Tragedi Charlie Hebdo kerana menghina Rasulullah

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

kita baru seminggu melangkah ketahun 2015 ketika manusia dunia risau dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dengan penurunan harga minyak dunia yang mendadak dan kemerosotan nilai mata wang dunia yang sangat menjunam. Dunia dikejutkan dengan kejadian serangan ke atas pejabat majalah satira Charlie Hebdo di Paris yang mengorbankan 12 orang.

Ketua Editor Charlie Hebdo
Ketua Editor Charlie Hebdo

Berdasarkan senarai nama mangsa serangan Charlie Hebdo antara yang terbunuh adalah ketua editor Stephane Charbonnier dan beberapa kartunis yang lain. Dua individu yang bersenjatakan mesin gun dan pelancar roket menembak secara rambang dalam sebuah pejabat Charlie Hebdo di Paris. Polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Cherif Kouachi, 32 tahun, dan abangnya Said Kouachi, 34 tahun, selain merayu maklumat dari orang ramai bagi membolehkan dua beradik tersebut dikesan.

gambar penyerang Charlie Hebdo

Mungkin ramai pembaca yang tertanya-tanya mengapa serangan ini berlaku ketika dunia dalam keresahan dengan suasana ekonomi yang tidak menentu. Aku telah menulis kisah ini pada 20/9/2012 apabila majalah Carlie Hebdo telah menerbitkan karikator gambar kartun Nabi Muhamaad berbogel dengan maksud memprovokasi umat Islam sedunia. Ketika itu Perdana Menteri Perancis tidak berbuat apa-apa kerana hak “KEBEBASAN BERSUARA”.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia Yakjuj Makjuj sudah terbongkar! Klik Sini

Rahsia magnet rezeki bukan lagi rahsia! Klik Sini

Sedekah pembuka pintu rezeki. Ramai yang masih tidak tahu rahsianya! Klik Sini[/box]

Mengikut berita terbaru polis Paris telah menembak mati Cherif Kouachi dalam serang hendap yang mengorbankan beberapa mangsa yang menjadikan jumlah keseluruhan yang terbunuh adalah 17 orang dan mungkin bertambah. Mereka dengan terkorban kerana berjuang untuk menentang musuh Islam yang menghina Baginda Rasulullah SAW dan menghina Islam.

Persoalannya adakah benar mereka kerana dunia sekarang berbagai cara boleh dibuat untuk memusnahkan ISLAM. Mereka berjaya memprovokasi apabila masyarakat bukan Islam dunia bangun mencerca Islam tanpa mereka melihat bagaimana sengketa ini bermula.

Aku bertanya pada diri sendiri mengapa apabila berlaku sahaja krisis ekonomi dunia maka akan berlaku tragedi bunuh membunuh di satu bahagian dunia yang lain. Tragedi pembunuhan ketika dunia dilanda kemelesetan ekonomi buka ini kali pertama tetapi sudah berulang berkali-kali. Ini yang aku katakan kerja askar Dajjal mengawal dunia untuk mencapai matlamat mereka tanpa mengira nyawa manusia.

Matlamat mereka mudah apabila dajjal dihidupkan mereka mahu memastikan setiap manusia yang hidup ketika itu yakin bahawa Dajjal adalah tuhan. ISLAM akan terus diprovokasi dan diserang oleh askar dajjal dengan berbagai cara kerana Islamlah satu-satunya agama yang taat kepada ALLAH dan terus berkembang pesat di seluruh dunia yang menjadi musuh utama dajjal.


Spread the love

126 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!