Tips Renovasi Rumah


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perkongsian kisah renovasi rumah dalam entri “Renovasi rumah pengalaman yang sukar dilupakan” dan “Renovasi rumah cara menjimatkan perbelanjaan dan masa” adalah pengalaman peribadi yang mungkin dapat membantu pembaca yang pasti suatu hari kalau bukan sekarang akan mengubahsuai rumah yang sedia ada atau yang bakal dibeli. Terima kasih juga kepada pembaca yang pernah melalui pengalaman yang sama kerana sudi berkongsi pengalaman peribadi yang pasti dapat membantu rakan-rakan yang lain. Sebenarnya tidak banyak informasi tips renovasi rumah boleh dicari di Google. Ada kajian menyatakan hampir 80% dari mereka melakukan RENOVASI rumah tidak berpuashati kerana proses menguruskan dan hasilnya tidak seperti apa yang mereka impikan.

20120604 120544 Tips Renovasi Rumah

Jubin lantai luar dan lantai pakir kereta berbeza warna dan kualiti.

Kami mungkin bukan sebahagian daripada 80% yang disebutkan oleh kajian tersebut. Sebelum memulakan renovasi rumah aku dan isteri telah mencari berbagai informasi reka bentuk terkini melalui pembacaan dan informasi di Google. Isteri membeli banyak majalah renovasi rumah untuk mendapat maklumat yang boleh membantu memilih reka bentuk dan jenis bahan yang sesuai dengan budget. Informasi awal untuk renovasi rumah sangat penting kerana maklumat ini dapat membantu pelukis plan melukis reka bentuk rumah mengikut impian tuan rumah dan membantu kontraktor memilih bahan binaan mengikut kehendak tuan rumah.

20120604 120602 Tips Renovasi Rumah

Jubin ruang tamu dan bilik tetamu

Antara fokus informasi yang kami cari sebelum renovasi rumah adalah pemilihan jenis jubin kerana keperluan antara yang terbanyak. Kami mencari tips pemilihan jubin yang dapat menjimatkan budget, bersesuaian dengan reka bentuk rumah, selamat dan tahan lama. Banyak kejadian tuan rumah kurang fokus pada kos jubin akhirnya terpaksa memilih jubin yang murah dengan kualiti rendah akibatnya merbahaya kerana licin dan mudah pecah yang menyebabkan kos lebih tinggi untuk baik pulih.

jubin dapur Tips Renovasi Rumah

Jubin lantai dan dinding dapur.

Pemilihan jubin tidak boleh di pandang ringan kerana banyak keperluan dalam renovasi rumah seperti jubin lantai luar rumah, jubin ruang tamu, jubin bilik, jubin lantai dapur, jubin dinding dapur, jubin lantai bilik air dan jubin dinding bilik air. Bukan mudah untuk memilih jubin yang sesuai kerana terdapat begitu banyak jenis-jenis jubin di pasaran dengan bermacam-mana jenis ukuran, warna, bahan, reka bentuk, kualiti dan berbagai kategori harga. Naik juling biji mata nak memilih jubin yang bersesuaian dengan perbelanjaan, reka bentuk rumah dan kualiti. Setelah membeli jubin yang sesuai dengan keperluan renovsi rumah jangan lupa memilih kontraktor yang mahir memasang jubin kerana bukan semua kontraktor boleh memasang jubin dengan kemas dan tahan lama. Aku setuju sangat cadangan salah seorang pembaca yang menasihatkan jangan pilih kontraktor dikalangan ahli keluarga kerana susah nak tegur kalau ada masalah.

jubin bilik air1 Tips Renovasi Rumah

Jubin lantai dan dinding bilik air.

Alhamdulillah dengan informasi reka bentuk jubin terkini yang diperolehi dari majalah, khidmat nasihat Bos Besar Al Ansar dan Kontraktor kami telah telah memilih jubin yang berbeza kualiti dan warna untuk lantai luar, lantai ruang tamu, lantai bilik, lantai dapur, lantai bilik air, dinding dapur dan dinding bilik air. Pemilihan jubin yang sesuai bukan semestinya yang termahal sangat penting kerana ianya boleh mengubah suasana rumah yang baru direnovasi menjadi lebih menarik. Kami gembira dengan hasil akhir jubin yang dipilih dan dipasang kelihatan kemas, tidak licin dan lebih penting dapat menceriakan suasana rumah.

