Tips untuk menjemput rezeki yang berganda-ganda

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Tips menjadi blogger sempurna“. Kali ini Abang nak berkongsi tips menjemput rezeki yang berganda-ganda.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Kekadang terasa yang kita sangat hebat. Atas usaha kita maka kita jadi pandai, atas usaha kita maka kita jadi terkenal, atas usaha kita maka kita jadi kaya, pendek kata kita merasa kehebatan kita kerana usaha kita seratus peratus.

Sebenarnya semua rezeki samada pandai, terkenal, kaya, bahagia dan sebagainya hanya datang daripada satu sumber sahaja seperti maksud ayat 24 surah Saba.

Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik – (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata “.

Kawan-kawan Abang ramai yang minat berniaga cuma ketakutan mereka adalah rugi. Untung dan rugi adalah resam dalam bisnis. Rugi mengajar kita untuk memperbaiki sistem perniagaan yang kita lakukan. Untung mendidik kita untuk menguruskan kewangan supaya duit boleh buat duit, bukan berbelanja untuk menunjuk kemewahan.

Kalau nak untung sahaja tanpa rugi dalam berniaga, boleh tetapi mesti kena ikut nasihat yang telah diberi seperti maksud ayat 29 surah Fatir

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

Pernah tak kawan-kawan cakap pada kita, nak makan pun kena usaha walaupun makanan sudah terhidang depan kita. Makanan tak boleh masuk dalam mulut ke perut kalau tidak disuap dengan tangan ke mulut.

Dalam Al Quran berulang-ulang kali disebut, untuk berjaya manusia mesti berusaha antaranya maksud ayat 10 surah Fatir.

Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.

Berusaha, berusaha dan berusaha jangan pernah kecewa dengan ujian TUHAN untuk nikmat yang terindah.


Semuga TUHAN sentiasa memelihara hidayah kepada kita hambanya yang sangat lemah tiada berkuasa, dan semuga TUHAN sentiasa menjadikan kita antara hambanya yang beribadah ibarat esok kita akan mati dan bekerja bersungguh-sungguh bagaikan kita akan hidup seribu tahun lagi.

Redha TUHAN yang kita cari.

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

74 Comments

  1. Basically, kalau nak murah rezeki besedakahlah dengan lebih banyak lagi. Bukan sedekah bila kita dah senang, sedekahlah ikut kemampuan dan keihklasan nescaya rezeki akan datang tanpa kita sedari. In Shaa Allah

  2. InshaAllah, yang penting kita kena rajin berusaha. Selebihnya kita tawakkal pada Allah. Kena ingat, rezeki tidak pernah salah alamat. Dan kita hendaklah jadi orang yang sentiasa bersyukur supaya Allah akan tambahkan lagi nikmat . Jangan lupa kumpul saham akhitat juga 😀

    1. terjemahannya ayat seribu dinar : .Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (QS Ath-Thalaq : 2-3)
      Curahan rasa Denaihati @ ..Setiap bisnis mesti ada modal untuk iklanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!