Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Tips menjadi blogger sempurna“. Kali ini Abang nak berkongsi tips menjemput rezeki yang berganda-ganda.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Kekadang terasa yang kita sangat hebat. Atas usaha kita maka kita jadi pandai, atas usaha kita maka kita jadi terkenal, atas usaha kita maka kita jadi kaya, pendek kata kita merasa kehebatan kita kerana usaha kita seratus peratus.
Sebenarnya semua rezeki samada pandai, terkenal, kaya, bahagia dan sebagainya hanya datang daripada satu sumber sahaja seperti maksud ayat 24 surah Saba.
Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik – (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata “.
Kawan-kawan Abang ramai yang minat berniaga cuma ketakutan mereka adalah rugi. Untung dan rugi adalah resam dalam bisnis. Rugi mengajar kita untuk memperbaiki sistem perniagaan yang kita lakukan. Untung mendidik kita untuk menguruskan kewangan supaya duit boleh buat duit, bukan berbelanja untuk menunjuk kemewahan.
Kalau nak untung sahaja tanpa rugi dalam berniaga, boleh tetapi mesti kena ikut nasihat yang telah diberi seperti maksud ayat 29 surah Fatir
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
Pernah tak kawan-kawan cakap pada kita, nak makan pun kena usaha walaupun makanan sudah terhidang depan kita. Makanan tak boleh masuk dalam mulut ke perut kalau tidak disuap dengan tangan ke mulut.
Dalam Al Quran berulang-ulang kali disebut, untuk berjaya manusia mesti berusaha antaranya maksud ayat 10 surah Fatir.
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
Berusaha, berusaha dan berusaha jangan pernah kecewa dengan ujian TUHAN untuk nikmat yang terindah.
Semuga TUHAN sentiasa memelihara hidayah kepada kita hambanya yang sangat lemah tiada berkuasa, dan semuga TUHAN sentiasa menjadikan kita antara hambanya yang beribadah ibarat esok kita akan mati dan bekerja bersungguh-sungguh bagaikan kita akan hidup seribu tahun lagi.
Redha TUHAN yang kita cari.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
74 Comments
Terima kasih atas perkongsian ilmu ini abg denai hati.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kenapa Kena Bayar Untuk Daftar Jobdirumah
Terima kasih dengan nasihat ini. Sedekat setiap hari walaupun ianya sikitkan..Semoga ia menjadi asbab rezeki kita mengalir bak air tanpa putus.. Amin
Curahan rasa Aziana @ ..Masalah Susu Kurang Setelah Melahirkan
thanks dengan tips ni tuan, semoga istiqamah mengamalkannya juga konsisten
Curahan rasa raihanah @ ..9 Tips Pencegahan Penyakit Jantung
Semoga Allah bantu kita semua nak cari rezeki yang halal.
Dapat rezeki yang baik.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Dah Malas Nak Buat Jobdirumah
Perkongsian yang berguna. Rezeki Allah SWT luas. Usaha cari rezeki yang halal.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Resepi Sambal Tumis Terung Ringkas
selalunya keinginan nak rezeki berganda-ganda tetapi nak memulakan langkah ke arah mendapatkan rezeki berganda-ganda tu yang payah hehehe
Curahan rasa pinkbubblegum @ ..(11 GAMBAR)Jovian White Collection
Doakan semoga saya juga berjaya memperolehi rezeki melimpan ruah dalam apa jua bidang yg saya usahakan.
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Inya Allah, sama-sama kita doa untuk kawan-kawan juga, semoga berjaya memperolehi rezeki melimpan ruah dalam apa jua bidang yg saya usahakan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jabatan Pendaftaran Negara banyak masalah
Terima kasih di atas tips untuk menjemput rezeki yang tuan haji Amir kongsikan…
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Bila dapat gaji, asingkan bahagian khas untuk diberikan pada ibu bapa dan membayar hutang 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
Satu lagi tip pengurusan kewangan yg boleh kita sama2 praktikkan..
Terima kasih tuan Ikhwan Fahmi di atas perkongsian tip pengurusan kewangan
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
ibu bapa dan bayar hutang no.1, dulukan, memang terbaik. zaman sekarang boleh kata hampir semua orang ada hutang. tak kereta, rumah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tak ada jiwa untuk menulis blog lagi
Ramai yang mahu rezeki atau pendapatan berganda-ganda tetapi nak bersedekah bukan main susah.
Kalau macam ini, tidak kaya di dunia, malahan di akhirat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
Bersedekah amalan yang mulia. Bila bersedekah dengan tangan kanan, tangan kiri tidak nampak. Itu yang seeloknya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
Terima kasih Tuan Amir Denaihati memberi tip yang sangat berguna kepada pembaca setia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
sama-sama. mudahan berguna untuk diri sendiri dan kawan-kawan semua. semoga Nasi Lemak Pandan Mieeza terus sukses…
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips untuk menjemput rezeki yang berganda-ganda
benar tu. perlu ada usaha. rezeki itu datang dalam pelbagai cara. yang penting kita kena terus usaha dan terus usaha. dan apa yang lebih penting adalah, kena percaya, rezeki itu hanya datang daripada yang maha esa. insyaallah.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Mahu belajar teknik penulisan blog terhebat secara Percuma?
Berusaha, berusaha dan berusaha selagi hayat dikandung badan. Bila dah berusaha, kenalah bertawakal kepada Allah Taala.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Belajar Buat Blog Teknik Seo
Jangan pernah berhenti berusaha sampai berjaya, dan juga doa untuk kejayaan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tak ada jiwa untuk menulis blog lagi
Deep betul entri ni.. sebanyak mana atau sedikit mana reseki kita, jgn lupa utk bersedekah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
zakat dan sedekah penyubur harta dan pembuka jalan rezeki lebih luas.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tak ada jiwa untuk menulis blog lagi
Terima kasih dengan kata kata nasihat. Memang kita kena terus berusaha . Untung dan rugi memang adat berniaga. Kalau takut rugi jangan berniaga.
ya. dah memang adat, untung dan rugi tu permainan dalam perniagaan.
berani kan diri kalau mahu berniaga, baru minda anda terbuka untuk dapatkan semula apa yang anda sudah laburkan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips menjadi blogger yang sempurna
Comments are closed.