Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai komen di entri “risiko membeli tanah tanpa geran individu“. Salam tahun baru 1439H. Semuga sahabat-sahabat sudah menulis misi hijrah yang tepat sebagai panduan perjalanan setahun yangg akan datang, kalau tidak takut sesat dalam terang.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Dalam khutbah hari ini khatib berkata hijrah itu adalah apabila seorang insan meninggalkan segala larangan dan mengikut perintah ALLAH dengan semangat jihad dah keikhlasan hati, bukan paksaan atau kerana cinta pada dunia.
(Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka mereka menentang (perintah) Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya. – Surah Al-Hashr, 4.
Permulaan hari pertama 1439H
Sifu Abang ajar kita mesti tulis dengan tepat azam baru sebagai panduan perjalanan setahun. Menulis dengan KESUNGGUHAN bukan ada niat KALAU atau Saja nak Cuba … contohnya
- Nak bawa anak-anak, isteri dan ibu bapa mengerjakan umrah pada bulan Februaru 2018
- Nak mengerjakan haji bersama isteri/suami dengan pakej haji A
- Nak bayar zakat harta paling sikit RM50K
- Nak infaq harta paling sikit RM100K kepada yang sangat-sangat memerlukan.
- Nak qurban seekor kambing untuk setiap ahli keluarga pada musim haji tahun ini
- Nak buat 30 perigi pam untuk keluarga miskin di Kemboja
- Nak menulis 1000 perkataan setiap hari pada 4 bulan pertama kemudian naik kepada 2000 perkataan sehari pada 4 bulan kedua dan 3000 perkataan sehari pada 4 bulan terakhir.
- Membaca paling sikit satu buku ilmiah setiap bulan.
- Nak keluar 40 hari dalam negara untuk dakwah diri sendiri jadi insan yang beri manafaat pada agama.
- Nak ziarah 20 madarsah tahfiz dan sekolah agama di dalam negara dan di luar negara.
- Nak selesaikan semua hutang peribadi sebanyak RM30K (contoh) dan tidak menangguh pembayaran hutang rumah, kereta dan PTPTN
Ini sebagai contoh. Pasti kekawan ada misi tersendiri untuk memudahkan perjalan hidup kita pada tahun 1439H.
Kalau tidak nanti kita sesat berjalan dalam terang.
Perkara yang bagus kita buat pada 1 hijrah
- Doa untuk kebaikkan sepanjang tahun
- Puasa sunat
- Sedekah sebanyak yang mampu sebagai pelaburan untuk rezeki yg luasa dan berganda-ganda pada sepanjang tahun
- Bacaa Yassin niat ALLAH permudahkan urusan sepanjang tahun
- Call ibu (utk yg masih ada) mohon doakan kebaikan
- Bayar sedikit hutang yg ada tanda azam nak selesaikan semua hutang
Ini sebahagian yangg guru ajar. Guru kekawan mungkin ajar ilmu yang lain. Tak kisah berbeza yang paling penting amalkan.
Doa melangkah tahun 1439H
Ya ALLAH kami berlindung kepada-Mu dari kesakitan dan kepedihan, kami berlindung dari kesusahan, kesedihan, kelemahan, kemalasan, ketakutan, kebakhilan dan dari terlilit hutang, kami berlindung dari ilmu yg tidak bermanafaat, hati yg tidak khusyuk, amal yang tidak di angkat dan doa yang tidak didengar.
Cintakan kami kepada iman, bencikan kami pada kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan. Cukupkan kami dengan rezeki yang halal dan bukan yang haram. Jadikan Al Quran penyubur dan penawar dada dan hati kami, penghibur kesedihan dan kesusahan, pembimbing serta penuntun kami menuju Mu dan Jannah Mu.
Ya ALLAH kami memohon satu aib pun kecuali Engkau menutupinya, suatu hutang pun kecuali Engkau bukakan hati mereka yang berhutang melunasinya, suatu penyakit pun kecuali Engkau menyembuhkannya.
