Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah siapa sangka blog Denaihati yang pada mulanya hanya luahan Yang Terbuku Di Hati boleh kekal selama ini kerana entah berapa ratus mungkin ribu blog sezaman yang telah terkubur tanpa nisan. Blog Denaihati bermula dengan maksud untuk menjadi platform mencurahkan apa yang terbuku di hati ketika itu keadaan politik Malaysia mula berubah.
Tarikh 13/7/2008 adalah tarikh keramat bermulanya blog Denaihati dengan entri pertama bertajuk “Politk Yang Bingung” dengan menggunakan platform blogspot dan sehingga hari ini Denaihati.blogspot.com masih berdiri megah menjadi monumen yang indah. Dengan tagline “Yang Terbuku Di Hati” pasti jelas maksudnya dan gaya penulisan memang jauh berbeza dari sekarang.
“Yang ditunggu sudah tiba > Teknik Buat Duit dengan blog dari Sifu Affiliate En Titan @ Kitab Teknik SEO Merah Jambu”
Bertahun aku merangkak sendirian belajar apa itu blog melalui carian google dengan mencuba berbagai code html dan entah berapa kali gagal tak pernah terkira. Setiap kejayaan setelah mencuba berkali-kali merupakan suatu kepuasan yang hanya mereka telah melalui pengalaman yang sama sahaja tahu. Tidak pernah di hati mengharap Blogger lain menghormati aku ketika itu tetapi aku sendiri menjelajah dari satu blog ke satu blog tak kira blog Malaysia, Indonesia, Australia, India, US dan sebagainya untuk belajar dari Blogger yang sudah berjaya. Aku melihat bagaimana blog Amanz.my, Paultan.org dan Beautifulnara.com berubah dari blog biasa menjadi blog profesional yang menjadi sumber inspirasi.
Ketika itu aku sering membebel dengan teman-teman rapat bahawa suatu hari nanti blog Denaihati akan jadi begini jadi begitu. Kawan-kawan aku bukanlah Blogger jadi pasti mereka mengerutkan dahi bila aku bercerita bahasa yang mereka kurang faham. Aku selalu memikirkan bagaimana untuk menjadikan blog Denaihati boleh menjadi platform yang memberi manafaat kepada ramai orang.
Alhamdulillah bermula 1/1/2010 blog Denaihati berpindah dari platform blogspot ke platform wordpress. Terima kasih kepada Kak Jie dan Serverfreak yang banyak membantu ketika aku ada zero ilmu tentang wordpress. Aku pun tak ingat macam mana boleh jadi baik dengan sifu blog Kak Jie yang pasti adik perempuan Kak Jie (kalau tak silap lah) yang selalu tinggalkan komen di blog Denaihati (nasib baik tak jadi adik ipar Kak Jie … heeee).
Berpindah ke wordpress dengan transformasi dan tagline baru. Tagline berubah dari “Yang Terbuku Di Hati” berubah menjadi “Hidupkan Untuk Memberi”. Tagline baru terhasil kerana terkesan dengan mutiara kata “Kita Membina HIDUP Dengan Apa Yang Kita Dapat Tetapi Kita Membina KEHIDUPAN Dengan Apa Yang Kita BERIKAN”.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”650″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/denaihati-2011.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”650″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/denaihati-2012.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”650″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/denaihati-2013.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Alhamdulillah blog Denaihati terus melangkah tanpa menoleh ke belakang melalui berbagai kesukaran yang menjadi motivasi untuk terus berdiri bersama beratus ribu blog baru yang tumbuh bagai cedawan selepas hujan. Bermula Januari 2012 blog Denaihati mula menjadi lebih komersial apabila menerima iklan pertama daripada Toshiba Singapore. Iklan Toshiba adalah sejarah untuk blog Denaihati.
Sebelum ini blog Denaihati tak pernah pun menyambut ulang tahun tapi sempena tahun ke lima rasanya perlu untuk memaklumkan kepada Rakan Blogger mungkin boleh menjadi sumber inspirasi kepada Blogger baru dan lama. Terima kasih kepada semua yang telah memberi kata semangat di SINI dan juga kepada Aiman Deki dan Kak Sumijelly yang sudi buat special entri.
Terima kasih juga kepada team Denaihati yang banyak membantu iaitu Anarm, Eizil, Abang Ensem, Shakiddo, Sharil dan Sweetkurma. Kami tak pernah merancang untuk bersama tapi semua ketentuan ALLAH SWT. Tak mustahil team ini akan bertambah di masa akan datang. Terima kasih juga kepada semua pembaca setia yang terus bersama memberi sokongan dan menegur untuk kebaikan. Terima kasih juga kepada semua wakil pengiklan dan pengiklan yang telah memberi nafas panjang kepada blog Denaihati untuk pergi lebih jauh dalam industri.
