Assalamualaikum, alhamdulillah kita baru melangkah ke dalam bualan Rejab yang penuh berkat. Musim haji kian dekat dan kali ini Ustaz Mohd Danial berkongsi tentang Khidmat Badal Haji yang kekadang dimanupulasi utuk kepentingan bisnis semata-mata.
ULASAN RINGKAS BERKAITAN KHIDMAT BADAL HAJI – KHIDMAT DARI PELAJAR MALAYSIA ARAB SAUDI
Disebabkan setiap tahun saya menerima soalan yang sama iaitu berkaitan khidmat badal haji maka saya berasa terpanggil untuk mengulas sedikit agar dapat membetulkan salahfaham yang berlaku seterusnya dapat memudahkan urusan pencari upah badal haji.
1. Tidak dinafikan bahawa mungkin wujudnya sindiket penipuan untuk memberi khidmat upah badal haji dengan harga yang murah seperti yang kita lihat diruang iklan umum dengan harga kebiasaan yang ditawarkan iaitu RM1500
2. Harga kebiasaan paling minimum yang diambil oleh pelajar malaysia adalah sekitar RM3000-RM3500. Bahkan ada yang dibayar lebih dari harga upah kebiasaan ini dan itu bergantung pada individu yang dibayar atas perbincangan peribadi
3. Berkaitan dengan khidmat upah badal haji yang di iklankan secara meluas itu saya tidak menyatakan kesemunya adalah menipu, tetapi berdasarkan bayaran yang agak murah wajar untuk mereka yang mahu memberi upah badal haji itu memikirkan apakah saluran itu benar atau tidak
4. Buat pengetahuan umum, bayaran upah badal haji kepada pelajar Malaysia itu adalah merangkumi sewa rumah, sewa kenderaan, makan minum selama lebih kurang seminggu, bayaran pengakutan semasa melaksanakan haji dan dam jika dikenakan. Maka RM1500 adalah tidak wajar dan tidak pernah diambil oleh pelajar Malaysia dengan harga sedemikian.
5. Kemungkinan juga bayaran upah diberi kepada selain pelajar Malaysia iaitu pekerja asing di arab saudi tetapi jika yang didakwa itu dibayar para pelajar Malaysia yang menuntut di Arab Saudi adalah tidak benar disamping jumlah pelajar Malaysia tidaklah terlalu ramai sehingga mampu untuk menampung semua upah yang diambil oleh khidmat upah badal haji demikian.
6. Kemungkinan harga agak murah jika dibayar kepada penduduk Mekah, ini kerana banyak kos dapat ditolak memandangkan mereka dekat dengan tempat melaksanakan haji berbanding Madinah yang agak jauh
Nasihat saya kepada pemberi dan penerima badal haji secara peribadi:
1. Berilah upah badal haji kepada badan kerja yang benar-benar dipercayai janganlah hanya kerana tawaran murah kita dengan mudah memberi bayaran tanpa mengetahui apakah ia benar-benar dilaksanakan atau tidak
2. Carilah individu yang soleh dan berilmu bagi melaksanakan badal haji untuk ahli keluarga kita, kerana kita mahu haji yang dilaksanakan itu adalah haji yang diterima bahkan haji mabrur sehingga dapat memberi manfaat kepada arwah
3. Jangan terlalu kedekut atau berkira ketika memberi wang upah badal haji, jika arwah telah menyimpan wang khusus untuk mengerjakan haji maka guna duit itu sebaiknya untuk digunakan bagi melaksanakan badal haji arwah. Bahkan ada individu yang dibayar RM10K iaitu dengan duit arwah sendiri untuk menyempurnakan haji arwah. Kenapa bayar dengan harga yang murah pada tempat yang tidak jelas salurannya?
