Tips Renovasi Rumah

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perkongsian kisah renovasi rumah dalam entri “Renovasi rumah pengalaman yang sukar dilupakan” dan “Renovasi rumah cara menjimatkan perbelanjaan dan masa” adalah pengalaman peribadi yang mungkin dapat membantu pembaca yang pasti suatu hari kalau bukan sekarang akan mengubahsuai rumah yang sedia ada atau yang bakal dibeli. Terima kasih juga kepada pembaca yang pernah melalui pengalaman yang sama kerana sudi berkongsi pengalaman peribadi yang pasti dapat membantu rakan-rakan yang lain. Sebenarnya tidak banyak informasi tips renovasi rumah boleh dicari di Google. Ada kajian menyatakan hampir 80% dari mereka melakukan RENOVASI rumah tidak berpuashati kerana proses menguruskan dan hasilnya tidak seperti apa yang mereka impikan.

Jubin lantai luar dan lantai pakir kereta berbeza warna dan kualiti.

Kami mungkin bukan sebahagian daripada 80% yang disebutkan oleh kajian tersebut. Sebelum memulakan renovasi rumah aku dan isteri telah mencari berbagai informasi reka bentuk terkini melalui pembacaan dan informasi di Google. Isteri membeli banyak majalah renovasi rumah untuk mendapat maklumat yang boleh membantu memilih reka bentuk dan jenis bahan yang sesuai dengan budget. Informasi awal untuk renovasi rumah sangat penting kerana maklumat ini dapat membantu pelukis plan melukis reka bentuk rumah mengikut impian tuan rumah dan membantu kontraktor memilih bahan binaan mengikut kehendak tuan rumah.

Jubin ruang tamu dan bilik tetamu

Antara fokus informasi yang kami cari sebelum renovasi rumah adalah pemilihan jenis jubin kerana keperluan antara yang terbanyak. Kami mencari tips pemilihan jubin yang dapat menjimatkan budget, bersesuaian dengan reka bentuk rumah, selamat dan tahan lama. Banyak kejadian tuan rumah kurang fokus pada kos jubin akhirnya terpaksa memilih jubin yang murah dengan kualiti rendah akibatnya merbahaya kerana licin dan mudah pecah yang menyebabkan kos lebih tinggi untuk baik pulih.

Jubin lantai dan dinding dapur.

Pemilihan jubin tidak boleh di pandang ringan kerana banyak keperluan dalam renovasi rumah seperti jubin lantai luar rumah, jubin ruang tamu, jubin bilik, jubin lantai dapur, jubin dinding dapur, jubin lantai bilik air dan jubin dinding bilik air. Bukan mudah untuk memilih jubin yang sesuai kerana terdapat begitu banyak jenis-jenis jubin di pasaran dengan bermacam-mana jenis ukuran, warna, bahan, reka bentuk, kualiti dan berbagai kategori harga. Naik juling biji mata nak memilih jubin yang bersesuaian dengan perbelanjaan, reka bentuk rumah dan kualiti. Setelah membeli jubin yang sesuai dengan keperluan renovsi rumah jangan lupa memilih kontraktor yang mahir memasang jubin kerana bukan semua kontraktor boleh memasang jubin dengan kemas dan tahan lama. Aku setuju sangat cadangan salah seorang pembaca yang menasihatkan jangan pilih kontraktor dikalangan ahli keluarga kerana susah nak tegur kalau ada masalah.

Jubin lantai dan dinding bilik air.

Alhamdulillah dengan informasi reka bentuk jubin terkini yang diperolehi dari majalah, khidmat nasihat Bos Besar Al Ansar dan Kontraktor kami telah telah memilih jubin yang berbeza kualiti dan warna untuk lantai luar, lantai ruang tamu, lantai bilik, lantai dapur, lantai bilik air, dinding dapur dan dinding bilik air. Pemilihan jubin yang sesuai bukan semestinya yang termahal sangat penting kerana ianya boleh mengubah suasana rumah yang baru direnovasi menjadi lebih menarik. Kami gembira dengan hasil akhir jubin yang dipilih dan dipasang kelihatan kemas, tidak licin dan lebih penting dapat menceriakan suasana rumah.

Kesimpulannya sangat penting mencari informasi reka bentuk terkini luar dan dalam rumah, tips renovasi rumah dan tips memilih jubin daripada berbagai sumber sebelum memulakan renovasi dan jangan mengharap 100% kepada pelukis plan dan kontraktor untuk tidak termasuk dalam katogeri 80% yang tidak berpuashati. Jangan jadi bagai pepatah orang tua “Rumah siap pahat berbunyi”.

Comments

  1. says

    Post such as like this are very much appreciated because you share your experience with other people and you give new ideas that cannot always be found on search engines. House renovation is probably a tasks that we love to do if we have the budget and means, because we are inspired to fixed and redecorate our house with whatever design that we prefer and perceived.

  2. says

    sebenarnya, renovasi rumah ni memang perlu banyak research. Lagi-lagi kalau 1st time pindah rumah sendiri. Bajet, pemilihan bahan dan rekabentuk adalah perkara yang penting. Saranan utama, buat pendawaian (wiring) dan plaster ceiling dulu sbb dua perkara ni yang selalunya menjadikan rumah berhabuk.
    Entri terbaru Qaseh Gifts – Hamper Ramadhan & Aidilfitri 2012/1432My Profile

Trackbacks