Assalamulaikum dan salam 1Dunia, semangat Aidil Fitri kian membara dihati semua umat Islam walaupun puasa Ramadhan masih ada beberapa hari lagi. Ramai yang sudah membuat persediaan untuk pulang ke kampung menyambut Aidil Fitri bersama keluarga tersayang. Kalau di Indoensia lebih dikenali sebagai Mudik Lebaran yang menjadi fenomena satu Indonesia setiap kali menyambut lebaran Aidil Fitri.
Setiap tahun ada sahaja berita sedih kisah kemalangan maut ketika pulang ke kampung. Ramai keluarga yang kehilangan yang tersayang akibat terkorban di jalan raya. Majoriti kemalangan jalan raya dapat dielakkan seandainya persiapan yang rapi dibuat sebelum pulang ke kampung.
Aku nak berkongsikan Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya dalam keghairahan untuk pulang ke kampung :
1. Servis kenderaan dan periksa tayar kereta. Jangan lokek mengeluarkan sedikit budget untuk memastikan kenderaan dalam kondisi terbaik demi keselamatan keluarga. Apa lah sangat nilai wang ringgit jika dibandingkan nyawa isteri dan anak-anak. Jangan servis kenderaan last minute sebab takut-takut pusat servis dah tutup.
2. Pemandu mesti bersiap sedia minda dua hari sebelum memandu pulang ke kampung. Pastikan tidur yang cukup supaya badan segar ketika memandu. Majoriti kemalangan berlaku akibat pemandu terlelap ketika memandu.
3. Rancang waktu untuk pulang ke kampung jangan buat keputusan pulang ke kampung secara tergesa-gesa. Perancangan yang baik akan memastikan isteri dapat mengemas barang keperluan dengan lebih teratur dan tidak akan ada barang yang tertinggal.
4. Solat malam dan berdoa semuga ALLAH SWT pelihara perjalanan pergi balik kita. Sebaiknya solat sunat musafir sebelum nak bergerak keluar pulang ke kampung. Pastikan membaca doa naik kenderaan sebaik sahaja kita mula bergerak pulang ke kampung.
5. Bersabar ketika memandu dan ikut peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Ramai Rakyat Malaysia yang baik budi perkerti tetapi menjadi ganas apabila mula memegang stereng kenderaan. Ingat kita masih lagi berpuasa jangan ikut perasaan bukan sahaja hilang pahala puasa tetapi juga boleh mengundang kemalangan maut. Ingat bukan kita sahaja nak pulang awal pemandu yang lain begitu juga. Seandainya kita potong barisan dan memandu melulu pasti ini akan menyumbang kesesakan jalan raya.
6. Jika mengantuk teramat sangat ketika memandu cari tempat yang selamat untuk berhenti dan berehat. Jangan paksa diri untuk cepat sampai tetapi akhirnya sampai ke hospital atau ke alam kubur.
Ini lah antara Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan raya ketika pulang ke kampung dan mungkin Rakan Blogger boleh tambah mana-mana yang tertinggal. Sayangi diri anda dan ingat ada keluarga yang tersayang sedang menunggu di kampung. Jangan biarkan mereka menerima berita sedih ketika orang lain sedang bergembira menyambut Aidil Fitri.
Kita berusaha ALLAH SWT menentukan segalanya. Selamat pulang ke kampung dan berhati-hati ketika memandu.
Balik nanti jangan lupa semak saman @ Semak saman secara online dan SMS.
98 Comments
Jangan melebihi kelajuan yang dibenarkan.Patuhilah undang-undang jalan raya. Semoga anda tidak disaman oleh polis traffic dan juga musibah.
Kita semua kena buat kajian, bagaimana ingin mengurangkan kemalangan atau tidak ditimpa musibah ketika di jalan raya. Rasanyalah kerajaan harus membanyakkan ruangan khas utk penunggang motosikal.
Kepada penunggang motosikal, anda adalah penguna jalan raya yg paling bahaya. Tak kira anda langgar org atau org langgar anda.
Oop sikap tidak berjaya lebih drpr 200 org yg telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Berhati-hatilah kalian.
Selamat pulang ke kampung dan selamat kembali ke bandar.
Tips yang berguna. Ingatlah orang yang tersayang. Biar cermat asal selamat. 🙂
sayangi nyawa kalian. hati2 di jalan raya
Curahan rasa ub3y @ ..Penghujung Ramadhan, Pembebasan Api Neraka!
saya juga sering berhalangan dan bertabrakan dengan kemacetan di jakarta, mudah-mudahan anak cucu kita gak merasakan kemacetan lagi di jalanan.
saya mendapatkan doa tersebut dari ayahku sewaktu saya masih kecil. sampai sekarang saya selalu membaca doa itu ketika akan mengendarai kendaraan. disamping berdoa, kita juga harus berhati-hati. karena kecelakaan bukan hanya karena suatu kebetulan saja, tetapi faktor kondisi badan dan kewaspadaan juga sangat berpengaruh.
Curahan rasa maslakon @ ..Resep Sayur Mangut Ikan Hiu khas Rembang
Rancang pemanduan yang berkesan
Curahan rasa BloggerHowtt @ ..Manchester United VS Arsenal
Bagi AI, pemandu mesti siap sedia mental dan fizikal utk memandu dan kenderaan mesti dalam keadaan yg baik. Satu lagi, jgn membawa penumpang lebih had…..bahaya ooo
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Dah Pindah
Sayangi diri anda dan ingat pada orang yang tersayang…
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
tambah lagi sket ye..naik bas untuk elakkan risiko kerosakan kereta yang dipandu. hehehe
Curahan rasa ROJAK @ ..Anak Bulan
Terima kasih atas tips ini. Tahun ini tiada rezeki untuk pulang ke kampung. Sedihnya… =(
Comments are closed.