Tuan Guru Haron Din semuga damai mu di sana

Spread the love

Assalamualaikum, Salam Hari Malaysia & salam sejahtera, awal pagi 16/9/2016, Abang mendapat perkhabaran sedih Tuan Guru sedang sangat kritikal. Semasa belajar di UKM dahulu sudah mula mengenali beliau, insan hebat sangat merendah diri dan berakhlak mulia. Tuan Guru sebenar yang telah mengajar entah berapa ramai murid tak terbilang dengan jari.

harun din dan denaihati

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un

Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University Amerika Syarikat. Semoga Allah swt mencucuri rahmat-Nya dan mengampuni Almarhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.

Dunia kehilangan seorang lagi ulama yang tiada gantinya.

Jenazah Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Road, Livermore, California, Amerika Syarikat. Jenazah Allahyarham Haron, 76, disemadikan pada pukul 5.57 petang Jumaat waktu tempatan (8.57 pagi Sabtu waktu Malaysia) selepas selesai solat jenazah yang diimamkan anaknya, Hamdi di Masjid An Noor Santa Clara, San Francisco.

Kira-kira 5,000 jemaah hari ini menyertai solat jenazah ghaib untuk Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia semalam. Solat jenazah ghaib itu diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah diimamkan oleh cucu arwah, Hakeem Hamdi, 17 tahun.

Al Fatihah

Abang Denaihati
Denaihati.com


Spread the love

24 Comments

  1. Islam terletaknya pada hati mean bila kita mula meletakkan kebergantungan kepada logik dan akal untuk permaslahatan agama maka automatiknya untuk kita mendapatkan atau mendengarkan kupasan yang dilakukan oleh ulama mengenai suatu isu permaslahatan agama akan menjadi sulit..bila mengatakan allahyarham tuan guru ahli politik + agamawan tiada masa lah kerana politik campur agama campur kefahaman campur keseimbangan cinta dunia dan akhirat maka akan jumpa jalan yang dicari..tapi bila politik campur agama campur ketidakfahaman campur lebih cinta dunia dari akhirat maka akan jumpa jalan bersimpang..itulah yang akan dikatakan matinya seorang ulama bersama ilmu..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!