Tragedi kren tumbang di Masjidil Haram

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terkejut apabila lewat malam 11 September 2015 Ustaz Noheas, Mudir Madrasah An Nuur kirim wassap beberapa gambar tragedi kren tumbang di Masjidil Haram. Ketika itu belum dapat disahkan jumlah yang terkorban. Ustaz Noehas musim haji 2015 terpilih bertugas di bawah Kedutaan Saudi membantu jemaah Haji Malaysia yang bermasalah dengan hukum hakam. Teringat gambar-gambar dalam Kaabah memang terasa rindu inikan pulak mendengar tragedi begini pasti tersentuh hati.

kren tumbang di Masjidil haram

gambar kren tumbang di kaabah

kren tumbang atas safwa marwah

Sudah beberapa musim haji tidak diuji dengan tragedi yang terakhir banjir besar yang melanda Jeddah. Gambar-gambar musim haji 2014 memang kelihatan tenang tanpa tragedi. Musim haji 2015 selain cuaca yang agak panas juga diuji beberapa kali dengan hujan yang sangat lebat. Sebelum berlaku kejadian kren tumbang Mekah dilanda hujan sangat lebat diikuti dengan kilat dan petir. Ada yang mengatakan kren yang tumbang setelah terkena petir besar. Kren tumbang berhampiran pintu As Salam dan menimpa bangunan di mana bangunan sa’ie terletak. Serpihan dibahagian hujung jatuh ke Mataf menghempap ramai jemaah yang ramai.

kren tumbang atas mataf kaabah

ribut petir di Masjidil Haram

Mengikut berita terbaru lebih 107 jemaah disahkan meninggal dunia dan lebih 238 orang yang cedera parah dan ringan. Beberapa jemaah Malaysia juga tercedera dan enam orang masih belum dapat dikesan. Berikut antara nama jemaah Malaysia yang belum dikesan :

  1. Abdul Habib Lahman (68 tahun), Sik, Kedah
  2. Shahidan Saad (52 tahun), Kodiang, Kedah
  3. Zainun Taha (69 tahun), Ampang, Selangor
  4. Rohana Ismail (54 tahun), Kuala Krai, Kelantan
  5. Munah Jusoh ( 73 tahun), Cherang Ruku, Kelantan
  6. Siti Nurolshlizan Zolkifli (37 tahun), Tanah Merah, Kelantan

jemaah terkorban di Kaabah

 Semuga tidak ada kejadian buruk berlaku kepada jemaah-jemaah Malaysia ini. Haji memang perlukan pengorbanan dan kekadang kita tidak pernah menjangka apakah ujian yang bakal menimpa. Semuga jemaah haji lain daripada seluruh dunia bersabar dengan ujian yang ALLAH mungkin ini asbab untuk mendapat haji mabrur.
Berita terkini :
Tiga lagi jemaah haji dari Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi itu. Mereka ialah Siti Nuroshlizan Zulkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan. Sebelum itu seorang jemaah haji Malaysia telah dikenalpasti terkorban di Mekah iaitu Allahyarhamah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak.
AL FATIHAH untuk jemaah Malaysia yng terkorban semuga Syurga balasan untuk semua.

Spread the love

101 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!