Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Menjawab Persoalan Tentang H Tags

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog.ariff Blogger Malaysia semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu“ dan “Tips Untuk Blogger WordPress Baru“. Kali ini Ariff menulis untuk menjawab banyak soalan untuk entri “SEO Kujie2.com Memang Sedap” :

Ramai yang bertanya melalui ruang komen di blog Denaihati dan akaun twitter aku tentang H tag. Jadi diharapkan entri ini dapat menjawab segala persoalan blogger tentang H tag.

Adakah H tag penting kepada SEO?

Jawapan > ya dan tidak.

  • Penting kerana H tag boleh menunjukkan keyword penting yang terdapat dalam tajuk entri, nama blog dan sebagainya pada search engine
  • Tidak kerana walaupun takde H tag, search engine masih akan index blog seperti biasa. Walaupun begitu, H tag utama iaitu H1 & H2 berkemungkinan besar memberi lebih sedikit kesan untuk SEO.

Ada blog yang tidak menggunakan H1 tag seperti blog Eyriqazz, tapi tak menghadapi apa-apa masalah dengan search engine.

Mana nak letak H1 & H2 ?

H1 adalah untuk keyword utama sesebuah page. Boleh pilih samada nak letak H1 untuk nama blog pada front page ataupun tidak. Pada pendapat aku, H1 paling sesuai diletakkan pada tajuk setiap entri sebab keyword utama yang kita nak gunakan untuk SEO biasanya terletak pada tajuk entri.

Tapi untuk “niche blog” dimana keyword utama blog tersebut adalah nama blog, adalah sangat digalakkan supaya tajuk blog diletakkan sebagai H1, tajuk-tajuk entri dalam blog tersebut sebagai H1 atau H2, dan subtopik dalam entri (jika ada) diberikan H2 atau H3.

Contoh niche blog kepada yang tak faham konsepnya:

Nama blog: Blog Kereta Proton
URL: keretaproton.com
Keyword utama: Kereta Proton
Contoh entri: Kereta Proton Baru 2011, Kereta Proton Saga FLX, Kenapa Kereta Proton Hebat?

Kalau lebih daripada satu H1 ok ke?

Takde masalah. Dalam sesebuah page, tag H1 boleh digunakan lebih daripada sekali. Dicadangkan supaya penggunaanya taklah melampau. Seeloknya, gunakan pada tajuk blog dan tajuk entri sahaja.

Matt Cutts menerangkan tentang kesan bilangan H1 tag dalam sesebuah page. Sila tonton video di bawah:

  • Bermasalah jika keseluruhan page dipenuhi dengan H1
  • Gunakan H1 dimana ianya logik untuk digunakan (tajuk utama/header sahaja)

Perlukah H tag diletak mengikut kedudukan turutan yang betul?

Kalau dianalisa blog dan website berbeza, kita akan nampak kedudukan H tag ni ada yang kadang-kadang bersepah. H3 atas sekali, lepas tu bawah sikit ada H2 dan kadang-kadang ada H1 diletakkan bawah sekali. Adakah ini akan mengakibatkan kesan negatif untuk SEO?

Tidak. Search engine tidak menganalisa susunan H tag dalam sesebuah page. Asalkan ada sudah cukup. Perkara ini juga telah diterangkan oleh Matt Cutts dalam video di bawah:

Bagaimana pula dengan H tag (4, 5 & 6) dan tag-tag lain?

Seperti yang ditunjukkan dalam entri “SEO Kujie Memang Sedap”, macam-macam tag lagi ditunjukkan dalam analisa tersebut. Pendapat aku, tak payah buat benda yang terlalu susah. Tag asas yang perlu ada adalah H1 & H2 dan walaupun H1 takde, blog masih diindex seperti biasa.

Apa yang lebih penting adalah content bagus dalam blog yang mendapat linkback daripada website lain. Kalau content bagus dan orang bercerita tentangnya dalam blog lain, lebih mudah mendapat perhatian search engine.

Diharapkan persoalan tentang H tag ni terjawab. Kalau anda ada menceritakan tentang topik SEO dalam blog, entri ini adalah sangat sesuai dikongsikan dengan pembaca anda. Boleh kemukakan soalan di ruangan komen dan aku akan cuba berikan jawapan.

---

  1. saya ada masalah dengan H1 tag. mengikut seo anlyzer ia mengatakan blog saya tiada H1. jadi bagaimana dan dimana patut saya letak H1.
    Entri terbaru Kertas Warna Merah – Entry Berantai | Letak Lagu Dalam BlogMy Profile

  2. Semakin menganl apa itu Tag H1 dan seterusnya
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Manfaat MenyusuiMy Profile

  3. em ciktom ada try analisis seo dr 1 website ni yg ckp sebaikny 2 je h1 tags..kl lebih xelok..cne plk ek…hmm…
    Entri terbaru cik tom – Alexa Rank Blog Cik Tom Makin ComelMy Profile

  4. Terima kasih di atas info yang dikongsikan..
    Entri terbaru Anuar – Cabaran SEO Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  5. masih belum faham tentang cara meletakkan h tags
    Entri terbaru Dadan – Papa, Mama Terima kasihMy Profile

  6. Tags adalah salah satu bagian dari struktur SEO, saya fikir ini akan membantu menambah kekuatan SEO yang dimiliki oleh sebuah situs meskipun tidak banyak.
    Entri terbaru Mas Gie – Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012My Profile

  7. Wajib.., ilmu SEO harus kita asah terus.
    Entri terbaru Ibang S R – Best StrollerMy Profile

  8. Waduh perlu banyak di koreksi lagi nich saya setelah baca ini.
    Entri terbaru Ibang S R – Graco Travel SystemMy Profile

  9. Cantik. Baca sampai habis dan tgk video, kire bolehlah faham mana yg patut.

    Jadi, aku rase, kita pakat buat content yg bagus3…itu lebih penting =)

    Terima kasih Bro Ariff & DH
    Entri terbaru hafizmd – Projek Review Blog di Alexa.com BermulaMy Profile

  10. H tag pula, lagi pening baca yang ni.
    Entri terbaru zhazmi – Akar Pokok Tumbuh di dalam DaunMy Profile

  11. Hmm,,,saya belum ngerti juga nih,,lanjut baca aja saya dulu.
    Entri terbaru Abed Saragih – Internet Download Manager 6.08 Build 8 FullMy Profile

  12. Menarik sekali ini artikelnya bisa dipratekkan, tapi berhubung masih newbie masih harus berhati-hati dan terus belajar
    Entri terbaru Asyiqin – Kesadaran Berasuransi "Because Life is Special"My Profile

  13. H itu maksudnya keyword yang disimpan di setiap paragrap ya ? takut salah persepsi,,masalahnya baru tahu istilah ini
    Entri terbaru herbalife – Agen anion MajalengkaMy Profile

  14. kembali membuka artikel ini yang bersempena dengan artikel terbaru dari Bro Ariff, terima kasih.

Trackbacks

  1. […] Menjawab Persoalan Tentang H Tags […]

  2. […] 8) Menjawab Persoalan Tentang H Tags […]

  3. […] Appropriate keyword usage in H1 Tag – H tags mestilah ada bermula daripada H1 dalam setiap page. Baca selanjutnya. […]

Artikel pilihan...close