaitu dengan duit arwah sendiri untuk menyempurnakan haji arwah. Kenapa bayar dengan harga yang murah pada tempat yang tidak jelas salurannya?
4. Masalah ilmu yang tidak cukup seringkali menjadi masalah kepada orang yang mengambil upah haji seperti tidak mengetahui rukun atau hanya buat haji secara cukup syarat sahaja dengan meninggalkan yang sunat, bahkan wujud juga individu yang jahil atau menipu dengan mengambil upah haji lebih dari satu badal. Ini adalah tidak sah dari sudut hukum kerana tidak dibolehkan sama sekali untuk satu individu melaksanakan haji dengan niat lebih dari satu individu upah badal yang diambil.
5. Jika diyakini iaitu walaupun dengan harga murah tetapi tetap diambil oleh pelaku haji yang dipercayai maka tiadalah masalah tetapi pemberi upah badal haji haruslah memikirkan keperluan perbelanjaan individu yang melaksanakan haji pada tahun itu dengan adil
6. Kepada penerima upah badal haji pula yang bakal mengerjakan haji dengan wang tersebut, jangan sesekali menjadikan ini adalah sumber perniagaan dan ia adalah dilarang dalam agama seperti meminta wang secara berlebihan dan lebih dari cukup melainkan wang itu diberi secara sukarela tanpa ada unsur “demand” lebih.
7. Sangat beza orang yang melakukan haji kerana mencari duit dengan orang mencari duit kerana mahu mengerjakan haji.
8. Sebaiknya ketahui hajat atau keperluan wang orang yang mahu mengerjakan badal haji itu dan jika mahu memberi wang lebih dari keperluan kepada penerima upah badal haji maka itu adalah hak yang memberi upah.
Wallahu’alama bissawab.
Mohd Danial Madani,
Universiti Islam Madinah
36 Comments
Semoga bagi yang menunaikan ibadah haji menjadi haji yang mabrur
..
Wah …nasihat-nasihat yang diberikan bisa dijadikan acuan dlm menunaikan ibdah haji ……
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Cara Mengkafani Jenazah Menurut Syariat Islam –
Iya, setuju, harga murah jangan dijadikan satu-satunya alasan memilih badal haji, harus dilihat juga integritasnya.
setuju dengan nasihat2 yang dilontarkan. dalam soal ibadah nie banyak yang kena diteliti terlebih dahulu, jangan “asal boleh” saje.. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..Turunkan Berat Badan Secara Sihat Dengan Clean Eating
Kena betul-betul kaji dulu agensiagensi yang menawarkan harga murah nih. Jangan sampai kena tipu sudah
Curahan rasa Supernifz @ ..Emas
biasa pakej murah dia bagi ke orang indonesia dan juga bangladesh..tu harga murah
Curahan rasa amir @ ..Pakej umrah
Kalau pakej murah, tapi dapat tunaikan umrah dari mula sampai habis dengan selasa tak salah kan.
Curahan rasa Supernifz @ ..Cara Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin
bia kan mahal janji haji yang kita upahtu di buat oleh org yang betuk diiktiraf..jangan bayar duitjer
Curahan rasa amir @ ..Pakej umrah
apabila duit menjadi raja maka yang lain dibiarkan dan duit menjadi keutamaan..dan akhirnya agama dijual secara lahiriah dan batiniah
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Punca Kegagalan Operasi Rayani Air
Hal-hal sebegini pon ada yang ambil kesempatan. Pernah juga terbaca iklan kos upah hanya RM1500, pelik dan rasa sesuatu sebab kenapa murah sangat~
Curahan rasa faezahjalil @ ..Testimonial ESP Shaklee Yang Anda Tak Tahu
Kadang-kadang tuh mereka yang menawarkan harga murah nih, tak pentingkan banyak aspek… Fikir nak lakukan pakage depa jerk.
Curahan rasa Supernifz @ ..Faedah & kepentingan Omega-3
Comments are closed.