Assalamulaikum dan salam 1Dunia, semangat Aidil Fitri kian membara dihati semua umat Islam walaupun puasa Ramadhan masih ada beberapa hari lagi. Ramai yang sudah membuat persediaan untuk pulang ke kampung menyambut Aidil Fitri bersama keluarga tersayang. Kalau di Indoensia lebih dikenali sebagai Mudik Lebaran yang menjadi fenomena satu Indonesia setiap kali menyambut lebaran Aidil Fitri.
Setiap tahun ada sahaja berita sedih kisah kemalangan maut ketika pulang ke kampung. Ramai keluarga yang kehilangan yang tersayang akibat terkorban di jalan raya. Majoriti kemalangan jalan raya dapat dielakkan seandainya persiapan yang rapi dibuat sebelum pulang ke kampung.
Aku nak berkongsikan Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya dalam keghairahan untuk pulang ke kampung :
1. Servis kenderaan dan periksa tayar kereta. Jangan lokek mengeluarkan sedikit budget untuk memastikan kenderaan dalam kondisi terbaik demi keselamatan keluarga. Apa lah sangat nilai wang ringgit jika dibandingkan nyawa isteri dan anak-anak. Jangan servis kenderaan last minute sebab takut-takut pusat servis dah tutup.
2. Pemandu mesti bersiap sedia minda dua hari sebelum memandu pulang ke kampung. Pastikan tidur yang cukup supaya badan segar ketika memandu. Majoriti kemalangan berlaku akibat pemandu terlelap ketika memandu.
3. Rancang waktu untuk pulang ke kampung jangan buat keputusan pulang ke kampung secara tergesa-gesa. Perancangan yang baik akan memastikan isteri dapat mengemas barang keperluan dengan lebih teratur dan tidak akan ada barang yang tertinggal.
4. Solat malam dan berdoa semuga ALLAH SWT pelihara perjalanan pergi balik kita. Sebaiknya solat sunat musafir sebelum nak bergerak keluar pulang ke kampung. Pastikan membaca doa naik kenderaan sebaik sahaja kita mula bergerak pulang ke kampung.
5. Bersabar ketika memandu dan ikut peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Ramai Rakyat Malaysia yang baik budi perkerti tetapi menjadi ganas apabila mula memegang stereng kenderaan. Ingat kita masih lagi berpuasa jangan ikut perasaan bukan sahaja hilang pahala puasa tetapi juga boleh mengundang kemalangan maut. Ingat bukan kita sahaja nak pulang awal pemandu yang lain begitu juga. Seandainya kita potong barisan dan memandu melulu pasti ini akan menyumbang kesesakan jalan raya.
6. Jika mengantuk teramat sangat ketika memandu cari tempat yang selamat untuk berhenti dan berehat. Jangan paksa diri untuk cepat sampai tetapi akhirnya sampai ke hospital atau ke alam kubur.
Ini lah antara Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan raya ketika pulang ke kampung dan mungkin Rakan Blogger boleh tambah mana-mana yang tertinggal. Sayangi diri anda dan ingat ada keluarga yang tersayang sedang menunggu di kampung. Jangan biarkan mereka menerima berita sedih ketika orang lain sedang bergembira menyambut Aidil Fitri.
Kita berusaha ALLAH SWT menentukan segalanya. Selamat pulang ke kampung dan berhati-hati ketika memandu.
Balik nanti jangan lupa semak saman @ Semak saman secara online dan SMS.
98 Comments
jangan mudah panik!
Curahan rasa pacifista @ ..Selamat Hari Raya, Semua!
Betul Bro… kepanikan adalah awal kemalangan
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Teleprompter Alat Bantu Kesayangan Presiden di Atas Podium
jangan lanjutkan perjalanan jika sleepy
Curahan rasa munir ardi @ ..Happy Eid.ul Fitr
time kasih untuk entry nih… mmg info nih sgt bergune time cam nih
Thkans bagi Tips yang berguna
Curahan rasa BloggerHowtt @ ..Dah Redeem Points – Thanks Ariff Shah
mudik lebaran!!! heee
jom kita mudik dengan menggunakan tips ini
Curahan rasa munir ardi @ ..Happy Eid.ul Fitr
time raya kadar kemalangan memang meningkat kan..takut jer..kalaulah semua pemandu ikut peraturan dan panduan emsti akdar tersebut dapat dikurangkan…
Curahan rasa lin azlina @ ..AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA
Ketika memandu ingat kepada yang tersayang. Jangan memandu secara melulu dan tidak menghirau keselamatan diri sendiri dan orang lain
terbaik begitu bro – sentiasa alert dengan situasi sekeliling semasa memandu
Curahan rasa neo @ ..6 Langkah Mudah Untuk Menulis Dengan Pantas
semoga bro pun selamat balik kampung 🙂
Curahan rasa Syazwan Sarawak @ ..Top Blog Melayu Edisi Ogos 2011 | Top 500 Alexa Malaysia
Jangan memotong barisan. tunggu giliran anda
benci dgn org yg suka pakai laluan kecemasan waktu jam
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Menjelajah Kilang Ferrari Di Maranello: Assembly Line
mesti disiplin dan sabar dalam berkendara
Curahan rasa munir ardi @ ..Happy Eid.ul Fitr
Makasih banyak atas Tipsnya, Do’anya saya catat dulu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Links for 2011-08-24 [del.icio.us]
mudik lebaran bang iwan!
Header Aidil Fitri mantap banget…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Zakat Fitrah
Salam, saya sharekan entry encik di blog saya ye…
Curahan rasa ninie @ ..Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
Jgn lupa juga pakai tali pinggang depan dan belakang…dh servis kereta tp x pki tali pinggang pon x guna jgak kan..huhu
Curahan rasa LangkawiHomestay @ ..Homestay List in Langkawi Update 19/6/2011
btol tu. setuju sgt2 dgn pesanan ni
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Innowave: Microwave Oven Berkonsep Laci Oleh Anoush Mortazavi
Selamat Hari Raya dan hati-hati di Jalan Raya… 🙂
Curahan rasa Bumilangkawi @ ..Telaga Harbour Park
Selamat Hari Raya kepada semua yang merayakan perayaan ini…
Salam brother DH… wahhh.. cantik header baru.. ada ketupat, pelita.. superb..
Iyalah.. semoga kita semua selamat sampai dan beraya menuju ke distinasi
InsyaAllah.. amalkan juga doa naik kenderaan dan doa keselamatan…
Salam Lebaran utk brother sekeluarga…
Curahan rasa nurmisnan @ ..Duit raya
Comments are closed.