Tips Pasti Berjumpa Malam Lailatul Qadar

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masa berlalu pantas meninggalkan hari-hari yang indah di bulan Ramadhan. Terasa sayu untuk meninggalkan Ramadhan kerana belum tentu bertemu lagi Ramadhan 1433H. Ada tugasan terakhir yang paling penting dalam sisa malam-malam Ramadhan iaitu mencari Malam Lailatul Qadar malam yang LEBIH BAIK dari 1000 bulan. Banyak ulasan yang kita baca dan dengar tentang kehebatan Malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh keberkatan dan kelebihan tertentu  yang boleh merubah kehidupan kita 360 darjah pusingan.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam Lailatul Qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya yang maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”

Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. yang maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut” yang maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.” 

Bukan mudah orang biasa seperti aku untuk mencari Malam Lailatul Qadar yang tepat kerana itu adalah Rahsia ALLAH SWT supaya umat manusia berusaha bersungguh mencari Malam Lailatul Qadar. Hanya ada satu Tips Pasti Berjumpa Malam Lailatul Qadar iaitu dengan beramal bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang akhir di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan Qiamulai, Berzikir, Membaca Al Quran dan Berdoa memohon keampunan dan keredhaan ALLAH SWT.

Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa kita untuk Umat dan Makhluk seluruh alam insyallah Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali.

Untuk mengetahui lebih lanjut apa itu Malam Lailatul Qadar sila baca entri “Aku Jumpa Lailatul Qadar”  dan “Kembara Mencari Lailatul Qadar“.


Spread the love

184 Comments

  1. dan pada sebagian malam, lakukanlah solat tahajud,sebagai tambahan untukmu, mudah-mudahan Allah mengangkatmu ke tempat terpuji (Al-Isra` 79)

  2. Lailatul Qadar bukan satu malam yg hanya terjadi sekali sahaja di Zaman Rasullah, tetapi, Lailatul Qadar merupakan, hadiah Istimewa untuk Umat Muhammad, di Bulan Ramadhan mendapat Bonus Ganjaran Berganda. Walaupun umur Umat Akhir Zaman ini pendek, purata 60 tahun, tetapi, itu la, ganjaran untuk untuk kita.

  3. Di antara keistimewaan bulan Ramadhan adalah adanya satu malam yang Allah sebut ”lebih baik daripada seribu bulan”. Malam itu adalah Lailatul Qadar. Secara kebahasaan, kata qadar di dalam Alquran setidaknya dimaksudkan untuk tiga arti: penetapan dan pengaturan, kemuliaan, dan sempit.

    Lailatul Qadar berarti suatu malam di mana segala hal yang menyangkut alam dunia ini ditetapkan dan diatur. Maka, Lailatul Qadar dalam pengertian ini adalah penetapan kembali sejarah kehidupan manusia. Karena, ia adalah awal penetapan kembali takdir Allah, maka umat Islam yang sedang menjalankan ibadah puasa dianjurkan bertadarus Alquran sebanyak mungkin, beriktikaf, dan ibadah-ibadah lain seperti dicontohkan Rasulullah.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..iPad 3 Diluncurkan Awal tahun 2012My Profile

      1. Sebagian kaum muslimin awam memiliki beragam khurofat dan keyakinan bathil seputar tanda-tanda lailatul qadar, di antaranya : pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah asin, anjing-anjing tidak menggonggong, dan beberapa tanda yang jelas bathil dan rusak.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..iPad 3 Diluncurkan Awal tahun 2012My Profile

  4. Tips mudah untuk dapatkan Lailatul Qadar, tapi perlu berkorban masa. Cuba lakukan secara konsisten dari malam pertama Ramadhan lepas Isyak terawih, lepas terawih baca quran, bangun sahur awal kira-kira jam 430. Mandi dan bersihkan diri, buat solat sunat apa2 yang patut. Jam 5 siapkan sahur dan bersahur. Masuk waktu subuh berjemaah di masjid+ iktikaf. Kalau tak mampu ke masjid berjemaah di rumah pun tak apa. 10 malam terakhir baru tingkatkan jemaah di masjid. Insyallah dapat jumpa Lailatul Qadar.
    Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Semakin Jauh Dengan MasjidMy Profile

  5. para ulama berselisih pendapat mengenai bila tarikh berlakunya malam laitulqadar.. namun kita dianjurkan untuk membuat banyak amal pada 10 malam terakhir ramadhan kerana para ulama menegaskan 10 malam terakhir berlakunya laiitulqadar.. tarikh bukan persoalannya.. tetapi amalan kita sepanjang bulan ramadhan ini yang penting.. insyaAllah kita akan mendapat malam laitulqadar.. Amin

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!