Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai komen di entri “risiko membeli tanah tanpa geran individu“. Salam tahun baru 1439H. Semuga sahabat-sahabat sudah menulis misi hijrah yang tepat sebagai panduan perjalanan setahun yangg akan datang, kalau tidak takut sesat dalam terang.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Dalam khutbah hari ini khatib berkata hijrah itu adalah apabila seorang insan meninggalkan segala larangan dan mengikut perintah ALLAH dengan semangat jihad dah keikhlasan hati, bukan paksaan atau kerana cinta pada dunia.
(Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka mereka menentang (perintah) Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya. – Surah Al-Hashr, 4.
Permulaan hari pertama 1439H
Sifu Abang ajar kita mesti tulis dengan tepat azam baru sebagai panduan perjalanan setahun. Menulis dengan KESUNGGUHAN bukan ada niat KALAU atau Saja nak Cuba … contohnya
- Nak bawa anak-anak, isteri dan ibu bapa mengerjakan umrah pada bulan Februaru 2018
- Nak mengerjakan haji bersama isteri/suami dengan pakej haji A
- Nak bayar zakat harta paling sikit RM50K
- Nak infaq harta paling sikit RM100K kepada yang sangat-sangat memerlukan.
- Nak qurban seekor kambing untuk setiap ahli keluarga pada musim haji tahun ini
- Nak buat 30 perigi pam untuk keluarga miskin di Kemboja
- Nak menulis 1000 perkataan setiap hari pada 4 bulan pertama kemudian naik kepada 2000 perkataan sehari pada 4 bulan kedua dan 3000 perkataan sehari pada 4 bulan terakhir.
- Membaca paling sikit satu buku ilmiah setiap bulan.
- Nak keluar 40 hari dalam negara untuk dakwah diri sendiri jadi insan yang beri manafaat pada agama.
- Nak ziarah 20 madarsah tahfiz dan sekolah agama di dalam negara dan di luar negara.
- Nak selesaikan semua hutang peribadi sebanyak RM30K (contoh) dan tidak menangguh pembayaran hutang rumah, kereta dan PTPTN
Ini sebagai contoh. Pasti kekawan ada misi tersendiri untuk memudahkan perjalan hidup kita pada tahun 1439H.
Kalau tidak nanti kita sesat berjalan dalam terang.
Perkara yang bagus kita buat pada 1 hijrah
- Doa untuk kebaikkan sepanjang tahun
- Puasa sunat
- Sedekah sebanyak yang mampu sebagai pelaburan untuk rezeki yg luasa dan berganda-ganda pada sepanjang tahun
- Bacaa Yassin niat ALLAH permudahkan urusan sepanjang tahun
- Call ibu (utk yg masih ada) mohon doakan kebaikan
- Bayar sedikit hutang yg ada tanda azam nak selesaikan semua hutang
Ini sebahagian yangg guru ajar. Guru kekawan mungkin ajar ilmu yang lain. Tak kisah berbeza yang paling penting amalkan.
Doa melangkah tahun 1439H
Ya ALLAH kami berlindung kepada-Mu dari kesakitan dan kepedihan, kami berlindung dari kesusahan, kesedihan, kelemahan, kemalasan, ketakutan, kebakhilan dan dari terlilit hutang, kami berlindung dari ilmu yg tidak bermanafaat, hati yg tidak khusyuk, amal yang tidak di angkat dan doa yang tidak didengar.
Cintakan kami kepada iman, bencikan kami pada kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan. Cukupkan kami dengan rezeki yang halal dan bukan yang haram. Jadikan Al Quran penyubur dan penawar dada dan hati kami, penghibur kesedihan dan kesusahan, pembimbing serta penuntun kami menuju Mu dan Jannah Mu.
Ya ALLAH kami memohon satu aib pun kecuali Engkau menutupinya, suatu hutang pun kecuali Engkau bukakan hati mereka yang berhutang melunasinya, suatu penyakit pun kecuali Engkau menyembuhkannya.
Ya ALLAH ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami dan muliakanlah kami.
Aamiin.
Selamat Tahun Baru 1439H.
60 Comments
terima kasih udah share artikel nya sangat menarik i like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
sebuah tips yang patut dicatat untuk jadi pedoman di tahun ini siapa tahu bisa berhasil
Curahan rasa Bujang @ ..New Gadget For The New Year
Teringat nasihat Irfan Khairi dalam satu seminar yang pernah kita hadiri… Kalau kita nak berjaya mencapai matlamat hidup kita sebaiknya kita menulis matlamat tersebut di atas sehelai kertas..
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Melalui cara ini secara tidak langsung semasa kita sedang tidur minda separa sedar kita akan membantu kita mencapai matlamat tersebut..
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
semoga tahun depan aku bisa sukses dengan blog aku semua yang sudah mulai menghasilkan walau masih sedikit saat ini
Curahan rasa Bujang @ ..Ada sesiapa lagi belum join Facebook Grup Denaihati Network?
Amin… Semoga tuan berjaya mendapat hasil yang diharapkan melalui penulisan blog… Doakan saya juga..
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Biasanya Qiya berazam pada 1 Januari setiap tahun. Bila baca entry ni terasa jahilnya la diri ni. Apa-apa pun Qiya doakan semoga DH terus sukses!
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Hada Labo Skincare Review
Boleh juga azam dua-dua sekali… Azam tahun masihi pada 1 Januari dan azam tahun hijrah pada awal Muharram..
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Comments are closed.