Tips Pagerank 2014

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada 21/5 Google telah mengeluarkan versi baru panda iaitu Panda 4.0 yang telah memberi berbagai kesan kepada capaian blog. Kepada blogger yang sentiasa fokus pada penulisan yang berkualiti memang tak risau dengan Panda 4.0. Selepas Google Panda 4.0 ramai blogger yang sedang menunggu update terkini Google pagerank untuk melihat hasil usaha yang mereka lakukan selama ini. Sementara menunggu apa kata kita baca Tips Pagerank 2014 daripada Blogger Ariff Shah mana tahu boleh kita gunakan dalam panduan.

gambar blogger popular malaysia ariff shah

Beberapa hari yang lepas, saya mengelenggara blog koleksi1001resepi.com kepunyaan ibu mertuaku. hehe.. Sebenarnya status sebagai blogger inilah yang memudahkan sikit nak mendekati ibu mertua masa awal-awal dulu. Sebab mak mertua lah saya kenal anaknya.

Apa-apa pun, yang tu kita cerita kat tempat lain. Tak sesuai cerita kat blog Denaihati ni. hehe..

gambar nikah ariff shah
Kenal emak baru dapat anak tu powernya Ariff Shah

So kembali kepada main topic. Pagerank. Blog Koleksi 1001 Resepi hari tu problem sikit sebab Google tukar payment system menyebabkan domain yang pada asalnya autorenewal, tak jadi auto renew dan tak sempat renew. Expired 5 May 2014.

Keputusan asalnya, nak biarkan aje domain tu, dan dah dibuat blog lain tapi bila check balik pagerank untuk domain Koleksi 1001 Resepi, saya sendiri terkejut tengok. Pagerank 5 tu!

Jarang sangat nak jumpa blog kat Malaysia ni ada pagerank 5. Blog Amanz yang dah tahap media pun jatuh ke PR4 yang dulunya saya pernah nampak ada PR5 atau PR6 kalau tak silap. Blogserius yang 139 juta views tu pun baru PR3. Blog Kak Jie yang dikatakan makcik power SEO pun PR2 dah sekarang.

Jadi macam mana ni? Adakah PR masih lagi relevan? Adakah laman PRChecker.info ni bagi anggaran yang betul tentang PR sesebuah laman? Bagaimana sebenarnya cara nak naikkan PR?

Terus terang, saya pun tak tau. Tapi bagi mereka yang masih ingin menggunakan benchmark PR untuk blog/laman anda, silakan. Dan untuk golongan ini, tiga kesimpulan yang saya dapat pelajari tentang langkah untuk mendapatkan Pagerank yang tinggi daripada blog Koleksi 1001 Resepi ialah:

1. Keep it simple

Sebagai penulis blog, concentrate on hasilkan content yang berguna untuk pembaca. Kerja link sana sini tu mungkin dah boleh diabaikan.

Kalau tengok blog Koleksi 1001 Resepi, content wise memang power. Tak hairan Facebook page Koleksi 1001 Resepi pun hebat, over 280k Likes! Yang tu bukan dibeli, semua organic ya.

Memang objektif Google untuk menyampaikan maklumat terbaik kepada penggunanya, jadi somehow mungkin Google nampak user yang masuk ke laman ni memang stay lama dan browse berpuluh-puluh page agaknya. Saya lupa nak check bounce rate.

Dengan pelbagai Penguin update (Latest semalam, Penguin 4.0) kena fahamlah yang Google memang serius tentang content.

2. Gunakan Platform Blogspot

Mungkin. Tapi tak semestinya, cuma saya rasa ada kelebihan sikit.

3. Saya Dah Ada Satu Backlink PR5

hehehe… lepas ni boleh parking dan iklankan website Takaful & Medical Card saya kat Koleksi 1001 Resepi. Kasi up cepat sikit. Dah sah-sah la tak kena kacau dengan Google sebab ni Koleksi 1001 Resepi ni blog betul, bukan macam sesetengah lubuk PR tinggi untuk parking link.


Spread the love

524 Comments

  1. Bagus artikelnya, terima kasih. Tapi kalau boleh tau ini artikelnya menggunakan bahasa apa ya, soalnya saya harus memutar otak untuk memahami setiap penjelasannya.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!