Assalamualaikum dan salam sejahtera, dalam entri sebelum ini “Selamat Tahun baru 2017”, Abang ada beri tips untuk merancang azam 2017 yang baik. Mentor motivasi menasihatkan supaya kita menulis secara terperinci dan tepat setiap azam 2017 di dalam buku khas. Kemudian kita baca setiap hari selama 40 hari semua azam 2017 yang sudah kita tulis. Insyaa Allah dengan izin ALLAH akan menjadi ransangan minda yang sangat hebat untuk kita melaksanakan semua azam yang sudah ditetapkan. Nak lagi hebat kongsikan azam yang telah kita tulis dengan isteri supaya kita lebih bersungguh-sungguh.
Kepada yang sudah menulis azam 2017 di buku khas semestinya kombinasi azam peribadi, azam keluarga dan azam kerjaya/bisnis. Sila baca setiap hari selama 40 hari dan bacalah bersungguh-sungguh dari rasa hati yang dalam. Kepada yang belum menulis azam 2017 belum terlambat untuk berbuat demikian dan entri “Muhasabah Diri dan Organisasi 2016” boleh dijadikan panduan.
Azam 2017 mesti ditulis dengan tepat jangan terlalu umum contohnya :
- Saya ingin berjaya, ini azam yang umum. Kena tulis berjaya bagaimana, contohnya saya ingin membuka satu perniagaan dengan menjana jualan RM10K sebulan.
- Saya nak baca Al Quran setiap hari, ini umum. Yang tepat, saya ingin membaca lebih daripada 5 ayat Al Quran setiap hari selepas solat Suboh.
- Saya nak menjadi anak yang soleh ini umum. Tulislah saya nak menelefon ibu bapa saya setiap dua hari sekali, menziarahi mereka sebulan sekali dan memberi duit kocek RM500 sebulan.
- Saya nak kurus itu umum. Tulislah saya hendak mengurangkan berat badan 3 kilo sebelum 30 Jun dan mengurangkan 3 kilo lagi sebelum 31 Disember 2017. Jumlah berat badan yang perlu saya kurangkan adalah 6 kilogram pada tahun 2017.
- Saya nak membaca lebih banyak buku itu azam yang umum. Tulislah saya hendak membaca sebuah buku ilmiah setiap bulan jadi jumlah saya akan baca 12 buah buku pada tahun 2107.
- Saya nak banyak bersedekah juga umum. Tulislah saya akan sedekah RM50 setiap kali solat Jumaat dan RM50 seminggu untuk sedekah dan infaq di Madrasah di seluruh dunia.
- Saya nak jadi blogger yang berjaya juga umum. Tulislah saya nak menulis entri yang berkualiti tiga kali seminggu, menulis komen di 10 blog yang berkualiti setiap hari, ikut serta anugerah blog MSMW dan hadir tiga acara blog Malaysia.
- Menambah ilmu bisnis juga umum. Tuliskan saya akan hadir 6 kelas atau seminar bisnis berbayar dalam tahun 2017.
- Saya nak jadi jutawan juga umum. Tulislah saya nak ada simpanan dalam akaun Tabung Haji sebanyak RM1juta dalam tempoh dua tahun.
Kesimpulan azam kita mesti ditulis dengan tepat bukan sekadar membayangkan sahaja. Dengan menulis baru azam tersebut masuk ke dalam jiwa kita sebenar. Kalau belum pernah menulis azam tahun baru dan membaca setiap hari selama 40 hari, sila buat dan lihat hasilnya.
Di akhir tahun 2017 kita mesti jadi seperti mereka 36% yang tidak gembira dengan prestasi mereka untuk tahun 2016. Insyaa Allah kita boleh berubah dengan perancangan yang betul dan tepat. Perbetulkan kesilapan silam yang hanya membayangkan azam baru yang akhirnya jadi bayang-bayang ngeri yang tidak pernah tercapai.
Semoga kita capai apa yang kita hajatkan dan usahakan yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati TV (Subscribe ya!)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
75 Comments
Azam tahun 2016 masih belum tercapai. Harapan saya azam tahun 2017 untuk terus menulis dengan kreatif di blog disamping mencipta funnel untuk tambah pendapatan.
Good luck bro…
Kita mempunyai azam yang hampir sama.. semoga kita dapat bersama-sama capai azam tersebut..
Curahan rasa anuar @ ..Inginkan Pembantu Untuk Menguruskan akaun Instagram anda? Baca Di Sini!
Memang penting untuk catat atau senaraikan azam dan perancangan. Baru boleh fokus untuk capai. 😀
Curahan rasa Oja Samid @ ..Pendidikan Seks Menurut Islam Yang Perlu Ibu Bapa Ajarkan Kepada Anak
Terima kasih kepada abg denai hati yang selalu memberi semangat kepada semua pembaca blog ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah 2017 Promosi Sehingga 62%
Bila ada perancangan yang rapi dan bagus.
Insyallah segala usaha akan jadi mudah.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah 2017 Promosi Sehingga 62%
Saya suka cara khusus begini. Lebih menjurus kepada apa yang kita ingin capai. Terbaik.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah 2017 Promosi Sehingga 62%
Bila ada perancangan.
Perkara susah akan jadi senang.
Jom buat perancangan masa depan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah 2017 Promosi Sehingga 62%
Alhamdulilah… saya sudah mula merancang azam yang sepatutnya . Biar jelas dan terang , tidak terlalu umum biar kita tahu apa sebenar matlamat yang kita mahukan…
Curahan rasa onlajer @ ..Bisnes air, Apa yang saya rasa
lepas menetapkan visi, perlu disusuli dengan action untuk mengejar visi tersebut. kena ada goal. baru boleh score. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Papa Ricky di Astro Prima
Menetapkan dari awal matlamat dan tujuan bagi permulaan tahun sangat digalakkan dan tampal matlamat tersebut ke tempat yang sentiasa kita dapat melihat setiap hari. Ia akan lebih berkesan dengan cara berkenaan
Jika menulis azam setaip hari, seolah-oelah kata-kata azimat itu dipasak ke dada dan minda kita pun sedar dan tahu itulah impian kita. Namun usaha juga kena setimpal dengan impian.
Curahan rasa emalin mohd @ ..Kaki Bengkak dan Air Kencing Berbuih Petanda Sakit Buah Pinggang
azam sahaja tak guna kalau tak berusaha, tak buat, takde tindakan. kejayaan takkan datang bergolek kan??
Curahan rasa siti hazreen @ ..7 Kesilapan Murid Sekolah Tingkatan 4 Tentang Sekolah Sementara
Menarik tips ini. Bila spesifik baru nampak jelas apa nak dicapai. Bila jelas baru nampak apa perlu dibuat untuk impian tercapai.
Terima kasih untuk perkongsian bermanfaat ini.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Menderita Gout Berpuluh Tahun, Kini Apak Mampu Berjalan 30 Minit Tanpa Sakit
Kena tulis azam yang khusus. Insyallah boleh mula bertindak selepas menulisnya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tahun Baru 2017 Dan Cara Palaksanaan Azam Tahun Baru
Tulis azam dan baca selalu azam ni jadi rajin sikit nak capai. Semoga berjaya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tahun Baru 2017 Dan Cara Palaksanaan Azam Tahun Baru
Azam tahun baru. Kena tulis baru boleh tengok selalu.
Inyallah jadi bersemangat nak capai.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Tahun Baru 2017 Dan Cara Palaksanaan Azam Tahun Baru
Comments are closed.