Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ni Kumpulan Media Karangkraf salah satu penaja #SBB2013 sekali lagi melebarkan sayap perniagaannya dalam bidang penerbitan melalui dunia digital apabila melancarkan Portal Penulisan Online yang dikenali sebagai ILHAM melalui Grup Buku Karangkraf.
Majlis Pelancaran ILHAM yang juga merupakan portal komuniti penulisan online ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.
Dalam majlis yang sama, Tun Mahathir turut melancarkan buku tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad yang berjudul “Berani Tanpa Segan” dan tulisan Tan Sri Abdullah juga turut dimuatkan dalam ILHAM.
Idea menubuhkan laman web ILHAM tercetus apabila timbul kesedaran bahawa ramai yang berbakat dalam bidang penulisan. Bakat-bakat yang ada perlu diasah dan diperbaiki serta dipupuk seiring dengan perkembangan industri novel yang semakin meriah.
Maka, lahirlah portal ilham.karangkraf.com yang interaktif untuk menarik minat penulis menghasilkan karya kreatif, manakala pembaca pula dapat menikmati karya-karya tersebut untuk santapan minda. Hubungan erat yang terjalin antara penulis dan pembaca inilah yang diketengahkan kerana laman web ILHAM merupakan sebuah komuniti penulisan online.
Sebagai sebuah syarikat penerbitan yang dinamik, Grup Buku Karangkraf memandang positif usaha ini kerana ia mampu menjana pendapatan dan ekonomi negara. Karya yang popular, berkualiti dan semestinya yang terbaik akan diterbitkan secara konvensional agar sambutannya berterusan sampai ke tangan pembaca. Ini juga yang disasarkan oleh Grup Buku Karangkraf iaitu memupuk semangat membaca kepada seluruh masyarakat.
Misi ILHAM ini diinspirasikan untuk penulis, pembaca dan Grup Buku Karangkraf selaku penerbit. Bagi penulis, ianya dapat mengetengah dan mengasah bakat menulis cerpen atau novel agar semakin bermutu, berkomunikasi dengan pembaca mengenai karya, dan mendapat maklum balas daripada pembaca secara terus.
Bagi pembaca, mereka dapat membaca pelbagai genre karya sama ada cerpen atau novel, memberi komen, like dan share karya yang digemari serta berkomunikasi dengan penulis.
Bagi penerbit pula, portal ILHAM mewujudkan satu jaringan penghubung antara penulis dan pembaca serta melahirkan ramai penulis baru yang bakal menjadi generasi pelapis pada masa akan datang. Di samping itu dapat menjana pendapatan melalui karya yang dijual.
Medium khusus dibina untuk penulis berkarya dan pembaca menikmatinya di laman web ilham.karangkraf.com dan laman page di Facebook iaitu www.facebook.com/IlhamGrupBuku. Karya terpilih akan diterbitkan di bawah label Grup Buku Karangkraf.
Karnival Karangkraf
Karnival Karangkraf akan diadakan pada 1-3 Febuari 2013 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam, Selangor. In shaa Allah, pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada para pelawat.
Datanglah beramai-ramai. Masuk PERCUMA!
57 Comments
MAHATHIR.. my mentor ;p
Penyemangat baru untuk para penulis nih
Curahan rasa Dawaihati @ ..Kontes Blog Tahun 2013
port bagus utk peminat karya2 kreatif
Tun mmg kreatif dan sgt minat membaca
Bolehlah sesapa yang berbakat dalam penulisan mecuba perkhidmatan ini.
Akan membuat para penulis bisa memberikan karya-karya tulisnya melalui portal ilham karagraf ini
salah seorang idola hidupku… semoga tun terus menabur bakti selagi mampu.. kagum sangat dengan Tun…
Terbaik! Pentas utk meluaskan bakat penulisan sudah ada. Tinggal utk mengasah bakat dan mempelajari teknik2 penulisan yg betul
tahniah karangkraf!
Curahan rasa hafizmd @ ..Speechless Friday #1 Pagi Jumaat Malik Mirza
Salah satu orang berpengaruh di Asia Tun Mahathir ini
Tahniah Karangkraf.. Dengan adanya Portal Ilham ini, semoga lebih ramai yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan…
Curahan rasa Anuar @ ..One man One Dollar For Save Palestine
satu langkah dan usaha yang baik… media online sekarang nampaknya semakin mendapat tempat dalam kalangan pembaca
Curahan rasa azrijohan @ ..Perancangan Cuti Semester UTP 4 Bulan
Benar sekali sahabat, apalagi bila informasi yang diberikan bisa bermanfaat bagi para pembacanya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Bahaya Narkoba
Setuju tu. Makin mendapat perhatian. Nampaknya, misi utk bergelar blogger sepenuh masa semakin terbuka luas dgn adanya platform sebegini. tahniah karangkraf!
Curahan rasa hafizmd @ ..Speechless Friday #1 Pagi Jumaat Malik Mirza
satu perjuangan yang melibat kerja kesenian dan daya kreatif
yang tinggi dan ianya amat baik diteruskan demi anak bangsa yang berminat dalam penulisan. Terima kasih atas Portal Ilham. Contohi mantan perdana menteri kita yang di sayang Tun Mahathir.
Akan banyak manfaat dari peluncuran portal ilham karagraf ini
Sempat lihat brosurnya di goodie bag kemarin ternyata inilah penjelasannya mengerti sekarang tentang ilham karangkraf
sudah pasti banyak aktiviti yang di adakan semasa pelancaran portal iham karangkraf ni..
Curahan rasa donnyien @ ..Kegembiraan berganda seorang penulis blog
Itulah. Sempat jenguk laman web karangkraf…teruja jugak nak ke sana andai berkesempatan
Curahan rasa hafizmd @ ..Speechless Friday #1 Pagi Jumaat Malik Mirza
As-Salam. Terima kasih atas perkongsian maklumat. tak sabar dayah nak pi sana..mesti byk aktiviti menarik.. 😀
Curahan rasa dayah @ ..wordless monday.. outloudspeaks event – Laser Tag Warzone.
Comments are closed.