Selepas makeover blog Denaihati, fokus terkini adalah berkongsi ilmu blog, hartanah dan lain-lain melalui Akademi Denaihati Network supaya lebih ramai Blogger yang berjaya lebih hebat dari Denaihati.com, Paultan.org, Amanz.my dan Beautifulnara.com. Ilmu ada cahaya yang menyuluh kejayaan, tanpa ilmu jangan mimpi untuk menjadi Blogger yang berjaya.
Sebagai menghargai Rakan Blogger dan keluarga tak kira apa bangsa dijemput ke MAJLIS IFTAR RAMADAN bersama Denaihati Network pada 20/7/2013 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Sila DM konformasi kahadiran beserta jumlah kehadiran (berapa dewasa dan kanak-kanak ke FB Anarm. Pengesahan kehadiran mesti dibuat sebelum 11.59 pm, 18/7/2013. Kehadiran semua sangat dialu-alukan.
142 Comments
selamat ulgthn ke lima buat DH. jasa-jasa DH dlm dunia blogging malaysia sudah amat byk walaupun baru 5 tahun DH lahir. Amat bertepatan dgn tagline blog DH. moga Allah melipatgandakan rezeki DH.
Curahan rasa sohoque @ ..Jom Terjah Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam
Alhamdulillah. Tahniah abang denai atas ulang tahun ke 5 blog denaihati. Selamat hari jadi. Semoga denaihati terus kukuh dan terus berkembang mewarnai dunia blogger Malaysia.. 🙂
Curahan rasa Bidadari @ ..Telatah : Aku dan Cinta
Selamat Ulang Tahun ke-5 Denai. Walau saya jarang-jarang komen di blog Dh, tp sentiasa ikut perkembangan Dh yang sememang jadi inspirasi kepada blogger-blogger lain terutamanya yang baru tumbuh atau yang sudah beberapa ketika dalam dunia blogging. Teringin nak join event 20.7.2013, tetapi harus pulang ke kampung.
Curahan rasa fyzal @ ..Nokia Lumia 1020 With 41 MP PureView Camera
wah.. tahniah2..camtu rupannya kisah denaihati nih ya. Boleh jadi ikutan nih.
Curahan rasa encikarman @ ..300 ikan pari terdampar di pantai
selamat ulang tahun ke 5. semoga terus success >.<
Curahan rasa kecik @ ..GA Ramadhan by KanvasDakwat
kalau takde aral, insya-Allah gua hadir.
ada cendol tak nih?
Curahan rasa titan @ ..Apa itu MyKad Smart Shopper?
Seronoklah dapat berkenalan dengan Encik Titan..masa makan pulak tu..dapat tengok cara encik titan makan mcm mana…hahahaha…jagn marah gurau aje..
Curahan rasa Hafizul @ ..Tips Semasa – Cinta Itu Luar Biasa
selamat ulang tahun ke-5 denai hati..
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Pelajar Terbaik Mesir Hadiahkan Untuk Dr. Mursi
hepi bday blog denai hati
Curahan rasa nizam ijam @ ..Event Pelancaran Smashies Burger Di Metro Genting Bersama Barrack Obama
selamat ulang tahun. ingin menjadi sehebat tuan DH. memang banyak yang perlu fyna belajar dan blog DH merupakan salah satu idola fyna.
apapun, happy birthday la.. 🙂
Curahan rasa titan @ ..Buat duit dengan menulis
walau apa pun Denaihati sekarang menjadi saya punya guideline… sekarang ni tgh cuba minimize sebanyak yang mungkin widget2 kat blog… thnaks you
Curahan rasa silenceblogz.com @ ..Kejam !! Bedah Bayi Sumbat Dadah
Selamat hari jadi… selamat hari jadi…. selamat hari jadi Denaihati…. semoga panjang umor di murahkan traffik berganda-ganda ehkehek…
selamat ulang tahun
semoga panjang umur
Curahan rasa attayaya @ ..Konten Sehat
Selamat Ulang Tahun Blog Denaihati, saya sangat bersyukur berjumpa dengan blog ini, banyak ilmu nge-blog yang kami dapatkan, Sukses selalu untuk Blog Denaihati …Aamiin!
Salam dari Indonesia
Curahan rasa Edi – Aura Ide @ ..5 Tips Bisnis Mudah untuk Remaja
Kejayaan blog Denaihati menjadi sumber inspirasi menuju kejayaan blogger picisan seperti saya.
Curahan rasa Naziman Azlye @ ..Naziman ada blog bha kan?
Comments are closed.