4. Masalah ilmu yang tidak cukup seringkali menjadi masalah kepada orang yang mengambil upah haji seperti tidak mengetahui rukun atau hanya buat haji secara cukup syarat sahaja dengan meninggalkan yang sunat, bahkan wujud juga individu yang jahil atau menipu dengan mengambil upah haji lebih dari satu badal. Ini adalah tidak sah dari sudut hukum kerana tidak dibolehkan sama sekali untuk satu individu melaksanakan haji dengan niat lebih dari satu individu upah badal yang diambil.
5. Jika diyakini iaitu walaupun dengan harga murah tetapi tetap diambil oleh pelaku haji yang dipercayai maka tiadalah masalah tetapi pemberi upah badal haji haruslah memikirkan keperluan perbelanjaan individu yang melaksanakan haji pada tahun itu dengan adil
6. Kepada penerima upah badal haji pula yang bakal mengerjakan haji dengan wang tersebut, jangan sesekali menjadikan ini adalah sumber perniagaan dan ia adalah dilarang dalam agama seperti meminta wang secara berlebihan dan lebih dari cukup melainkan wang itu diberi secara sukarela tanpa ada unsur “demand” lebih.
7. Sangat beza orang yang melakukan haji kerana mencari duit dengan orang mencari duit kerana mahu mengerjakan haji.
8. Sebaiknya ketahui hajat atau keperluan wang orang yang mahu mengerjakan badal haji itu dan jika mahu memberi wang lebih dari keperluan kepada penerima upah badal haji maka itu adalah hak yang memberi upah.
Wallahu’alama bissawab.
Mohd Danial Madani,
Universiti Islam Madinah
36 Comments
Bagus cari saudara mara atau anak-anak kenalan kita yang belajar disana. Insyallah mereka kenal kita jadi tak ada rasa nak tipu atau apa-apa yang tak kena. Saya dulu buat untuk arwah ayah dengan anak jiran yang belajar disana.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kerja Di Rumah Bagi Yang Nak Tambah Pendapatan
Betul tuh, kalau ada yang kita kenal dok kat sana, memang senang lah kita nak buat upah haji & umrah nih, insyallah takkan kita di tipu.
Curahan rasa Supernifz @ ..Cara Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin
harga yang terlalu murah macam tidak masuk akal dan boleh menyebabkan rasa kurang percaya pun ada..
memang betul kata ustaz ..carilah ilmu dan maklumat yang lengkap agar khidmat badal haji beroleh objektif yang sebenarnya..
Curahan rasa Hanafi @ ..Wanita Buat Duit Dari Rumah
Betul tu. Cari yang betul-betul boleh percaya. Takut tertipu sayang juga jadinya. Ingat dah setel badal haji. Tapi takut salah cara kerjanya. Kasihan juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kerja Di Rumah Bagi Yang Nak Tambah Pendapatan
Itu lahnya, dah lah susah payah mengumpul duit, senang-senang pulak orang nak tipu, tak patut sungguh.,
Curahan rasa Supernifz @ ..Cara Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin
Orang kalau dah terdesak apa pun sanggup buat.. Tapi tu labtak bestnya nanti rosak susu sebelanga.. Huhu
Curahan rasa Dzu Amri @ ..Resipi Mudah Buat Pizza Daripada Roti Gardenia
Kasihan juga jika orang yang buat benda ni jadi bahan untuk berniaga. Macam-macam di cakapnya agar nampak menarik pada pandanagan orang ramai agar bersetuju dengan khidmat mereka.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kerja Di Rumah Bagi Yang Nak Tambah Pendapatan
Betul tuh, kadang tuh kalau ada agensi yang tawarkan harga murah but depa betul2 boleh menjamin haji badal yang di buat tuh, kita kena amek kira jugak tuh.
Curahan rasa Supernifz @ ..Cara Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin
Soal Ibadat pun dijadikan permainan. Di hati deme tak ada secebis pun keinsafan bahawa ktia akan mati juga. Mana yang kekal selamanya.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..T-Shirt Printing Online Murah & Berkualiti : Auditra Production
Bila tak ada perasaan kasihan kepada orag lain. Macam ni lah jadinya. Benda agama pun mereka buat perniagaan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kerja Di Rumah Bagi Yang Nak Tambah Pendapatan
Depa nih hanya fikirkan duniawi semata-mata, nak kaya dengan cara yang senang jer. tak gunaka akal fikiran yang waras.