Ya ALLAH ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami dan muliakanlah kami.
Aamiin.
Selamat Tahun Baru 1439H.
60 Comments
Kena jelas dengan azam yang hendak dicapai. Semoga tahun 1439H membawa kejayaan kepada semua
Curahan rasa azimah mohd zainuddin @ ..Legakan Perut Meragam Dengan Smoothie Betik dan Halia
Belum terlambat lagi nak ucapkan selamat tahun baru hijrah. Mudah2an kita semua beroleh kebaikan keberkatan dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Aamiin 😊
Curahan rasa Nur Razali @ ..5 Tips Untuk Bantu Anda Pilih Sumber Protein Yang Betul
Boleh cuba amalkan Tips ini.. Mana tahu ada rezeki boleh dapat pergi haji cepat…
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan melebihi RM350K dalam tempoh 5 Hari dan 2 Rekod jualan Terbaru Affiliate Tempatan
Kalau nak ikutkan giliran saya dapat pergi haji lambat lagi… huhuhu
Curahan rasa Anuar @ ..Rekod Jualan melebihi RM350K dalam tempoh 5 Hari dan 2 Rekod jualan Terbaru Affiliate Tempatan
Kadang2 matlamat tu ada, tapi mencapainya susah. Tapi jangan resah, pasti berjaya dengan usaha
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..3 Ebook Marketing Percuma Untuk Anda !
kena kuatkan semangat untuk pegang pada azam tahun baru sehingga tercapai semua yang dicita.. selamat maju jaya DH
Curahan rasa JMR @ ..Hotel Equatorial Melaka. Berbaloi Atau Tidak?
In Shaa Allah, sama-sama renew dan tetapkan matlamat. Mana yang tak dapat dicapai tahun yang sudah, carry forward dan usaha yang lebih baik tahun ni.
Curahan rasa sabree hussin @ ..Homestay Fetih Ezzehra – Homestay di Kuala Terengganu yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk keselesaan pengunjung
Dah masuk hari ke 7 tahun baru 1439, baru berkesempatan meninggalkan jejak di sini. Insyaa Allah, tahun demi tahun bertambah kebaikan…
Ya ALLAH,
Ampunilah kami,
Terimalah amal dan ridhailah amalan kami,
Aamiin… Aamiin Ya Robbal Alamin…
Curahan rasa Rosanna Simanjuntak @ ..Blogger Influencer Gathering SAS Hospitality Hotel Grand Tjokro Balikpapan
Nak berjaya, bacalah buku dan pergi seminar
yang penting niat dan sikap mesti betul
tabiat positif yang akan buat kita pergi jauh dalam hidup
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..16 Tanda Awal Kehamilan & Alahan mengandung yang wajib suami tahu!
Semoga apa yang dihajati dan diinginkan tercapai, selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah 1439H
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Ekspedisi Mendaki Gunung Datuk 2017
Saya doa kan tercapai cita cita Tuan Hj Amir tu nanti ya.
Curahan rasa Azman @ ..5 Produk Bisnes Cenderahati Laku Keras!
tips-tips diatas baik digunakan untuk menjadi panduan dalam menyusun program atau resolusi utuk satu tahun ke depan
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Lumpia Keju
salam tahun baru. betul juga elok kita senaraikan apa hajat kita untuk tahun ini.
Curahan rasa raihanah @ ..Makanan Terbaik Untuk Naikkan Paras HB
semoga dapat direalisasikan semua impian tersebut. tahun depan boleh buat senarai baru
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Awak Suka Saya Tak di Astro Ria
Setiap orang ingin kejayaan tapi tak semua orang ada kekuatan untuk mencapainya. Terima kasih atas senarai ini.
Memberi saya idea untuk melalukaan kebaikan dalam mencapai kejayaan.
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Apa Itu AFB? Dan Senarai Ahli AFBians
Comments are closed.