Kesimpulannya sangat penting mencari informasi reka bentuk terkini luar dan dalam rumah, tips renovasi rumah dan tips memilih jubin daripada berbagai sumber sebelum memulakan renovasi dan jangan mengharap 100% kepada pelukis plan dan kontraktor untuk tidak termasuk dalam katogeri 80% yang tidak berpuashati. Jangan jadi bagai pepatah orang tua “Rumah siap pahat berbunyi”.

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • titan 9 June 2012 at 3:39 pm

    aku malas dah nak renovasi. terus cari rumah yang sama macam aku nak. haha..
    Entri terbaru titan – Komisen ke 93 dari TNXMy Profile

  • Myvitrd 9 June 2012 at 3:35 pm

    memang smart bro jubin tu
    Entri terbaru Myvitrd – Suntikan Hepatitis B Pada Usia 6 BulanMy Profile

  • yas 9 June 2012 at 3:33 pm

    Tgk mozek,lantai je dh tau betapa mantapnya rumah dh nih….

  • penowo 9 June 2012 at 3:02 pm

    rumah cantik idaman banget bang denai,,,,
    Entri terbaru penowo – Motor matic injeksi irit harga murah – Yamaha Mio JMy Profile

  • nurmisnan 9 June 2012 at 2:56 pm

    membuat rumah ni pun kena tgk cuaca juga. Kalau hari hujan memang susah nak tggu kering simen dinding tuh. kadang2 kontraktor kaki tipu, terus jer siapkan tanpa memikirkan akan risiko keretakan berlaku…

  • iza 9 June 2012 at 2:13 pm

    Assalam..
    Betul kata pembaca tu..
    Mama saya selalu upah adiknya (bapa saudara) sebab kasihankan mereka anak beranak disebabkan kesempitan hidup.

  • Jebeng Otai™ 9 June 2012 at 1:35 pm

    mmg kene berhati2 degng kontaktor..kita kene ‘detail’ kan apa yg kita mahu..penah terjadi pada sy rumah dah siap pahat masih berbunyi..

  • energy 9 June 2012 at 12:58 pm

    jubin yang menarik akan menjadikan rumah kelihatan cantik dan sedap mata memandang. memang perlu pilih jubin dengan betul.
    Entri terbaru energy – Kesan Turun Naik Harga Minyak Mentah Dunia Ke Atas Penentuan Tarif Elektrik di MalaysiaMy Profile

  • auc dot com 9 June 2012 at 12:30 pm

    tip yang bagus kerna berdasarkan pengalaman yg dilalui :)
    Entri terbaru auc dot com – Juara EURO 2012My Profile

  • Dadan 9 June 2012 at 12:14 pm

    Wow tips yang sangat bagus nih….
    Entri terbaru Dadan – Juara Euro 2012My Profile

  • Bang Iwan 9 June 2012 at 12:11 pm

    Siapapun dapat merencanakan dapur atau kamar mandi supaya terlihat mewah dengan memberi warna yang berbeda dari granit dan membuat pilihan.
    Entri terbaru Bang Iwan – Prediksi Euro 2012 : Spanyol Vs ItaliaMy Profile

  • [...] tips pengubahsuaian dan pemasangan jubin dan tips renovasi rumah untuk membuat pemilihan jubin yang sesuai supaya tidak berlaku keretakkan atau kerosakkan pada [...]

  • Pantangan Penyakit Asam Urat 9 June 2012 at 11:46 am

    sangat bagus mas tips nya, kebetulan saya sangat suka mendesain rumah rumah….
    Entri terbaru Pantangan Penyakit Asam Urat – Pengobatan Tradisional Hepatitis BMy Profile

  • Pengobatan Tradisional asam Urat 9 June 2012 at 11:45 am

    saya sangat sekali dengan tips dari anda, makasih mas buat infonya…..
    Entri terbaru Pengobatan Tradisional asam Urat – Pengobatan Tradisional Hepatitis BMy Profile

  • Cara Mengobati Asam Urat 9 June 2012 at 11:43 am

    waalaikum salam, mamkasih buat infonya… kebetulan saya sedang rehab rumah….
    Entri terbaru Cara Mengobati Asam Urat – Pengobatan Tradisional Hepatitis BMy Profile

    • Dadan 9 June 2012 at 12:16 pm

      Wah selamat ya, semoga lancar dan cepat kelar…
      Entri terbaru Dadan – Juara Euro 2012My Profile

      • Dadan 9 June 2012 at 12:17 pm

        Tips dari DH ini bisa dipakai sebagai acuan tuh…
        Entri terbaru Dadan – Juara Euro 2012My Profile

1 2 3 7


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network