Assalamualaikum dan salam 1Dunia, jujur aku tidak pernah tahu apa itu Ultrabook sebelum hadir majlis penerangan Toshiba Portege Z830 Ultrabook oleh Toshiba Malaysia di pejabat Intel Malaysia. Walaupun partner aku dah sebulan awal beli Toshiba Portege Z830 i7 yang aku faham sebelum ini Toshiba Portege ini sama sahaja dengan laptop yang lain tetapi rupanya sangkaan aku meleset. Rupanya Toshiba Portege Z830 Ultrabook ini memang lain daripada yang lain.
Tujuh belas hari menunggu Toshiba Ultrabook yang dijanjikan oleh Toshiba untuk aku uji guna selama 2 bulan akhirnya saat yang ditunggu tiba. Memang mendebarkan dapat rezeki Toshiba Ultrabook daripada wakil Toshiba pada hari Jumaat hari yang penuh dengan berkat. Lebih sejam aku duduk minum kopi sambil menatap kotak Toshiba Ultrabook macam tak percaya pulak diberi kepercayaan Syarikat Antrabangsa Toshiba dan Intel Malaysia untuk menjayakan projek besar mereka.
Walaupun partner aku sudah lebih awal menggunakan Toshiba Portege Z830 Ultrabook tetapi belum pernah ada kesempatan untuk aku memegang apatah lagi nak menggunakan jadi memang langsung tidak ada pengalaman menggunakan Toshiba Ultrabook. Memang kelakar perkara pertama aku buat bila terima kotak Toshiba Ultrabook, test betul ke Toshiba Ultrabook ini ringan seperti yang dijelaskan oleh wakil Toshiba Malaysia. Yang pasti Toshiba Ultrabook di tangan aku ini lebih ringan daripada laptop yang sedia ada sekarang tu yang tak sabar nak unboxing.
Dapat gadget semahal ini kali pertama dalam sejarah berblogging sejak 2008. Sebelum ini siapalah nak pandang blog Denaihati selain daripada pembaca setia yang memang sangat aku hormati kerana tanpa mereka semua siapalah Denaihati. Perkara pertama yang aku buat bila sampai ke rumah sudah pastilah unboxing Toshiba Portege Z830 Ultrabook untuk merasa dan melihat sendiri benarkah Toshiba Portege Z830 adalah ultrabook paling ringan dan paling nipis di dunia.
Memang bestlah Toshiba Portege Z830 Ultrabook ini berat hanya 1.12kg dan ketebalan hanya 15.9mm sesuai sangat untuk aku yang suka travel di dalam dan luar negara jadi mudah je aku nak selit samada dalam beg sandang atau selit dalam beg pakaian. Bestnya Toshiba Portege Z830 Ultrabook ada macam-macam ports antaranya LAN, HDMI, VGA, USB dan pembaca kad yang memudahkan untuk aku menggunakan ketika travel. Paling best saiz skrin 13.3 inci jadi tidaklah terlalu kecil nak buat kerja yang semakin banyak ni.
Impression pertama aku bila pegang Toshiba Portege Z830 Ultrabook memang ada kebenaran apa yang dijelaskan oleh wakil Toshiba Malaysia, Ultrabook teringan dan ternipis di dunia. Inilah gadget paling sesuai untuk aku bawa dalam perjalanan mengembara ke banyak negara yang bakal aku jejaki sepanjang 2012. Tidak sia-sia rupanya aku bersabar menjadi seorang Blogger walaupun tidak popular. Mimpi jadi kenyataan walaupun hanya uji guna selama 2 bulan. Pasti selepas ini akan ada juga Rakan Blogger Denaihati yang mimpin jadi kenyataan untuk memperolehi gadget hebat Toshiba Portege Z830 Ultrabook.
This post is brought to you by Toshiba and Intel. Join the conversation on the Toshiba Portégé Z830 Ultrabook, Inspired by Intel at www.facebook.com/ToshibaNotebookPC.
162 Comments
Dari dulu sangat suka ngan laptop toshiba tapi cuma mampu melihat description sahaja. Membeli? Di luar kemampuan saya hingga ke saat saya menulis komen ini. 🙁
Curahan rasa Aaeeza @ ..Misi Tiga Hari
toshiba terkenal dengan keawetannya…. apalagi ditambah proc intel core i7 jangan diragukan lagi performanyaa ….
Curahan rasa Make Money From Internet @ ..Make Money From Internet
kami ada cuba-cuba guna Toshiba Portege Z830 serta satu lagi laptop sepertinya dalam kategori ultrabook. Setiap ultrabook mempunyai banyak persamaan – nipis, pantas, ringan, kemudian dilengkapi cip intel sama ada model i5 atau i7. Walaupun mahal, namun puas hati.
Curahan rasa iAwani @ ..Commodore Amiga Mini CPU 80-an
wah.. syoknya dapat try Toshiba Portege Z830 Ultrabook !!! mesti power tu kan?
Curahan rasa madammondoq @ ..Belajar Menghargai Orang Dengan Ikhlas
nak 1 nak 1..hahaha
Curahan rasa sukacuka @ ..Email Dari Liyana Jasmay part 2
Wah untung lah, dapat 1 pun okay
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
Tahniah lah bro dapat guna Toshiba Portege Z830 Ultrabook, teringin jgk nk guna leptop mcm tu..dah 6 tahun dah guna destop, apa saya bersyukur guna apa yg ada n kerja keras lagi utk jadi mcm bro….
Curahan rasa Dunia Maklumat @ ..Rumah Mawi Kena Rompak
best kalau saya pun ada
Curahan rasa Razif Mokji @ ..Seminar WordPress : Produk Baru Dari Akademi Denaihati
Komputer buruk jadi teman,
Ultrabook jauh sekali nak pegang,
Hanya gambarnya saja dapat digenggamkan,
Nak miliki jauh api dari panggang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nama di sebalik Ultrabook Toshiba Portege Z830
Ultrabook Toshiba Portege Z830 termimpi-mimpi,
Nak disentuh tak dapat nak dipegang tak kesampaian,
Andai dapat mungkin kena beli,
Tapi apakan daya nak beli bajet kekurangan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nama di sebalik Ultrabook Toshiba Portege Z830
Toshiba portege z830 is good
Beli satu lah 🙂
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
aku nak jugak !!!…. cemburu gila nih…
Curahan rasa Pendekar @ ..LELAKI KACAK, PEREMPUAN CANTIK DAN KEGEDIKAN
Aku pun nak juga, kalau dapat satu ni, memang bangga lah aku jalan dekat Uia Gombak nanti
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Bank Rakyat umum dividen 15%, bonus saham 5%
untungnya..rezeki jangan di tolak kan
Curahan rasa kak ina kl @ ..Book Sharing Session-MYDIN: The Untold Story
Tetiba aku jadi geram ngan ultrabook nih…hehehe
Curahan rasa yas @ ..SIAPAKAH LELAKI KACAK 2012
Comments are closed.