Toshiba Portege Z830 Ultrabook mimpi jadi kenyataan #toshibaultrabook

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, jujur aku tidak pernah tahu apa itu Ultrabook sebelum hadir majlis penerangan Toshiba Portege Z830 Ultrabook oleh Toshiba Malaysia di pejabat Intel Malaysia. Walaupun partner aku dah sebulan awal beli Toshiba Portege Z830 i7 yang aku faham sebelum ini Toshiba Portege ini sama sahaja dengan laptop yang lain tetapi rupanya sangkaan aku meleset. Rupanya Toshiba Portege Z830 Ultrabook ini memang lain daripada yang lain.

Tujuh belas hari menunggu Toshiba Ultrabook yang dijanjikan oleh Toshiba untuk aku uji guna selama 2 bulan akhirnya saat yang ditunggu tiba. Memang mendebarkan dapat rezeki Toshiba Ultrabook daripada wakil Toshiba pada hari Jumaat hari yang penuh dengan berkat. Lebih sejam aku duduk minum kopi sambil menatap kotak Toshiba Ultrabook macam tak percaya pulak diberi kepercayaan Syarikat Antrabangsa Toshiba dan Intel Malaysia untuk menjayakan projek besar mereka.

Toshiba Portege Z830 Ultrabook
Toshiba Portege Z830 Ultrabook masih di dalam kotak

Walaupun partner aku sudah lebih awal menggunakan Toshiba Portege Z830 Ultrabook tetapi belum pernah ada kesempatan untuk aku memegang apatah lagi nak menggunakan jadi memang langsung tidak ada pengalaman menggunakan Toshiba Ultrabook. Memang kelakar perkara pertama aku buat bila terima kotak Toshiba Ultrabook, test betul ke Toshiba Ultrabook ini ringan seperti yang dijelaskan oleh wakil Toshiba Malaysia. Yang pasti Toshiba Ultrabook di tangan aku ini lebih ringan daripada laptop yang sedia ada sekarang tu yang tak sabar nak unboxing.

Memang cemburulah dengan partner aku sorang ni

Dapat gadget semahal ini kali pertama dalam sejarah berblogging sejak 2008. Sebelum ini siapalah nak pandang blog Denaihati selain daripada pembaca setia yang memang sangat aku hormati kerana tanpa mereka semua siapalah Denaihati. Perkara pertama yang aku buat bila sampai ke rumah sudah pastilah unboxing Toshiba Portege Z830 Ultrabook untuk merasa dan melihat sendiri benarkah Toshiba Portege Z830 adalah ultrabook paling ringan dan paling nipis di dunia.

Memang bestlah Toshiba Portege Z830 Ultrabook ini berat hanya 1.12kg dan ketebalan hanya 15.9mm sesuai sangat untuk aku yang suka travel di dalam dan luar negara jadi mudah je aku nak selit samada dalam beg sandang atau selit dalam beg pakaian. Bestnya Toshiba Portege Z830 Ultrabook ada macam-macam ports antaranya LAN, HDMI, VGA, USB dan pembaca kad yang memudahkan untuk aku menggunakan ketika travel. Paling best saiz skrin 13.3 inci jadi tidaklah terlalu kecil nak buat kerja yang semakin banyak ni.

Toshiba Portege Z830 Ultrabook
Toshiba Portege Z830 Ultrabook memang terbaiklah

Impression pertama aku bila pegang Toshiba Portege Z830 Ultrabook memang ada kebenaran apa yang dijelaskan oleh wakil Toshiba Malaysia, Ultrabook teringan dan ternipis di dunia. Inilah gadget paling sesuai untuk aku bawa dalam perjalanan mengembara ke banyak negara yang bakal aku jejaki sepanjang 2012. Tidak sia-sia rupanya aku bersabar menjadi seorang Blogger walaupun tidak popular. Mimpi jadi kenyataan walaupun hanya uji guna selama 2 bulan. Pasti selepas ini akan ada juga Rakan Blogger Denaihati yang mimpin jadi kenyataan untuk memperolehi gadget hebat Toshiba Portege Z830 Ultrabook.

This post is brought to you by Toshiba and Intel. Join the conversation on the Toshiba Portégé Z830 Ultrabook, Inspired by Intel at www.facebook.com/ToshibaNotebookPC.


Spread the love

162 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!