Tips Untuk Blogger 2014

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sudah lama Blogger Ariffshah tidak berkongsi ilmu di blog ini mungkin sibuk dengan status baru sebagai suami dan kerjaya baru. Alhamdulillah setelah dipujuk sempat juga blogger kacak ini menulis sebaris dua yang boleh dijadikan panduan untuk rakan blogger. Jom kita baca cara untuk meningkatkan kredibiliti menulis blog dari sudut pandang Ariff Shah.

ariffshah upcoming blogger of the year

Sebagai blogger, apakah yang perlu dititik beratkan pada tahun 2014 ni? Ini adalah senarai saya.

1. Gunakan tema blog responsive.

Boleh kata 90% pengguna sekarang ada smartphone dan internet data. Majoriti daripada kita gunakan social media dan internet setiap hari melalui smartphone. Rugi besar kalau blog kita masih lagi menggunakan template lapuk non-responsive yang tidak berubah saiz bergantung kepada skrin paparan gadget.

Seperti yang saya terapkan dari dulu lagi tentang pembangunan blog, pastikan blog yang dibina mudah untuk diakses oleh pembaca. Kalau sekali pembaca rasa susah nak masuk blog dengan menggunakan gadget mereka sebab template berat, sampai bila-bila persepsi tersebut melekat pada kita.

Tema baru blog Ariff Shah dihasilkan menggunakan framework Genesis daripada StudioPress. Framework ni paling popular sekarang. Dihasilkan dalam masa 1 hari sahaja.

2. WordPress atau Blogspot?

Pada saya takde beza asalkan tahu guna. Banyak je laman yang hebat-hebat dihasilkan di atas platform Blogspot. Cuma kalau guna WordPress lagi senang sebab banyak developer hebat yang cipta template/plugin untuk WordPress. Pilih, bayar sikit dan guna je.

Dan untuk pengguna WordPress, banyak je seminarnya seperti yang dibuat oleh team Denaihati tahun lepas. Boleh belajar dari tahap beginner hingga advance.

3. Networking

Pasaran untuk blogger luas. Mungkin korang rasa korang rajin pergi event dan dah kenal semua orang, tapi sebenarnya ramai lagi orang lain yang korang belum kenal dan mampu dapatkan income >5k sebulan dengan hanya pergi event dan tulis advertorial.

Know the right people, make a lot of friends dan kemungkinan korang akan upgrade ke tahap yang lebih baik daripada sekarang.

MSMW2013

4. Elakkan iklan yang menjengkelkan

Baru-baru ni semakin banyak syarikat pengiklanan dari luar masuk Malaysia contohnya macam H12. Cuma satu yang saya tak berkenan dengan H12 ni ialah iklannya yang sangat annoying. Iklan pop up dan potong bikini mereka langsung tak profesional.

Walaupun benda ni takde efek di mata advertiser lain, imej blogger yang gunakan iklan annoying macam ni akan jatuh di mata pembaca dan blogger lain. Takde orang suka iklan dan orang lagi benci iklan yang menyakitkan mata.

Apa-apa pun, terpulanglah kepada mereka yang nak meneruskan penggunaan iklan ini. Saya hanya menasihat, your blog, your rule.

5. Terakhir, define your blog. Cari niche anda, apa yang anda dan pembaca anda minat? Dari situ lebih mudah nak berkembang sebab dah ada matlamat menulis blog. Tahun 2014 bukan lagi tahun untuk menulis blog secara suka-suka. Kalau betul-betul nak buat income, maka anda perlu lebih serius dan fokus.

Blogger Jejai

Semoga tahun ini dapat melahirkan lebih ramai lagi blogger yang hebat-hebat. Pasaran pengiklanan blogger di Malaysia ni masih lagi berkembang sebab semakin banyak syarikat mula memandang pengiklanan blog dengan lebih serius, jadi ada banyak lagi ruang dan peluang untuk direbut.

Good luck!

Bagaimana pula cara anda???


Spread the love

150 Comments

  1. Aku tabik spring kepada blogger yang boleh menulis ikut niche..aku dah cuba memang mencabar…yang paling utama adalah kekangan kretiviti untuk menulis dan kekeringan idea untuk menulis…

    Menulis mengikut niche ni jika berjaya memang bebaloi jika kita dapat maintain dalam menulis cerita yang berkaitan…sebab apabila orang sudah tahu blog kita pasal apa..orang yang minat akan datang balik untuk cari info pasal perkara berkenaan..

    Aku pun sedang berusaha untuk buat satu lagi blog yang ada niche..semoga masa akan mengizinkan nanti..
    Curahan rasa blogger lelaki @ ..Erti PersahabatanMy Profile

    1. Mudah untuk di baca di smartphone kalau theme resposive. Penggunaan font pun sesuai tak perlu di zoom. Jika dibandingkan dengan theme yg x responsive. Masih boleh buka di smartphone tapi paparan macam dalam laptop. Susah nak di baca terpaksa zoom….

  2. Terimakasih tipsnya… sangat bermanfaat untuk saya, karena saya baru belajar membuat blog. tentu sja sya butuh banyak tips dan himbauan dari blogger blogger senior..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!