Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah MSMW2013 sudah selesai dan lebih hebat daripada MSMW2012. Paling hebat apabila malam anugerah MSMW2013 dikuasai oleh Blogger di kalangan Rakan Denaihati. Ini satu permulaan yang baik yang mesti diurus dengan baik kerana bukan mudah untuk mengekalkan kejayaan.
Lebih kurang 170k pengundi telah memilih Top 18 Popular Blog Malaysia MSMW2013 mengikut katogeri. Tahun ini panganjur telah meningkatkan sistem pengundian dimana menolak undian yang berbeza melalui IP yang sama. Penganjur berjanji untuk meningkatkan lagi sistem undian untuk MSMW2014 untuk memastikan hanya yang terbaik terpilih.
Senarai pemenang untuk MSMW2013 sangat berbeza jika dibandingkan dengan Top 23 Blog Malaysia Paling Popular MSM2012. Hanya blog Denaihati.com dan Ariffshah.com yang terpilih semula itu pun untuk katogeri berbeza dan kedua-dua blog dinominasi oleh rakan-rakan. Terima kasihlah kepada rakan yang telah menominasi blog Denaihati.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini
Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]
- Favourite Auto Blog – ArenaKereta.com (PR2)
- Favourite Innovative Blog – Ariffshah.com (PR4)
- Favourite Business Blog – AbangEnsem.com (PR3)
- Favourite Celebrity Blog – ZarulUmbrella.com (PR3)
- Favourite Music& Entertainment Blog – SuaraPeople.com (PR2)
- Favourite CSR Blog – Kucing.my (PR2)
- Favourite Educational Blog – OhCikgu.com (PR2)
- Favourite Foodie Blog – PlacesAndFoods.com (PR3)
- Favourite Gossip Blog – BeautifulNara.com (PR4)
- Favourite Photography Blog – AzmanIshak.com (PR2)
- Favourite Gadgets Blog – Amanz.my (PR6)
- Favourite Political Blog – Stephendoss.blogspot.com (PR3)
- Favourite Shopping Blog – KZNabihah.com (PR2)
- Favourite Sports Blog – Legendnetball.com (P1)
- Favourite Travel Blog – FaizalFredley.com (P1)
- Favourite Lifestyle Blog – AkmaOmar.com (PR1)
- Favourite Micro Blog – HafizRahim.com (PR1)
- Most Creative Blog – Denaihati.com (PR4)
Paling menarik dalam anugerah ini apabila Blogger disebalik blog OhCikgu terdedah rupanya toke cendol banting .. memang terbaik. Tahniah kepada semua pemenang terutama kepada Blogger baru, teruskan perjuangan dan jadi yang terbaik kerana masa depan di dalam tangan kita seperti kata salah seorang ahli panel seminar MSMW2013 bahawa sosial media telah mengambil alih media lama.
Jangan selesa dengan kejayaan dan terus mencari ilmu kerana dunia blogging sentiasa bergerak berubah sebagaimana berubahnya Google.
Terima kasih kepada penganjur Majlis Sosial Media Malaysia yang sudi menganjurkan majlis gilang gemilang untuk Blogger Malaysia walaupun semacam kurang mendapat sokongan daripada komuniti Blogger. Terima kasih berjuta-juta lemon kepada semua rakan Malaysia, Indonesia, Brunei dan lain-lain yang sudi mengundi semua blog Rakan Denaihati. Tunggukan pengumuman pemenang cabutan bertuah untuk pengundi.
128 Comments
Tahniah @Denaihati!,
Berjaya dalam kategori tersendiri: Most Creative Blog
Ikhlas,
Amin Johar
Selamat buat para 18 blog diatas, semoga terus sukses dan selalu memberikan content yang bermanfaat bagi para pembaca.
Curahan rasa Riki @ ..Chicco Cortina Travel System
Akma mmg best ! Tahniah buat semua blogger yg tlh diiktiraf… Ambe pun layak,… kategori ‘ Entah hape hape tah..’ heheh
Curahan rasa dja @ ..KITA YANG BERI PELUANG
Eh..eh…mana blog pondok kecil?hehehe..mereka semua hebat..
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #45 – Tip Top Menu
Tahniah kepada Denaihati kerana memenangi Most Creative Blog award.
tahniah kepada yang berjaya
Curahan rasa Lenggang Kangkung @ ..Jangan Mendahului Imam
kalau ada favourite archi & design blog tahun dpn, teringin gk nk join. hehe
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..PR1MA Alam Damai Cheras Oleh Perumahan Rakyat 1Malaysia Berhad
senangnya jika ada teman-teman blogger di sekitar kita membina network
Curahan rasa munir ardi @ ..Cara mengatasi Kehabisan Ide menulis konten di blog dan social media
bestnya jika terlibat sama, sentiasa berharap untuk jadi blogger terbaik
Curahan rasa firdaus @ ..SKMM keluarkan saman berjumlah RM920,000
Sebagian besar adalah rakan denaihati network…
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Hikmah Aqiqah
Semoga tahun depan akan lebih banyak lagi rakan denaihati network yang masuk dan menjadi pemenangnya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Hikmah Aqiqah
Tak berjaya tahun ni, mungkin 2-3 tahun lagi.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Malaysian Police Arrest Man For Operating Illegal Movie Linking Site
Comments are closed.