Menjawab Persoalan Tentang H Tags

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog.ariff Blogger Malaysia semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu“ dan “Tips Untuk Blogger Wordpress Baru“. Kali ini Ariff menulis untuk menjawab banyak soalan untuk entri “SEO Kujie2.com Memang Sedap” :

Ramai yang bertanya melalui ruang komen di blog Denaihati dan akaun twitter aku tentang H tag. Jadi diharapkan entri ini dapat menjawab segala persoalan blogger tentang H tag.

Adakah H tag penting kepada SEO?

Jawapan > ya dan tidak.

  • Penting kerana H tag boleh menunjukkan keyword penting yang terdapat dalam tajuk entri, nama blog dan sebagainya pada search engine
  • Tidak kerana walaupun takde H tag, search engine masih akan index blog seperti biasa. Walaupun begitu, H tag utama iaitu H1 & H2 berkemungkinan besar memberi lebih sedikit kesan untuk SEO.

Ada blog yang tidak menggunakan H1 tag seperti blog Eyriqazz, tapi tak menghadapi apa-apa masalah dengan search engine.

Mana nak letak H1 & H2 ?

H1 adalah untuk keyword utama sesebuah page. Boleh pilih samada nak letak H1 untuk nama blog pada front page ataupun tidak. Pada pendapat aku, H1 paling sesuai diletakkan pada tajuk setiap entri sebab keyword utama yang kita nak gunakan untuk SEO biasanya terletak pada tajuk entri.

Tapi untuk “niche blog” dimana keyword utama blog tersebut adalah nama blog, adalah sangat digalakkan supaya tajuk blog diletakkan sebagai H1, tajuk-tajuk entri dalam blog tersebut sebagai H1 atau H2, dan subtopik dalam entri (jika ada) diberikan H2 atau H3.

Contoh niche blog kepada yang tak faham konsepnya:

Nama blog: Blog Kereta Proton
URL: keretaproton.com
Keyword utama: Kereta Proton
Contoh entri: Kereta Proton Baru 2011, Kereta Proton Saga FLX, Kenapa Kereta Proton Hebat?

Kalau lebih daripada satu H1 ok ke?

Takde masalah. Dalam sesebuah page, tag H1 boleh digunakan lebih daripada sekali. Dicadangkan supaya penggunaanya taklah melampau. Seeloknya, gunakan pada tajuk blog dan tajuk entri sahaja.

Matt Cutts menerangkan tentang kesan bilangan H1 tag dalam sesebuah page. Sila tonton video di bawah:

  • Bermasalah jika keseluruhan page dipenuhi dengan H1
  • Gunakan H1 dimana ianya logik untuk digunakan (tajuk utama/header sahaja)

Perlukah H tag diletak mengikut kedudukan turutan yang betul?

Kalau dianalisa blog dan website berbeza, kita akan nampak kedudukan H tag ni ada yang kadang-kadang bersepah. H3 atas sekali, lepas tu bawah sikit ada H2 dan kadang-kadang ada H1 diletakkan bawah sekali. Adakah ini akan mengakibatkan kesan negatif untuk SEO?

Tidak. Search engine tidak menganalisa susunan H tag dalam sesebuah page. Asalkan ada sudah cukup. Perkara ini juga telah diterangkan oleh Matt Cutts dalam video di bawah:

Bagaimana pula dengan H tag (4, 5 & 6) dan tag-tag lain?

Seperti yang ditunjukkan dalam entri “SEO Kujie Memang Sedap”, macam-macam tag lagi ditunjukkan dalam analisa tersebut. Pendapat aku, tak payah buat benda yang terlalu susah. Tag asas yang perlu ada adalah H1 & H2 dan walaupun H1 takde, blog masih diindex seperti biasa.

Apa yang lebih penting adalah content bagus dalam blog yang mendapat linkback daripada website lain. Kalau content bagus dan orang bercerita tentangnya dalam blog lain, lebih mudah mendapat perhatian search engine.

Diharapkan persoalan tentang H tag ni terjawab. Kalau anda ada menceritakan tentang topik SEO dalam blog, entri ini adalah sangat sesuai dikongsikan dengan pembaca anda. Boleh kemukakan soalan di ruangan komen dan aku akan cuba berikan jawapan.


Spread the love

152 Comments

  1. bro,nak tanya la.macam kita yang guna theme twenty eleven ni,aku tengok h1 kita pada nama blog tu.macam mana nak tukar h1 kita supaya h1 tu terletak untuk tajuk setiap entri kita pulak?
    Curahan rasa Pacifista @ ..11-11-11My Profile

  2. dari segi seo ada membantu. sebab membantu enjin carian untuk tahu yang sesuatu bahagian itu kita pentingkan daripada satu tempat yang lain.

    apa pun semua terpulang kepada anda kehkeh.

    p.s google letak h1 pada logo google dia. even dia hanya search engine. bagi saya, h1 dan h2 adalah good practise 😀
    Curahan rasa syafiq_lomotech @ ..MenegurMy Profile

  3. persoalan ini lah yang membuatkan ramai template designer memikirkan theme yang mesra SEOnya..template designer yang bagus..sentiasa memikirkan perkara-perkara ini..

    begitu juga dengan web designer bagi commercial site..:D
    Curahan rasa reezluv @ ..Blog Niche Health, Adakah Menguntungkan?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!