Ujian adalah sebahagian daripada hidup

Spread the love

Salam 1Malaysia, manusia boleh merancang tetapi rancangan Allah swt lagi hebat. Setiap perangcangan Allah swt itu pasti ada hikmah yang sangat besar bagi orang yang bersabar. Nak cerita sikit alkisah perjalanan awal ke Kemboja. Aku merancang tidak akan memandu dan memilih untuk naik pesawat ke KLIA. Sebabnya apabila dikira minyak, tol dan parking kos lebih mahal daripada aku naik pesawat.

Aku tengok online jadual pesawat MAS jam 3.30 pm jadi aku bertolak dari rumah kira-kira jam 12.30 pm. Aku perlu pergi awal kerana belum beli tiket. Sampai je di kaunter aku dimaklumkan jadual pesawat jam 4.25 pm. Setelah selesai beli tiket aku terus ke restauran untuk mengisi perut yang masih kosong. Pada jam 3.30pm aku check in dan dimaklumkan pesawat lewat dan dijangka berlepas jam 5.30pm. Setelah menunggu kami dibenarkan masuk ke dalam pesawat jam 6.00pm. Selepas 30 minit berada di dalam pesawat, kapten buat pengumuman terdapat masalah teknikal dan kami diarahkan keluar daripada pesawat.

Di ruang menunggu pengumuman dibuat pesawat kami mengalami masalah teknikal yang teruk dan perlu diganti dengan pesawat lain. Pesawat dijangka berlepas ke KLIA pada jam 10.45pm. Nak sejukan hati penumpang kami dihidangkan dengan makan malam yang perlu diambil di restauran Marry Brown, alhamdulillah daripada tak ada apa lansung. Sepanjang pengalaman aku yang sudah naik beratus kali kapal terbang nilah pengalaman paling lama menunggu pesawat. Ujian kecil ni.

Pasti ada hikmah disebalik kejadian ini. Ujian adalah sebahagian daripada hidup. Orang Muslim Kemboja dan Gaza lagi hebat diuji Allah swt. Semuga perjalanan seterusnya lancar dengan izin Allah swt.

@Sila singgah ke blog peserta contest Acer Aspire One ke 9 dan 10 Yanmieonline.com dan Shidi Shah.

[ad#advertlets336]


Spread the love

144 Comments

  1. Terlepas dari segala kelakuan dan antisipasi manusia, dalam pandangan al-Qur’an, musibah-musibah adalah merupakan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT. Taqdir yang telah digariskan oleh Allah SWT. Sebagaimana firman Allah dalam surat at-Taubat ayat 51:

    قُلْ لَنْ يُصِيْبَنَا إلاَّ مَا كَتَبَ اللهُ لَنَا هُوَ مَوْلاَنَا وَعَلَى اللهِ فَاْليَتَوَكَّلِ اْلمُؤْمِنُوْنَ

    “Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal”
    .-= Bang Iwan´s last blog ..BUDRUS, Film Dokumenter Gerakan Nonkekerasan di Palestina =-.

    1. Setiap kejadian..hampir pasti selalu ada hikmah yg menyertainya..hanya saja kita yg diberi hikmah itu sadar gak dg hikmah apa saja yg ada di balik tiap kejadian yg kita alami. Seringkali kita lupa..dan lebih sering marah..menghujat..kadang2 kurang bersyukur..atau berpikir negatif thd apa yg Allah berikan pada kita.

  2. Ujian memang selalu datang pada manusia.. begantunglah pada seseorang bagaimana utk berhadapan dgn ujian tu..
    Apapun teruskan perjuangan saudara membantu saudara muslim. Mungkin kami tiada daya membantu spt saudara, namun bantuan kecil dalam bentuk semangat dan sokongan tetap akan diberikan.
    .-= kulanz´s last blog ..Buang “Broken Link” di Blog =-.

  3. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya~
    .-= maCy´s last blog ..10 Sebab Lelaki Menangis =-.

  4. pergh..bertolak pukul 12pm,berlepas kul 10mlm…??dugaan sume tuh,sbr jela bro..
    .-= apiih´s last blog ..CPU inside Keyboard..emmm =-.

    1. @Anazkia, Betul sekali Naz…
      Musibah. Pada dasarnya merupakan sesuatu yang begitu akrab dengan kehidupan kita. Adakah ada orang yang tidak pernah mendapatkan musibah? Tentu tak ada. Musibah adalah salah satu bentuk ujian yang diberikan Allah kepada manusia. la adalah sunnatullah yang berlaku atas para hamba-Nya. la bukan berlaku pada orang-orang yang lalai dan jauh dari nilai-nilai agama saja. Namun ia juga menimpa orang-orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa. Bahkan, semakin tinggi kedudukan seorang hamba di sisi Allah, maka semakin berat ujian dan cobaan yang diberikan Allah kepadanya. Karena Dia akan menguji keimanan dan ketabahan hamba yang dicintai-Nya..
      .-= Bang Iwan´s last blog ..BUDRUS, Film Dokumenter Gerakan Nonkekerasan di Palestina =-.

      1. Setiap Kejadian atau cobaan haruslah direspon dengan sabar, tidak berkeluh kesah, dan frustrasi. Hikmah terdalam yang tentunya akan diperoleh seorang manusia apabila hamba-Nya itu bersabar, berusaha, dan berdoa kepada-Nya.

        mudah-mudahan kita selalu menjadi makhluk yang tidak lupa bersyukur. Bersyukur dan yakin bahwa kita selalu akan dipelihara dan diperhatikan oleh Sang Khaliq. Sang Pencipta kita, seluruh alam raya dan isinya. Sudah sepatutnya kita sadar serta merendahkan diri kepada-Nya. Amin.
        .-= Bang Iwan´s last blog ..BUDRUS, Film Dokumenter Gerakan Nonkekerasan di Palestina =-.

  5. Sesungguhnya Allah Maha Besar..segala musibah datang daripadaNYA..kenalah banyak bersabar..lepat tak pernah naik flight..he..he..semoga dimurahkan rezeki bro disana yer!

  6. Pingback: Tweets that mention Ujian adalah sebahagian daripada hidup -- Topsy.com
  7. salam tuan…apabila kita memilih utk menjadi org2 yg mengaku beriman..sudah barang pasti ujian itu akan datang..bezanya kecil atau besar sahaja..
    Teringat pulak masa kita pi mekah baru ni..Allah uji bas Madinah nak ke Makkah lewat tiba..tapi yang pasti tak selewat flight MAS…Allahu Akbar

    1. @Ust Rahim Nasir, tu lah ustaz memang teringat juga kejadian di Madinah tempoh hari tapi bila sony vaio sudah on lama pun jadi kejap..heee.

  8. wooh… dah berangkat rupenye… bila balik sini pulak? jauh jauh belaka merantau carik rezeki.
    .-= Kreuger´s last blog ..Catatan tak bergambar dikala badan seram sejuk =-.

    1. @Kreuger, insyallah balik Isnin. Ada 2 tujuan berniaga sambil membantu muslim Kemboja…kalau bukan kita siapa lagi!!!

  9. ujian ALLAH datang dalam berbagai bentuk.
    mungkin ada yang baik menanti di sana.
    (:

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!