Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
kita baru seminggu melangkah ketahun 2015 ketika manusia dunia risau dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dengan penurunan harga minyak dunia yang mendadak dan kemerosotan nilai mata wang dunia yang sangat menjunam. Dunia dikejutkan dengan kejadian serangan ke atas pejabat majalah satira Charlie Hebdo di Paris yang mengorbankan 12 orang.
Berdasarkan senarai nama mangsa serangan Charlie Hebdo antara yang terbunuh adalah ketua editor Stephane Charbonnier dan beberapa kartunis yang lain. Dua individu yang bersenjatakan mesin gun dan pelancar roket menembak secara rambang dalam sebuah pejabat Charlie Hebdo di Paris. Polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Cherif Kouachi, 32 tahun, dan abangnya Said Kouachi, 34 tahun, selain merayu maklumat dari orang ramai bagi membolehkan dua beradik tersebut dikesan.
Mungkin ramai pembaca yang tertanya-tanya mengapa serangan ini berlaku ketika dunia dalam keresahan dengan suasana ekonomi yang tidak menentu. Aku telah menulis kisah ini pada 20/9/2012 apabila majalah Carlie Hebdo telah menerbitkan karikator gambar kartun Nabi Muhamaad berbogel dengan maksud memprovokasi umat Islam sedunia. Ketika itu Perdana Menteri Perancis tidak berbuat apa-apa kerana hak “KEBEBASAN BERSUARA”.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj sudah terbongkar! Klik Sini
Rahsia magnet rezeki bukan lagi rahsia! Klik Sini
Sedekah pembuka pintu rezeki. Ramai yang masih tidak tahu rahsianya! Klik Sini[/box]
Mengikut berita terbaru polis Paris telah menembak mati Cherif Kouachi dalam serang hendap yang mengorbankan beberapa mangsa yang menjadikan jumlah keseluruhan yang terbunuh adalah 17 orang dan mungkin bertambah. Mereka dengan terkorban kerana berjuang untuk menentang musuh Islam yang menghina Baginda Rasulullah SAW dan menghina Islam.
Persoalannya adakah benar mereka kerana dunia sekarang berbagai cara boleh dibuat untuk memusnahkan ISLAM. Mereka berjaya memprovokasi apabila masyarakat bukan Islam dunia bangun mencerca Islam tanpa mereka melihat bagaimana sengketa ini bermula.
Aku bertanya pada diri sendiri mengapa apabila berlaku sahaja krisis ekonomi dunia maka akan berlaku tragedi bunuh membunuh di satu bahagian dunia yang lain. Tragedi pembunuhan ketika dunia dilanda kemelesetan ekonomi buka ini kali pertama tetapi sudah berulang berkali-kali. Ini yang aku katakan kerja askar Dajjal mengawal dunia untuk mencapai matlamat mereka tanpa mengira nyawa manusia.
Matlamat mereka mudah apabila dajjal dihidupkan mereka mahu memastikan setiap manusia yang hidup ketika itu yakin bahawa Dajjal adalah tuhan. ISLAM akan terus diprovokasi dan diserang oleh askar dajjal dengan berbagai cara kerana Islamlah satu-satunya agama yang taat kepada ALLAH dan terus berkembang pesat di seluruh dunia yang menjadi musuh utama dajjal.
126 Comments
Yahudi bayar diorang ni untuk buat serangan psikologi keatas kita islam ni….perancangan nak melemahkan iman kita…
Curahan rasa ishak @ ..Malaysia Best Blog 2015
ini benar-benar penghinaan dan patutnya dihilangkan dari muka bumi ini, dan seharusnya ada hukum yang kuat untuk mencegah individu ataupun kelompok agar tidak terjadi penghinaan terhadap agama…
Kebebasan bersuara yang digunakan untuk menghina agama lain tidak sewajarnya dibiarkan. Walaupun begitu bukan bermakna kita menyokong perbuatan tersebut. Namun tindakan berani mereka diharapkan dapat memberi kesan kepada masyarakat barat agar jangan keterlaluan menghina Rasulullah dan agama Islam.
Curahan rasa Ummi Naimie @ ..BERHENTI MEROKOK DENGAN VIVIX SHAKLEE
Ini yang dinamakan Double Standard. Cuba kita hina Jews, Hina Tragedi Holocoust dan apa2-apa yang kaitan dengan Yahudi.
Kita akan dilabel sebagai racist, anti sematic bla bla
Bila mereka hina Nabi Muhammad SAW, mereka kata kebebasan bersuara.
Curahan rasa lankapo @ ..10 Langkah Mudah Beli Domain di Google Domain Untuk Non US
paris memang kuat islamophobia die, tak tahu diorang takut dengan ape..
Curahan rasa norulhuda @ ..Tips Mudah Melatih Anak-Anak Makan Secara Sihat
‘Kebebasan Bersuara’ hanyalah alat bagi mereka bagi menghina kekasih Allah. Ini bukan lagi tentang ‘kebebasan bersuara’ tetapi ‘penghinaan agama’.
Curahan rasa suhiminain @ ..[E-Book] Panduan Beli Domain Serendah RM5.99*
Akhbar ni memang cari nahas je, bukan tak ditegur, tapi dok buat gak perkara yang sama berulang kali, mana orang tak marah.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Malaysia Best Blog 2015
sebuah peristiwa yang memang menggemparkan dan menjadi sorotan trend di yahoo dan google
Curahan rasa islam di dadaku @ ..SIKAP AHLUS SUNNAH TERHADAP TRAGEDI PEMBUNUHAN DI KANTOR SURAT KABAR DI PARIS
apa yang mereka buat pastinya akan kembali kepada mereka semula. konsep ini semua orang pun tahu… mengapa mereka tidak mahu ambil iktibar…
Curahan rasa yangbaik @ ..Kepada yang mencari
Degil apa ntah, ini mesti ada konspirasi … seperti kata Denaihati, mesti ada dajjal di sebalik agenda ini.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Malaysia Best Blog 2015
Carhlie Hebdo saja menerbitkan karikatur menghina Nabi, Yang pasti ini memang disengajakan untuk memancing amarah umat Islam dan ada kepentingan tertentu.
Curahan rasa suhiminain @ ..[E-Book] Panduan Beli Domain Serendah RM5.99*
serangan ganas ke atas minda umat Islam pastinya dibalas dengan keganasan oleh puak yang ekstrim.
Curahan rasa yangbaik @ ..Kepada yang mencari
apa pun yang mereka lakukan, semestinya ada dalang yang tersembunyi…
Curahan rasa yangbaik @ ..Kepada yang mencari
Ulama MEsir memperingatkan majalah ini agar tak membuat kartun yang rasis dan menyinggung lagi
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Shaf Shalat : Lurus dan Rapat
Adakalanya pihak yang bertindak mengangkat senjata seperti ini ialah respon terhadap sikap sebahagian besar pemimpin negara-negara Islam yang suka ‘tutup mata’. Akhirnya mereka bertindak dgn cara sendiri, begitu juga isu syria dll. sebab itu ada yang pergi join ISIS dan sebagainya.
Curahan rasa suhiminain @ ..[E-Book] Panduan Beli Domain Serendah RM5.99*
Semoga mereka insaf akan perbuatan mereka dan mendapat keampunaan dari Allah S.W.T
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..GiveAway Ole-ole dari Japan by Ayue Idris
Turut berduka cita. Semoga tetap ini menjadi pelajaran bagi kita semuanya.
Curahan rasa DIGITAL CAMERA @ ..Gunakan Mobile Banking Untuk Liburan Serumu
Comments are closed.