Assalamualaikum dan salam 1Dunia, senarai 20 orang paling kaya di Malaysia 2012 telah dikeluarkan oleh Majalah Malaysian Business berdasarkan aset pegangan syarikat pada 20/1/12. Tan Sri Syed Mokthar Albukhary kekal sebagai individu Melayu paling kaya dengan jumlah aset RM6.01 billion (2010) kepada RM.84 billion (2011) dan meningkat kepada RM9.53 Billion pada tahun 2012. Kedudukan Tan Sri Mokhtar keseluruhan top 20 terkaya Malaysia juga meningkat dari tangga ke tujuh 2010 dan 2011 ke tangga ke lima pada 2012.
Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM45.7 billion tetapi merosot 8% berbanding jumlah aset beliau pada tahun 2011. Tan Sri Ananda Krisnan juga kekal sebagai orang kedua paling kaya di Malaysia dengan kekayaan yang bertambah dan menghampiri jumlah aset TS Robert Kuak iaitu RM42.998 Billion.
Top 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2013
Mengikut biografi semua individu terkaya di Malaysia kejayaan yang mereka kecapi sekarang hasil kerja kuat, disiplin dan tidak takut gagal. Walaupun telah mengumpul billion ringgit mereka terus bekerja kuat menyediakan peluang pekerjaan kepada beratus ribu rakyat Malaysia. Hampir semua orang kaya yang tersenarai ini mempunyai sifat pemurah dengan menyumbang jutaan ringgit untuk kepentingan masyarakat dan kumpulan yang memerlukan. Sifat yang kita semua mesti contohi.
Senarai 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2012.
Bil.
|
Nama
|
Kekayaan (RM Billion) |
Syarikat
|
1.
|
Robert Kuok Hock Nien
|
45.700
|
Kerry Group/Kuok Group
|
2.
|
T Ananda Krishnan
|
42.998
|
Usaha Tegas
|
3.
|
Tan Sri Teh Hong Piow
|
12.642
|
Public Bank
|
4.
|
Tan Sri Lee Shin Cheng
|
11.356
|
IOI Group
|
5.
|
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
|
9.530
|
Albukhary Foundation
|
6.
|
Tan Sri Quek Leng Chan
|
8.002
|
Hong Leong Malaysia
|
7.
|
Tan Sri Lim Kok Thay
|
7.585
|
Genting Group
|
8.
|
Puan Sri Lee Kim Hua
|
6.588
|
Genting Group
|
9.
|
Tan Sri Tiong Hiew King
|
6.411
|
Rimbunan Hijau
|
10.
|
Ong Beng Seng
|
4.919
|
Hotel Properties Ltd
|
11.
|
Tan Sri Azman Hashim
|
3.470
|
Arab-Malaysian Corp
|
12.
|
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun
|
2.541
|
Berjaya Group
|
13.
|
Datuk Mokhzani Mahathir
|
1.937
|
Kencana Petroleum
|
14.
|
Datuk Lee Yeow Chor
|
1.787
|
IOI Group
|
15.
|
Tan Sri Tony Fernandes
|
1.772
|
AirAsia
|
16.
|
Lee Yeow Seng
|
1.746
|
IOI Group
|
17.
|
Tan Sri Lau Cho Kun
|
1.721
|
Hap Seng Consolidated
|
18.
|
Tan Sri Yeoh Tiong Lay
|
1.711
|
YTL Group
|
19.
|
Tan Sri Lee Oi Hian
|
1.589
|
Batu Kawan
|
20.
|
Datuk Lee Hau Hian
|
1.586
|
Batu Kawan
|
Tak dapat masuk top 10 orang terkaya di Malaysia dapat masuk top 10 Blogger Malaysia pun dah syukur banyak.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia membina kerjaya berjaya dari rumah!!! Klik Sini
Rahsia Menambah Pendapatan dengan Menulis! Klik Sini
Rahsia sedekah membuka pintu rezeki! Klik Sini[/box]
Nota : Kamal Ashnawi yang katanya mempunyai harta RM20 Trillion tak masuk senarai pulak ya!
270 Comments
kalau dihitung nominalnya berapa yah?
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Skor Liverpool Vs Chelsea | Final Piala FA 2012
dan kalau semuanya mau mengeluarkan zakat, niscaya tidak ada lagi orang yang miskin.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Skor Liverpool Vs Chelsea | Final Piala FA 2012
Kamal Ashnawi: org yg betol2 kayas xakan mengaku dia kayas but di iktiraf oleh org lain. tapi org yg mengaku diri dia kayas tu lah yg propa parpu lebih.. :-X
Duit bukan segala2nya tp segala-galanya perlukan duit
Comments are closed.