Curahan rasa Supernifz @ ..Cara Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin
sedih rasa soal ibadah pon orang nk main2 tipu kan..,macam2 orang sekarang. macam terdesak je
Curahan rasa ENA @ ..PROMOSI MAC 2016 – Hot Selling Energizing Soy Protein & Vivix
Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran setimpal. Apabila urusan orang dipermudahkan, semua orang pun tahu urusan kita juga akan menjadi mudah 😀
zaman sekarang agama menjadi dagangan, tidak hairanlah bab agama pun ramai menipu sekarang ini. hati2 semua
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Vivix dan ESP Bantu Rawati Sopak
Ya Allah. Macam-macam ye orang sekarang. Baru terfikir. Kena take note panduan ni pada sapa2 yang nak buat upah haji. Tak boleh fikir nak harga yang murah je. Perlu tau kualitinya juga.
Curahan rasa jida @ ..Dilema Pesakit Diabetes Apabila Terpaksa Berpantang Makan
Terima kasih atas perkongsian info. Semoga Allah pandu kita buat pilihan yang betul jika situasi ini terjadi pada kita. Berniaga dengan Allah sebenarnya sangat untung. Kalau kita semua boleh nampak keuntungan tu..
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Minuman Kegemaran Saya Memeriahkan Acara Berjalan Sambil Beramal
Inilah yang sering tertanya-tanya dalam otak ni..betul ke mereka yg diupah itu melaksanakan sepertimana yg diupah?
Curahan rasa JMR @ ..Melantak Steak Hub , Kota Syahbandar, Melaka. Serius berbaloi!
ada jugak org nak menipu yer.. bahaya betol lah zaman sekarang ni.. . terpulang pada kita untuk menilainya yg mana terbaik .. inshaAllah semoga diberkati..
Dalam ibadah pun orang tergamak nak menipu. Apatah lagi dalam kehidupan harian biasa..
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Cara Merawat Sakit Lutut Semulajadi Dan Elakkan Kos Pembedahan Yang Mahal
Penjelasan lengkap dari Ustaz Mohd Danial yang dikongsikan. Saya percaya dengan kos yang dinyatakan untuk khidmat Badal Haji ini tidak mudah kita mempercayai sewenang-wenangnya iklan yang terlalu murah. Apalah kiranya dilebihkan sedikit upah mereka yang SANGGUP melaksanakan Badal Haji ini untuk kita atau keluarga kita juga.
bagus arttikelnya sangat bermanfaat. semoga yang akan berangkat haji dipermudah dan menjadi haji yang mabruur.. thanks for your sharing.
Ia harapnya begitulah… semoga ibadah kita diterima Allah S.W.T.. dalam menunaikan rukun Islam yang ke 5..
Curahan rasa anuar @ ..Sekitar Majlis Akikah Anak Bongsu di Pak Ya Homestay 2
Sekarang ni bukan sahaja pakej haji… pakej umarah pun kena berhati2.. ada kawan saya yang dah terkena… huhuhu
Curahan rasa anuar @ ..Sekitar Majlis Akikah Anak Bongsu di Pak Ya Homestay 2
Kadang tu saya pun rasa pelik dengan agensi pelancongan yang cuba ambil kesempatan ni… mereka tak takut ke dgn azab dan seksaan di akhirat nanti?
Curahan rasa anuar @ ..Sekitar Majlis Akikah Anak Bongsu di Pak Ya Homestay 2
Terima kasih di atas perkongsian info.. lepas ni kena siasat betul2 pihak syarikat yg ada menawarkan perkhidmatan badal haji supaya tidak tertipu dgn sesetengah pihak yg cuba mengambil kesempatan..
Curahan rasa anuar @ ..Sekitar Majlis Akikah Anak Bongsu di Pak Ya Homestay 2
Comments are closed.