Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Tips selesaikan masalah dan berjaya dalam hidup“. Kali ini Abang nak berkongsi Tips jadikan blog sebagai mall jualan.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Sifu blog Dr Wan Yusof Wan Jeffery kata setiap saat 40,000 dan setiap hari 3.5 billion carian berlaku di Google. Semua carian tersebut akan berakhir di website dan blog yang mempunyai maklumat yang dicari.
Ini yang Abang jadi semangat nak kemas kini blog jadi mesra SEO dan menulis artikel setiap hari supaya sebahagian daripada carian Google tersebut berakhir di blog Denaihati.
Semakin ramai pengujung yang bertandang ke blog seperti mereka bertandang di Mall pasti ada jualan.
Pernah pergi mall Pavillion atau Suria KLCC atau Midvalley atau IOI City? Memang penuh terutama hujung minggu. Adakah semua membeli, pasti akan berlaku jual beli antara pengujung dan penjual, paling tidak beli minuman dan makanan. Lagi ramai yang datang ke mall tersebut lebih tinggi peluang penjual mendapat jualan.
Pengurus Mall akan buat macam-macam aktiviti dan promosi untuk memastikan lebih ramai pengujung datang ke Mall mereka sehingga habis duit berjuta-juta setiap tahun.
Begitu juga blogger untuk dapatkan pengunjung yang ramai perlu keluarkan sedikit modal untuk
- Membeli rangka blog original mesra SEO bukan ciplak, bukan sahaja dapat menarik ramai pengujung juga selamat daripada diceroboh.
- Sewa server yang baik supaya dapat menampung kehadiran pengujung yang ramai serta memberi pelindungan daripada diceroboh.
- Belajar ilmu blog daripada sifu yang pakar supaya kita dapat mengendalikan seperti pakar.
- Promosi berbayar dan buat contest uantuk penjenamaan blog
Apabila pengujung daripada 40,000 setiap saat masuk ke blog kita bolehlah kita membuat jualan dengan meletakkan link affiliate dan banner produk yang sesuai dengan penulisan pada setiap artikel. Contoh pada entri kisah kesihatan yang banyak pengujung bolehlah kita selitkan link “Penawar Berdengkur Kuat” dan link “Beg unik untuk travel” dalam entri yang bercerita pengalaman pengembara. Daripada ribuan pengujung pasti ada 10% yang akan klik link tersebut dan pasti ada seorang dua yang berminat membeli.
Blog juga seperti Mall terpulang kepada kita untuk jadi seperti mall besar Pavillion atau mall kecil Mydin atau Kluang Mall ikut bajet. Kalau jadi seperti Pavillion pasti boleh menjual produk dan perkhidmatan yang mahal-mahal untuk mendapat hasil yang lumayan.
Untuk jadi lebih istimewa jom jadi Elite Blogger bersama Akademi Denaihati. Apa kelebihannya baca sini entri “Istimewanya jadi Elite Blogger“.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
49 Comments
Terbaik tips ni. Kena gali lagi ilmu blog. Banyak sgt manfaatnya
Terbaik tips ni. Kena gali lagi ilmu blog. Banyak sgt manfaatnya
Kiranya macam kita invest certain amount dulu untuk dapatkan pulangannya nanti la kan…kalau ada cita-cita nak jadikan blog se gah mall pavilion tak boleh kedekut dan berani ambil risiko.
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017
Sekurang kurangnya ada kos iklan untuk pemasaran blog, Adwords boleh mula dengan RM10 sehari.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Beli 2 Buah Rumah Sekaligus
Sebenarnya pada dasarnya saya sering berbagi mengenai keempat tips sukses ngeblog diatas, namun pada kenyataannya ternyata tidak seperti apa yang diharapkan. Memang jika nak serius belajar menjadi sukses itu tidaklah mudah, butuh waktu dan pengorbanan.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Menanti Hadirnya Akses Jaringan Internet Cepat Pontianak dari XL 4G
Benar, jika usaha sekadar di bibir tanpa ada sebarang tindakan makanya hasil itu entah ke mana.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Buat RM30 Ribu Dalam 5 Bulan
4 modal diatas adalah wajib. Jangan berkira sangat sehinggakan semua nak percuma. Modal tersebut tak adalah terlalu tinggi sangat.
Curahan rasa Hasrul @ ..Melancong Ke Singapore: Panduan Mudah
Modal boleh gunakan apa yang ada ditangan, sebelum guna modal wang yang besar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41
Saya dah register dan dah buat bayaran since February tapi masih tak ada news sampai sekarang. Ada dapat email minta fb url tapi masih lagi belum ada update. Sabar menunggu peluang nak perbaiki blog sekarang .
Curahan rasa rahimah majid @ ..7 Cara Elakkan Di Tipu Agensi Pakej Pelancongan Palsu
Semuanya itu berawal dari usaha, jadi sukses ndknya ya tergantung usaha kita
Terima kasih DH yang banyak kongsi artikel tentang blog membuatkan saya berminat nak jadi blogger jugak.
Comments are closed.