Tips menjadi blogger yang sempurna

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Tak ada jiwa nak menulis blog lagi“. Kali ini Abang nak berkongsi penulisan blog yang mungkin boleh jadi tips kepada rakan blogger.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Abang jadi blogger sejak 2006. Dua tahun blogger bawah tanah, menulis dalam bahasa Inggris, sampai sekarang masih ada blog rahsia tersebut tapi tak siapa tahu. Hanya pembaca yang membaca dari carian SEO tanpa mengenal penulisnya.

Tahun 2008 mula menulis secara terbuka. Nak tahu kenapa Abang jadi blogger kenalah baca entri “Kenapa Denaihati jadi blogger“. Jadi blogger ramai mengeloh nak cari idea menulis. Cara Abang, bila dapat idea Abang akan terus tulis tanpa henti hingga habis. Kemudian baru betulkan ejaan dan susun ayat. Beberapa bulan kemudian betulkan semula fakta yang kita tulis kalau ada perubahan. Beberapa tahun kemudian betulkan lagi fakta pada entri yang sama jika ada perubahan lagi.

Abang pun ikut kata dan nasihat guru yang lebih pandai walaupun lebih muda, menulis kena mula jangan tunggu sempurna.

Mengusahakan blog untuk pemasaran jangka masa panjang

Menulis blog ni sebenarnya ada tanggungjawab besar. Abang baru sedar apabila bertemu dengan team Google Malaysia. Google adalah pustaka terbesar dunia. Yang memberi informasi kepada pencari-pencari seluruh dunia antaranya bangsa Melayu yang ada ratusan juta di seluruh dunia. Masalahnya bahan berbahasa Melayu terlalu sedikit di dalam pustaka Google.

Kita blogger adalah penyumbangnya jadi pastikan setiap tulisan kita menggunakan ejaan yang betul kerana ianya bakal menjadi bahan rujukkan generasi akan datang.

Abang nak tanya mana yang betul resepi atau resipi?

Yang salah akan jadi betul pada sudut pandang Google apabila majoriti menggunakan perkataan tersebut berulang-ulang kali oleh ramai penulis dalam tempoh yang lama.

Kita ada tanggungjawab bukan sekadar ringgit Malaysia untuk setiap review.

Itu istimewanya blogger yang tak ada pada aktivis sosial media lain.  Untuk jadi lebih istimewa jom jadi Elite Blogger bersama Akademi Denaihati. Apa kelebihannya baca sini entri “Istimewanya jadi Elite Blogger“.

Semua kesempurnaan bermula dari diri kita.

Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaisell (kedai online kami)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

91 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!